Monday, January 31, 2011

doa dimakbulkan segera dan tidak tertolak

kita sering berdoa.  sebenarnya semua doa kita diperkenan Allah. 

cuma lambat atau cepat je.  ada juga yang Allah gantikan dengan yang lain. 

mungkin kita minta harta benda, tapi, Allah gantikan dengan sihat tubuh badan.  mungkin juga Allah simpan untuk akhirat.  hanya Allah yang tahu rahsianya.

selain waktu mustajab doa.  ada 3 doa yang tidak akan ditolak Allah.

1.  orang yang bermusafir
2. orang yang berpuasa
3. orang yang teraniaya.

betapa pemurahnya Allah.  janganlah berputus asa berdoa.  terus-terusan berdoa.  jika kita ingat Allah, Allah lagi ingat kita.

Saturday, January 29, 2011

hard to find

it's hard to share the thought of someone who thinks that he is good...i mean too good.  he never wants to listen to our advice even it's for his own good.

i thought that by sharing this matter...at least i'd get some solutions...surprisingly, someone that i thought can listen,  never wanted to bother. so pity.  what an attitude.

he is kinda snob! yeah.  he boasted he got so many medals from his studies.  he told everybody he met, he's good in writings, etc.

but, the result.  headache. so many things to handle.  especially this man.  stubborn.

yes, it is hard to find someone who i can express my dissapointment.  i am too concern about the result.  i want it to be good in quality.  but hey, do i have to look into it frame by frame?  i had enough for 3 days i got to teach this guy, frame by frame and advised him.

again, he never listened.  stubborn brat.

my task.  need to teach him a lesson hard way.  i had given him so many chances to improve.  but still, he talked so much. 

oww.  wish that i can share this and find ways to handle without care. hehehe.

susah senang

entah kenapa, asyik terkena aje.  yang tak elok tu mesti orang nak 'letak' kesalahan atas kita.  padahal, ikut logik, segala tuduhan tu mereka yang mulakan.

kita dikatakan tidak bekerjasama.  padahal mereka yang tidak mahu kita bekerjasama. 

kalau mereka tu baik seperti yang mereka 'perasan', mengapa pulak bila ada 'event' yang memenuhi kepentingan diri mereka, kita dipinggirkan?

banyak kali dah kena.  kesian.  mereka 'perasan' bagus.  sebenarnya tidak.

mereka selalu ke mana sahaja, dengan anak ayam dan itik yang sama.  takkan la kita nak terhegeh-hegeh meminta.

masa mula dengar perkara ini geram la juga. manakan tidak, mereka yang buat hal, kita pula yang terkena.  gila ke apa? 

tapi, ada aku kisah?  ini yang sedap didengar. 

jawablah nanti kat akhirat.  pilih kasih, tak adil, itu akan diambil kira nanti. 

jangan fitnah orang, akibatnya akan memakan diri sendiri.  cepat atau lambat aje, balasannya.  kalau tak kena batang hidung sendiri, anak, adik atau sesiapa saja yang terdekat, akan terkena tempiasnya.

eh, macam marah je.  setakat ni ye la... nak cuba hilangkan marah hahaha, kelakar.

jangan jadi munafik ye.  terutamanya mereka yang berada di atas.

who is my friend?

who is my friend?

define friend...

it is so difficult to find someone who can share our feelings, sad or bad, sick or happy.  who can be there when we need them, err,not to trouble them, just share the thoughts.

unfortunately, most of the time, we found that, friend is only friend, not mutual friend.  perhaps i am not that lucky.

it's hard for me to trust someone.  why?  if you can experience your bad times with 'em.  you'll know what i mean.

so sad, i lost trust bit by bit.  suppose sharing is caring.  but...now, sharing is disaster. wow...so hurt.

never mind.  don't bother.  perhaps they didn't like what you were telling them.  that's why you don't feel good at all.

who cares?  they? ughh... wasting my time, it is.

anyway, i should think deeper and start to take care of myself.  not to hurt again by trusting someone. 

wow, a new word.  lost!

hey, what am i mumbling about?  who cares for me? nobody.  but i know only 1.  my mom.

i miss you mom. 

Friday, January 21, 2011

DOA YANG MUSTAJAB

kita berdoa atau meminta pada Allah sebab kita kekurangan dan lemah.

tak salah juga kita punya harapan untuk mencapai apa yang kita doakan.

Allah yang akan tentukan apa yang Allah kehendaki.

apa yang kita pandang pada zahirnya, mungkin tak baik bagi kita.

kadang kala mungkin ketika kita berdoa adalah pada waktu yang salah.  Insyallah jika kita berdoa pada waktu mustajab, doa kita pasti dimakbulkan.

Antara waktu mustajab berdoa;

1. azan sebelum iqamah
2. waktu nak sahur
3. 10 minit waktu nak berbuka
4. hujan mula turun
5. sujud terakhir apabila solat
6. waktu terdesak atau saat-saat genting

jangan salah sangka pula apabila kita berdoa sesuatu yang kita mahu tapi tak dapat.  sebenarnya doa kita memang diperkenan Allah. 

Cuma Allah ganti apa yang kita minta dengan benda / sesuatu yang lain.

Sentiasalah berniat baik.

Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambaNya.

Friday, January 14, 2011

tak kena

tak kena... di mata.  itulah realiti.  walau cuba yang terbaik, tapi, di mata orang lain, ia tiada apa yang menarik.

kadang kala, apa yang dibuat memang dikritik hebat. dibetulkan di sana sini.  hakikatnya, itulah apa yang nampak di mata, serba tak kena.

tapi, kena di mata mereka, bila apa yang dibuat orang lain 'menepati' atau hakikatnya tak berani nak suarakan sebab orang yang dikritik ada 'jawab'nya.

kita cuba ikut peraturan, tapi, ada pula yang tak tahu apa-apa dikata hebat.  entah.  mungkin ia sebagai perangsang. entah, mungkin ia sebagai sesuatu yang merangsang kreatif.

ini tanggungjawab engkau.  itulah alasan.  walau serba tak kena... tapi, tak nampaklah.  nak buat macamana?

pelik... kita pula kena ikut orang...bila tak kena, la... kita pulak yang kena.  tak kenalah namanya tu.

sebaik manapun cuba nak mencapai hasil terbaik, tapi, eleh... camni je? hasil kerja dikomen itu ini, begitu begini, di situ di sini.  ok... terima aje lah...

hasil yang lain la...apasal jadi macam tu? eh, apa yang awak harap? terlalu putik.  bagilah masa. yang baru tak macam yang lama...kena tegur elok-elok, 'handle with care', tanggungjawab untuk lahirkan yang terbaik.

takpe... tak kena.  penatlah juga, asyik kena kelentong je... terbaru semalam... 'confirm' betul?' ya... betul, sangat yakin betul.

cari... cari...cari... tak jumpa...

tiba-tiba masuk 'call', maaf... sebenarnya tak ada pun.

sakit hati... capai beg, balik je... uhhhggghhh tak tahan kerenah 'terbaik'. kata-kata hebat... tapi.

cakappun tak guna... dah kena banyak kali... tapi, biasalah orang tak suka kita... agaknyalah...

sabar ye... sabar...

ada orang lain yang suka... tak percaya? jomlah.

betul, mungkin kat sini tak nampak, tapi, kat sana tu...

Thursday, January 13, 2011

zikirlah selalu untuk tenteram hati & fadhilat

semalam kelas ustaz ishak din. kelas kami ustaz mulakan dengan soalan kuiz aqidah tauhid.  'very tricky' sebab kena faham betul-betul ayatnya.

kata ustaz, kita seeloknya sentiasa berzikir, samada lisan atau dalam hati. insyaallah hati akan tenteram dan rasa sentiasa dekat dengan Allah.

zikirlah. "laailah haillullah..." atau zikir fatimah, subhanallah33x, alhamdulillah 33x, allahu akbar 33x... sebelum tidur, insyaallah esok apa yang kita buat rasa mudah.

selawat pun ok juga. 

asma Allah pun ada fadhilat tersendiri.  nantilah saya akan sambung...


kalau kurang ingat pada Allah, syaitan pasti kacau.  rasanya semua orang dah tahu macamana penangan syaitan. contoh; saya suka bagi contoh sebab kalau dengar usrah ke tazkirah ke saya nak contoh detail. baru-baru ni saya ada menonton program agama di tv.  aduh... sampai ke hujung baru nak bagi contoh. penat menunggu dengan 'explaination' yang agak'general'. taklah saya menunggu sampai ke hujung sebab tak puas.

ustaz ishak din ni tegas orangnya tapi 'best' usrah yang dia bagi. 

ustaz selalu mengingatkan mengenai munafik.  jangan jadi munafik.  munafik akan ditempatkan di neraka paling  bawah.

sering-seringlah kita pergi dengar ceramah agama, kuliyyah agama, usrah atau tazkirah.  insyallah kita akan mendapat 10 kebaikan, 10 pahala dan ditingkatkan 10 darjat.

soalan ustaz, "siapa paling ramai masuk syurga?"

ramai yang menjawab, " lelaki..."
"salah tu." balas ustaz, sambil tersenyum.

kami pun cuba menegakkan jawapan, "la, nabi kan kata dia tengok dalam neraka ramai perempuan."

jawab ustaz lagi,"saya tanya siapa paling ramai masuk syurga, bukannya penghuni syurga." balas ustaz sambil ketawa kecil.  ustaz ishak din ni, soalannya kena faham betul-betul. teramatlah 'tricky'.

hampir semua terdiam (sebenarnya taklah ramai yang hadir usrah ni).  "yang paling ramai masuk syurga adalah orang susah, kalau saya tanya penghuni, memanglah lelaki..." 

jawapannya disambut dengan ketawa kecil kami.

untuk menambah pahala, segala kebaikan yang kita buat pada orang, jangan diingat, tetapi, kalau orang buat baik pada kita, kita kena kenang sampai bila-bila. mudah-mudahan pahala kita dapat tidak hilang atau berkurangan terus.

kalau kita sebut atau ungkit, maka habislah pahala dan sia-sialah apa yang kita buat yang mungkin menampakkan kebaikan. insyaallah Allah akan membalasnya walaupun sebesar zarah.  biarlah Allah yang membalas, segala-galanya untuk akhirat. 

kadang kala hati kita tak rasa tenang.  buatlah kebaikan seperti bersedekah.  kalau tak mampu sedekah wang ringgit, sedekahlah dengan senyuman pun takpe.. (part ni saya tambah ye)

pendek kata, buatlah kebaikan kita akan dapat 10 kebaikan daripada Allah.  mengadu pada Allah lagi afdhal. tak percaya cubalah... tahajjud, berdoa...nak bersembang dengan Allah, baca le quran...

memang pada mula nak buat, susah sangat, tapi, alah bisa tegal biasa. 

Saturday, January 8, 2011

minta perlindungan daripada Allah

bagi melindungi diri kita daripada gangguan syaitan.  bacalah taawuz. 



lebih elok lagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan.  terutamanya ketika nak melakukan amal ibadat.  insyaallah, Allah akan melindungi kita daripada syaitan yang direjam.

syaitan ni ramai kuncu-kuncu dia.  dia dah bersumpah dengan Allah nak menyesatkan manusia hingga kiamat. 

Tapi, Allah pula berjanji akan mengampunkan manusia yang berbuat kesalahan setiap masa selagi mereka meminta ampun kepada Allah.