Wednesday, March 27, 2013

SUSAH HATI? AL IKHLAS JAWABNYA




Katakanlah (wahai Muhammad) : Tuhanku adalah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian  makhluk (untuk memohon sebarang hajat).   Ia tidak beranak, dan juga tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapun yang serupa denganNya. 

Minggu lepas saya mendapat satu lagi ilmu pengetahuan daripada Ustaz Muhammad.  Alhamdulillah, banyak tip yang dia beri.

Antaranya yang membuat saya tertarik, mengenai surah Al-Ikhlas. Biasalah bila dengar tazkirah adalah sikit gangguan yang menjengah.  

Cerita ustaz, (masa tu yang saya sempat dengar ayat ini...)  ketika tiang Arashy bergegar, maka malaikat semua terutamanya yang ditugaskan menjaga Arashy...berada dalam ketakutan, lalu mereka pun membaca surah Al Ikhlas berterusan tak putus-putuh sehinggalah keadaan kembali tenang.

Jadi, kata ustaz, kalau malaikatpun dah baca Al Ikhlas dan hati mereka kembali tenang... maka eloklah kita amalkan juga.  

Mudah-mudahan kita mendapat pahala dan ketenangan sama dengan malaikat.  Kata ustaz lagi, eloklah kita berzikir selalu...

Ha, kalau ada sesiapa yang rungsing, hati tak tenang, gelisah, cubalah amalkan...walaupun ada pelbagai ayat Al-Quran pilihlah mana-mana.  

Apa salahnya kalau kita baca al-Quran, walaupun satu ayat, sekurang-kurangnya pahala dapat dan hatipun tenang...

jom kita amalkan. 

Saturday, March 23, 2013

30 KEAJAIBAN SELAWAT - AMALKANLAH


Di sini saya nak kongsikan bersama mengenai keajaiban selawat.  Memang banyak fadhilatnya... 

Oh ya, selawat ada banyak, pilihlah yang mana nak...jangan kita jadikan alasan, panjangnya...susahnya nak hafal...padahal, Allah banyak memudahkan kita untuk mendapat pahala...

Saya ambil ni dari facebook Darulsyifa... insyaallah segala yang baik datang dari Allah...

Jom...


30 KEAJAIBAN SELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani


Monday, March 4, 2013

jangan bersedih...saya maafkan dia...





Aduhai, dah banyak kisah mengenai saya yang diburukkan rakan sekerja,  disampaikan pula oleh rakan sekerja dari jabatan lain.

Tak sangka seorang yang dah berpangkat penerbit eksekutif masih tak puas hati dengan pencapaian orang lain.   Saya andaikan dia ni ada masalah jiwa agaknya.

Masa saya dah keluar dari Sri Pentas, umpatan dan fitnah mengenai saya dan dua lagi rakan sekerja menjadi santapan halwa telinga rakan-rakan dari sama dan juga jabatan lain.

Bila saya masuk balik, satu demi satu terbongkar rahsia dia memburukkan saya, terutamanya.  Entah apa yang dia tak puas hati.  Eh, baru ingat, bukan saya sorang je... ramai lagi yang menjadi bahan umpatannya.  Termasuk 'dayang' aka bibiknya di situ hehehe. 

Marah?  Mulanya ye.  Mungkin Allah menguji saya. Tapi, kenapa saya tidak lagi rasa marah, bila semakin hari semakin ramai yang datang memberitahu saya mengenai si polan itu?  Sebabnya begini, 

 Satu hari saya terdengar tazkirah melalui media elektronik.  Ada seorang ulama dulu difitnah, dia tak marahpun.  Malah, dia membawa barang makanan mahal kepada orang tersebut.  Orang itu tentulah terkejut kenapa... Ulama itu menjawab, dia berterima kasih kepada orang yang mengumpat itu kerana segala pahala kebaikan orang itu, Allah berikan kepada ulama tersebut. 

Huh bayangkan sebelum saya keluar dari jabatan dulu, kerja di stesen tv lain dan masuk balik... ha... dah lebih setahun.  Dia menghadiahkan saya kebaikannya.  Alhamdulillah,  saya redha.

Saya maafkan dia.  

Jadi bagi anda yang bersedih kena umpat dan fitnah.  Jangan cepat melatah.  Istighfar dan mengadu kepada Allah.

Kita belanja orang yang memfitnah dan umpat kita itu dengan belanja dia makan atau beli saja barangan kesukaannya.  Bila kita bagi, dia tanya kenapa?  Jawab je, saya berterima kasih sangat kepada awak.  Itu je.  

Jangan pula kita nak jadi macam diri dia...  biar kita dihina di dunia tetapi jadikan diri kita dimuliakan di Kerajaan Langit.

Fitnah dan umpatan yang melanda diri saya amat hebat.  Tetapi, Allah yang menolong saya.  Walaupun ada beberapa rakan setugas cuba menghalang saya bekerja semula di Sri Pentas, Allah tetap memberi rezeki kepada saya kerana jabatan lain yang memanggil saya untuk mencurah pengalaman saya di sini.

Alhamdulillah.  Ya Allah, kau jauhkanlah aku daripada fitnah dajjal, fitnah kubur,  fitnah dunia dan manusia.  

Amiinnnn....