Monday, June 17, 2013

Oh.. kamera & telefon bimbitku...






Aduhai, kamera dan telefon bimbit buat hal la pulak.  Kamera tetiba lens tak boleh nak berfungsi, seperti tersekat.

Dua minggu lepas bawa ke One Utama, Old Wing tu, konon nak  baiki lens.

Alamak, katanya, lens kamera perlu ditukar, disebabkan jenis lama, harga lens saja mencecah RM400, hantar ke kedai kamera tu saja untuk servis RM30 dan bila dia nak hantar ke tempat servis, ada lagi caj servis.  Katanya kamera tu jenis lama... hello... tapi, tak marah la.. cuma rasa macam ketinggalan... 

Paling kurangpun akan terbang RM500.  Fikir-fikir, hmm, banyak juga tu, lebih baik beli yang baru.  Sekarang ni dok 'survey' kamera , tak tahu pula saya nak yang macam mana... hmm.

Itu satu hal.  

Telefon pula hal ke 2.  Kat skrin tak keluar pula lampunya.  Jadi, kalau nak tengok mesej masuk atau panggilan masuk ke, gelaplah skrinnya.  Tapi, taklah tak nampak langsung.  Kena ke kawasan bercahaya untuk lihat apa yang dipapar di skrin.

Ha, ramai dah gelakkan saya suruh tukar yang baru.  Biarpun jenis lama, tapi, banyak jasanya pada saya.  Dah jatuh berkali-kali tak terjejas.

Cuma mungkin saya beli 'charger' tiruan, itu yang jadi penyebab lampu skrinnya tak berfungsi.  Alat pengecas bateri saya ok, cuma masa balik raya 2 tahun lepas, abang saya terbawa balik alat pengecas saya.  Disangkanya milik dia.

Dia dah balik Shah Alam, saya pula kat kampung lagi, jadi, nak tak nak kena la beli apa yang ada kat sana.  Sejak guna pengecas itulah, lampunya kadang ada kadang tidak.. sekarang terus... tak ada... 

Aduhai, kena beli baru, tapi, tak pula saya bersedia nak beli lagi, tapi, rasanya kena juga, sebab agak menyukarkan saya.

Jenama apa, itu perlu saya fikirkan ... 

Alahai dah banyak saya masak dan banyak juga peristiwa menarik nak saya kongsi bersama... tapi, terbantut dulu... mungkin.. tengoklah apa yang akan berlaku.. kamera dan telefon.

Insya Allah nanti saya muatkan tazkirah yang saya hadir di surau untuk di kongsi bersama, sebenarnya banyak yang menarik tu.

Resepi, soto, laksa tak dapat nak ambil gambar, tapi, alhamdulillah, saya google dan buat menjadi la pulak.  

Paling menarik pertama kali buat laksa goreng, semua suka.  Eh bukan nak riak, dari buat kuah laksa bawa ke ofis, terlebih laksa, jadi, sayang nak buang, saya masak le laksa goreng,... menjadi la pula... ruginya sebelum ni laksa yang lebih dibuang...

Puasa dah dekat, minggu depan nak belajar buat kuih.. alamak... kena beli kamera la juga... heheheh.... alasan la tu...

Anyway I'd like to share with you the recipes that I might learn.  Not sure what, but, one thing, I was told by my friend it's pie.  Maybe mushroom and chicken pie.  Just wait.




Sunday, June 2, 2013

DOA DIBERI KECUKUPAN DENGAN HARTA YANG HALAL... INSYAALLAH






Mencari wang ringgit dan harta biarlah cara yang halal.  Sebenarnya definisi halal ini amat mendalam.

Jika kita bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, kenalah ikut masa yang ditentukan oleh majikan.  Jika ada hal, masuk pula pukul 10 pagi, balik tu kenalah pukul 7.  Cukupkan masa yang diwajibkan kita bekerja.

Ramai yang mengular (ponteng).  Waktu rehat melebihi masa yang dibenarkan.  Nak pula kalau hari jumaat.  Keluar awal balik lambat.  Mengalahkan orang lelaki pergi solat jumaat.

Kadang-kadang masa di pejabat, kita bermuka buku, berblog, berSMS, bersembang, mengumpat, memfitnah, lambat siapkan kerja yang patut disiapkan mengikut masa yang diberikan.

Ada yang lebih berani masuk lewat petang, balik pula awal.  Walaupun boss kita tak tengok, tapi, Allah nampak, malaikat pula mencatit.  Aduh, di akhirat nanti jenuh nak menjawab.

Walau gaji beribu riban, tapi tak amanah... sentiasa tak cukup aje.  Cuba tengok ada yang keluarga anak ramai, masih bersekolah, kerja gaji tak sampai beribu riban, tapi, sentiasa cukup.  

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.  

Nasihat untuk diri sendiri :)  mudah-mudahan tidak alpa ...