Tuesday, September 11, 2012

kala ayam berkokok - berdoalah




Hari ini agak membosankan.  Rancangan di tv pula tidak menarik perhatian saya.  Sinetron Indonesia yang ditayangkan di saluran swasta keterlaluan jalan ceritanya...lagi menambah tekanan adalah.

Kala bosan begini, majalah dan novel menjadi pilihan.  

Saya terpanggil untuk membaca majalah Al-Islam keluaran Jun di bawah tajuk "Ketika Mendengar Kokokan Ayam".  Kalau di kampung setiap waktu dinihari memang sering terdengar kokokan ayam...macam biasa, orang tua tua pernah berkata, malaikat lalu tu, dia nak tengok apa yang kita tengah buat waktu dia turun..."

Walaupun saya tinggal di apartment, ada masa terdengar juga sayup-sayup kokokan ayam yang sepatutnya mustahil saya dengar memandangkan mana ada orang boleh bela ayam di sini?  Lainlah kalau ayam belaan di kawasan Bukit Penchala ni.  Mungkinkah?

Berbalik kepada benarnya apakah kokokan ayam itu benar-benar melihat malaikat?

Ya Allah, makbulkanlah doaku. 


Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi s.a.w. bersabda ;  "Apabila kamu mendengar kokok ayam, maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat.  Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai, maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai melihat syaitan."   (HR Muslim)

Jika kalian mendengar suara kokok ayam, mohonlah kepada Allah kurniaNya kerana saat itu, ayam sedang melihat malaikat dan bila kalian mendengar rengek suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah kerana saat itu keldai itu sedang melihat syaitan. (HR Bukhari)





Mujur juga masyarakat kita tak membela keldai ye.  Agaknya kalau dengar rengekan keldai mesti bulu roma kita tegak. ye tak?

Petikan dalam majalan ini juga terdapat hadis riwayat Muslim, dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah turunke langit dunia setiap malam, iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama. "

Lalu Allah berfirman, "Akulah Tuhan!  Akulah tuhan!  Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya.  Siapa yang meminta kepada Ku, Ku beri dia.  Dan, siapa yang memohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia.  Begitulah seterusnya hingga terbit fajar."

Begitu mudahnya kita boleh mohon keampunan daripada Allah.  Tapi, kita masih lagi alpa dengan dunia yang tidak menjanjikan kedudukan kita di akhirat, tetapi hanya di mata manusia yang juga tiada kuasa.



Kenapa kita terlalu tamak dengan harta dunia tetapi memandang remeh untuk harta akhirat?  

Eloklah kita bermula dari sekarang, biarpun sedikit, kita cuba lakukan secara istiqamah.  Lama-lama kita tambah lagi...insyaallah kita boleh lakukan.  

Saya pernah diberitahu, untuk menjadikan sesuatu perkara itu kebiasaan kita, lakukan berturut-turut selama sekurang-kurangnya 21 hari... 


No comments:

Post a Comment