Tuesday, December 18, 2012

masak lemak tempoyak ikan siakap - versi lain sikit


 Masak lemak tempoyak ikan siakap.  Biasalakan, musim durian, banyak la orang dok bagi tempoyak.  Buat sambal sudah, sedapnya, lupa nak ambik gambo, lagipun resepi senang, tapi, lain kali nak buat sambal saya kena ambik dan 'upload' yer.

Sebenarnya nak masak ikan aji aji, tapi, tersilap ambik ikan la pulak di peti sejuk tu. Bila dah bukak plastik dan ikan pun dah lembut, baru perasan.  Ikan siakap ni nak masak stim, terbantut sudah. 



Dah lama dok google nak dapatkan resepi ni.  Macam-macam versi la pulak.  Akhirnya, buat la apa yang patut.  Hehe, tak sangka  cubaan pertama berjaya dan memang sedap.  mana taknya, bubuh ikan bilis lagi, versi sesuka hati nampak?



Mulanya nak buat versi masak lemak tempoyak negeri sembilan yang tanpa bawang.  Tapi, lebihan bawang yang dah dipotong beberapa hari lepas ada lagi, sayang la pulak. 


Bahan-bahan

1.  Seekor ikan siakap / ikan apa pun ok - bersihkan 
2. 2 cawan santan biasa dan 1 cawan santan pekat 
3. Segenggam cili padi atau ikut suka nak pedas mana - tumbuk
4. 1 inci kunyit hidup -tumbuk
5. sebelah bawang besar - nak bagi pekat jer - tumbuk
6. 1 - 2 ulas bawang putih - tumbuk - nak letak atau tak nakpun ok
7. segenggam ikan bilis ditumbuk 
8. secubit garam 
9. sebatang serai - dititik
10. 2 sudu besar tempoyak @ 1 senduk - 
11.  kalau nak letak asam gelugor boleh, tapi saya tak letak sebab tak berapa suka masam 
12. 1 helai daun kunyit - saya tak letak sebab tak ada, daun kunyit ni boleh dihiris sebesar 1 inci - fungsi kat sini nak bagi bau wangi 



 Cara 
1. Tumbuk bawang besar, putih, kunyit dan juga ikan bilis
2. Masukkan bahan di atas ke dalam periuk dan tambah satu atau dua sudu air, masak dulu bahan-bahan tu supaya masak sikit - tak nak bau tengik kan
3. bila bahan di atas dah layu, masukkan 2 cawan santan cair, kacau selalu, lepas tu masukkan ikan tadi sampai didih
4. perlahankan api, masukkan 1 cawan santan pekat - kacau perlahan dan masukkan serai - garam pastikan jangan banyak sangat sebab dah ada ikan bilis, rasa dulu sebelum masukkan garam yer
5. tempoyak - sukatan terpulang ye. tapi, lagi banyak lagi sedap - saya masukkan 2 sudu besar dan lebih sikit...heheh - kacau perlahan-lahan sampai didih, api jangan besar nanti pecah minyak




hujan pula tengah turun dengan senyum simpulnya... ha apa lagi, memang sedap betul... sib baik ikan siakap ni yang kecil, kalau tak jenuh nak habiskan. 

ok, selamat mencuba.

air terjun sungai gabai,hulu langat

Ahad lepas saya pergi berlibur lagi.  Biasalah, pergi ke tempat air terjun la pulak.  Lokasinya, Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor. 

Sebelum masuk ke kawasan rekreasi ini, setiap kepala (orang) dikenakan bayaran RM1.  Resit diberi ya.  Mujur mereka yang menjaga parkir ini, memudahkan kita dengan menunjukkan ruang mana sesuai untuk parkir. 
Reaksi pertama ketika melihat kawasan di sekitar parkir.  Oh bolehlah.  Not bad at all.


Bila nampak je air terjun yang mengalir dari batuan besar.  WOW.  Terpikat sudah.


Air terjun di bahagian bawah menjadi pilihan ramai sebab kalau nak ke atas lagi, sila pastikan anda bersarapan dulu dan memiliki tenaga yang banyak.  Kalau tak,alamat pancit dan...



Kami bersemangat nak mendaki ke atas, tapi, malangnya ada pulak yang terpancit.  Jadi, di bawah juga tempat yang elok. 



Barang diingat, kalau nak ke kawasan tumpuan orang ramai, sila keluar dari rumah awal pagi.  Kalau tak, pandai-pandailah menyelit nak mencari 'port' terbaek dari ladang. 


Nin dia tangga yang berjumlah lebih daripada 300 anak tangga, pastikan jangan terpancit di tengah jalan tuh.





Memang cantik air terjun di sini.  Kalau yang sukakan keindahan alam semulajadi, memang sesuai.
















Ha, saya mulanya malas nak sertai yang lain untuk berendam.  Ramai sangat orang kat air terjun tu.  Tapi, ya la, hari minggu orang lain nak bersantai jugakan.  Jadi, akhirnya lepas tengahari barulah saya pergi juga.

Mulanya bukan apa, saya risau tak ada tempat untuk menukar pakaian.  


Gambar di atas tu, lampin pakai buang.  Inilah contoh manusia yang pentingkan diri.  Dahla buang barang busuk di tempat rekreasi, memang tak ada sivik.  

Saya hairan betul dengan perangai manusia yang tak mahu bekerjasama menjaga kebersihan tempat rekreasi.  Fikirlah sikit, orang ramai nak berehat, tapi, kalau dah seorang buang lampin pakai buang tu, bayangkan kalau 10 orang, dah jadi apa tempat tu.

Bukan itu saja, tempat kami pilihpun dah nampak gel lampin pakai buang berterabur.

ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik, abang serta sesiapa yang bawa bersama anak kecil yang masih pakai lampin pakai buang, saya minta tolong, buanglah sampah yang anda bawa ke tempat buang sampah.  Jangan la malas, boleh?


Cantik, air yang jernih menggamit kita untuk bersamanya menikmati alam nan indah. 



Ok, ni saya kira tingkat pertamalah.  Sesuai untuk anak-anak kecil bermain, tak dalam.  





































Ha, gambar di atas tu, nampak tak beberapa pengunjung berada di bawah aliran air terjun?  Kira urutan air la tu.  Deras betul air tu.  Hampir setengah jam saya duduk di bawah aliran air terjun tu.  Seronok sangat bila air deras mengenai bahu, kepala kita, rasa macam urutan reflexologi la pulak.  Kalau yang nak mencuba, kira ini yang terbaik la.  jangan tak cuba. 

















Terdapat beberapa pondok untuk pengunjung.  Boleh la dijadikan tempat berteduh. Tetapi, barang diingat, kalaupun kita letak barang kita di situ, akan ada pengunjung yang baru datang, dia akan mengubah barangan kita dan dia akan letak barang-barang dia la pulak.  Macam tu pun ada ya.  Macam Belanda dapat tanah. Hehehe. 









Aha, tengah bersukaria, tetiba ada tuan tanah kedaung menjengah kami.  Terkejut la juga.  Masih anak, harap-harap tak merbahaya.  



Ok, apa lagi kemudahan yang ada di sini?  Alhamdulillah, surau boleh masuk ke kategori bersih. 

 Tapi, tempat wudhuk untuk perempuan tak ada.  Ada satu paip kat luar, pandai-pandailah macamana nak ambik air wudhuk.  Mungkin ada satu ruang atau bilik untuk berwudhuk, kat kiri surau tu, tapi, dah penuh dengan orang dok tukar baju.  Siap jaga kat pintu dan tutup dengan tuala lagi.

Cuba juga intai, macam bilik untuk berwudhuk, tapi paip dah tak ada, tak tahula pula kalau ada yang elok.


Ni ruang solat wanita, bersih, tak ada la kekotoran yang melekat di situ.  Telekung dan sejadahpun disediakan.  Emm, bersih mungkin kot, saya tak periksa pula sebab bawa yang sendiri punya. Tapi, alhamdulillah pandai-pandailah bajet masa ye. 



Cuma tandas, saya bagi markah gagal.  Maaf, saya tak ambil gambar dalam tandas, tak tergamak.  Dua sinki tak berfungsi.  Ada satu paip yang dibiarkan air mengalir di tengah-tengah ruang tandas.  

Tapi, kalau nak membuang, ucaplah selamat tinggal.  Tak tergamak.  Nak salin pakaian pun pejam mata je la.  Tandas yang saya guna untuk menukar pakaian, paip air tak ada, mangkuk tandas, saya tak periksa, huh, cecuba bayangkan. Teruk, memalukan kalau ada pengunjung dari luar negara datang.  Rasanya tak ada tandas yang berfungsi kot.  Saya tak pula periksa 2 tandas yang lain, penuh orang. 

 Tak faham pula yang kutip seringgit sorang tu diguna untuk apa?  Nak salahkan penjaga di situ?  Atau kesalahan diletakkan kepada pengunjung?  Kenapa la masih di kelas 3? 

Saya puji penjagaan tandas dan bilik salinan di Sungai Sendat.  Bersih.  Di situ pun dikenakan bayaran seorang seringgit, untuk masuk, tapi nak masuk tandas dikenakan berapa sen tah, lupa pulak.  Tapi, oklah, bersih. 


Di sini, agaknya dusun buah-buahan kot.  Pokok durian, cempedak, langsat banyak.  Kena pula masa kami pergi tu, kereta diparkir betul-betul bawah pohon langsat yang banyak buah.  Huh, kalau tak kuat iman...tapi, kami tak ambilpun, sebab tak boleh, haram selagi tidak mendapat izin tuan tanah... jangan biasakan mengambil hak orang tanpa kebenaran mereka ya... 


Bagaimanapun, pengalaman yang saya dapat di situ, ok juga sebab saya tahu apa yang ada.  Harap pada masa depan nanti, bersihlah kawasan tu seperti di sungai sendat, ulu yam.

Pengalaman saya semasa beriadah di situ menjadikan saya membuat keputusan....Saya tak nak jejak lagi ke Sungai Gabai.  Sekian sudah.