Semalam, saya sempat berurusan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Petaling Jaya. Tak sangka, perkhidmatan mereka bertambah baik dan mesra pelanggan.
Abang saya yang sentiasa ingatkan saya supaya melunaskan pinjaman rumah tu. Saya tahu dia tengah pujuk saya beli kereta baru. Taknaklah saya, lagipun kereta yang ada sekarang selesa buat saya biarpun kereta lama, tapi, jasanya pada saya amat banyak. Alhamdulillah.
Berbalik ke KWSP PJ.
Masuk je ke parkir, alhamdulillah dapat juga walaupun jam lebih sebelas pagi. Kiosk cetak penyatapun banyak dan tak perlu beratur panjang untuk berurusan. Tentulah saya cetak penyata KWSP saya untuk tahu jumlah simpanan terkini.
Bila masuk di pintu hadapan, pergi je ke kaunter pertanyaan dan beritahu urusan apa yang diinginkan dan borang apa yang dikehendaki.
Di sini saya minta borang untuk selesaikan pinjaman perumahanan. Mereka akan menerangkan dan memberi nombor.
Anda boleh ambil borang ini untuk diisi dahulu sebelum ambil nombor, jika tidak anda tak sempat nak isi semua, mereka dah memanggil nombor giliran anda.
Barang diingat, kalau kita ni jenis menulis lambat... baik ambil borang, isi dengan lengkap baru ambil nombor. Rasanya perkhidmatan di bank pun kalah kalau kita nak berurusan di kaunter kan...
Tapi, saya nasihatkan, sebelum ke KWSP, elok anda ke bank yang anda buat pinjaman dulu untuk membuat surat langsaikan pinjaman perumahan.
Langkah ke2 barulah ke KWSP ye.
Urusan di Public Bank
Saya membuat pinjaman Public Bank, jadi, saya perlu berurusan di bahagian 'loan department' atau jabatan peminjaman, di tingkat atas.
Saya membuat pinjaman di SS2 PJ. Ok, di sini, anda hanya perlu ke jabatan pinjaman terus. Tak perlu ambil nombor ye.
Berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Nyatakan kita nak langsaikan baki pinjaman perumahan kita dengan KWSP. Jangan lupa bawa kad pengenalan. Pegawai itu aka mengambil butiran peribadi kita ye.
Selepas butiran kita diambil, pegawai bank akan meminta kita tandatangan borang. Lepas tu dia kata dalam 2 minggu dia akan menelefon kita untuk mengambil borang.
Seingat saya, hari Khamis saya ke Public Bank dan pada minggu berikutnya hari Selasa dah siap, itupun sebab Isnin cuti hari Malaysia. Pantas betul perkhidmatan di Public Bank SS2.
Surat penyata baki pinjaman dibuat 2 salinan. 1 untuk KWSP dan satu salinan lagi untuk simpanan kita. Mudah je. Tapi saya kena bayar RM20.
Bila dah siap surat baki pinjaman dari bank. Anda boleh terus ke urusan semakan KWSP.
Di bahagian semakan tu, pegawai KWSP akan minta borang yang siap diisi, salinan kad pengenalan, penyata baki bank dan penyata KWSP.
Lepas disemak dan dicop, pergi ke kaunter ambil nombor untuk serahan borang.
Di kaunter pegawai tersebut akan semak dan ambil cap jari kita. Qalas.
Siap. Cepat sangat.
Saya berterima kasih di atas kecekapan pegawai-pegawai di sana yang tidak banyak kerenah, terus buat kerja mereka dan saya mengaku, saya skeptikal sebelum ini mengenai perkhidmatan mereka.
Syabas KWSP.
No comments:
Post a Comment