Monday, December 3, 2012

RESEPI MUDAH BBQ - AYAM MADU BAKAR

LAZAT HINGGA MENJILAT JARI 

GET SET TO BBQ

Semenjak dua menjak ni, saya suka sangat berjalan-jalan.  Tambah pula bila kawan-kawan ajak, apa lagi, rezeki jangan ditolak.


CAN'T WAIT TO TASTE 'EM


 Depa ajak nak BBQ, apa lagi, mula la kepala ni dok mai macam-macam resepi.  Akhirnya, bakar ayam lagi senang.


CANTIK 



ADA UDANG SEKALI - SEDAPP

Bahan-bahan.

1. 3 ketul bahagian paha (termasuk bhg atas paha) dan 6 ketul sayap ayam / kalau nak guna seekor ayam pun boleh - potong kecil atau ikut sukalah besaq mana nak. 
2. 3 ulas bawang putih - tumbuk
3. seinci halia - tumbuk
4. 2 sudu makan cili kering kisar - tumis sampai masak
5. 2 sudu makan serbuk kari daging
6. 5 sudu makan madu / saya guna madu tualang, itu je yang ada kat rumah - sebenarnya guna saja madu apa pun boleh, kalau takdak, guna gula pun boleh
7. garam secukup rasa
8. 3 sudu makan sos tiram
9. 1 sudu makan lada hitam - tumbuk
(kalau yang nak letak kiub ayampun boleh atau msg- saya pula cuba elak)
(sebenarnya saya main campak je semua bahan tu, tapi kat sini saya agak kuantiti untuk semua yang nak cuba na... 

Cara masak

1. Ketulan ayam dibersihkan dan tos.  Untuk hilang bau ayam, cucilah dengan tepung gandum.  Eloknya ketul ayam tu sebesar 3 jari je.

2.  Satukan semua bahan-bahan dari no 2 hingga 9.  Kacau.
3. Ambil 2 sudu besar bahan tadi dan gaul dulu pada ketulan ayam.
4. Kukus separuh masak
5.  Bila dah sejuk, ambil bahan perapan tadi, gaul kepada ketulan ayam dan masukkan dalam bekas.  Perap semalaman.  Kalau esok nak BBQ, malam ni la sediakan semua tu.  atau kalau tak sabar kena perap lebih 4 jam la. 
6.  Bakarlah dengan bara api yang membara.  Bara kena banyak tau.  Jangan kedekut.  Jangan bakar atas asap yang banyak dan juga api yang menyala. 

(Kalau kita nak BBQ berasaskan ayam dan daging ni, cepat masak  eloklah dimasak separuh masak dengan cara merebus atau kukus.  

Saya kukus je ayam ni dengan mencampurkan bahan-bahan rempah tadi setengah masak.  senang je. ( bila kita bakar, sekejap saja ayam dah masak.  Taklah bila tengah makan ayam tu ada lagi daging yang merah, padahal kat luar ayam tu dah hangit.)
SEDAP SANGAT - ALHAMDULILLAH BAKAR TAK LAMA DAN SEMUA ISI AYAM NI MASAK...YUMMY

Bila kita BBQ, seeloknya bakarlah dengan bara yang banyak dan kuat.  Tak perlu api menyala, nanti hangit.  Seeloknya bara yang banyak tu.  Masak pun tak hangit dan masak dengan elok pula tu, kira masak sempurna la makanan yang kita bakar. 

tu dia... siapa  tak terlioq
'


Udang tu pun bakar atas bara api , tu yang elok sikit tak hangit, lagipun udang cepat masak.  Cuba la memang sedap.   

11 comments:

  1. Emm...sedapnya terliur tgk ayam bbq tu..first time nak buat ni..mudah2an menjadilah ...mohon izin nak guna resepi yer.. sambil2 membakar nanti bolehlah sambil minum minuman penambah tenaga barulah rasa bertenaga dan tak letih masa membakar nanti...

    ReplyDelete
  2. la...lamanya saya tak jenguk...sila2....harap dah menjadi tu...

    ReplyDelete
  3. Nk tya..yg part cili kering kisar tu mcmna ekk..ap yg kene tumis sampai masak tu..hrap dpt reply awal..sbb besok nk g piknik ni..tq...

    ReplyDelete
  4. sorry my dear, lambast reply..ada masalah nam log mask. dah dekat sebulan... hope you dapat buat resepi ni
    cili tu rendam air panas atau rebus.. then cili tu boleh blend

    ReplyDelete
  5. cubalah Lokman Hafiz...ada banyak version... tapi tak sempat nak buat

    ReplyDelete
  6. Dah cuba dah memang sedap. Saya tambah sikit jintan putih dan jintan manis. Since saya tak buat bara api so saya bakar dalam oven je hehe tapi memang puas hati. Mak pun cakap sedap

    ReplyDelete
  7. lebih kurang resepi yg saya guna, cuma sy tak letak madu, so tiram tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi ni bebas je... wah... nanti akak nak try tambah jintan manis pula

      Delete
  8. Bahan laen xyah tumis ke? Cume cili kering je tumis kan???

    ReplyDelete
  9. Lepas tumis, masuk semua bahan...masak...angkat dan lumur, kukus ayam separuh masak...

    ReplyDelete