Monday, July 9, 2012

Hati gelisah? Amallah surah Alam Nashrah...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya tidak lagi gundah gulana.  Berserah diri kepada Allah akan segala urusan hidup saya, membuatkan diri rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul.

Mungkin, pengalaman hidup mengajar kita erti hidup dan bagaimana hendak menangani masalah yang datang.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana kita dapat halakan diri kita supaya tidak bersedih sangat...

Amalkanlah surah di bawah ini.  Bacalah apabila runsing.

Caranya;

1. pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada (bacalah doa - YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)

2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu
  (bacalah doa - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI...)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(masalah la )

3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah tapak tangan, lepas tu tapak tangan sapulah  di belakang pinggang hingga sempadan punggung - sapulah 3 x...
(doalah - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI...)bila buat kerja tu rasa ringan je)

4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka... buat 3 x
(doalah - YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU...)yang ni dikatakan untuk penyeri wajah...dan supaya orang hormat dan sayang...kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan...)
pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis...

seeloknya, bacalah basmallah bila melakukan sesuatu pekerjaan, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah.




    Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
    lagi Maha Penyayang
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu 
    dadamu (wahai Muhammad)?
2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu 
    bebanmu.
3. Yang memberati tanggunganmu (dalam
    menyampaikan dakwah)
4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan
    namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi  dan
    pelbagai kemuliaan)
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
    bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
    kemudahan
6. sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai 
    kemudahan
7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu 
    amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau 
    berusaha (mengerjakan amal salih yang lain);
8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya 
    engkau berharap

Saya bukanlah memandai-mandai bagi petua ni, saya belajar daripada ustaz Hanafiah...seorang pendakwah bebas yang banyak pengalaman....

Cubalah, insyaallah Allah pasti tolong...dan jangan lupa pula untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat...seluruh jiwa raga hanya untuk Allah...

Wassalam

14 comments:

  1. Minta copy ye ...terima kasih

    ReplyDelete
  2. silakan..ini bukan saya punya, semuanya Allah yang punya...

    ReplyDelete
  3. terimakisih atas pencerahan nya.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas informasi yang berguna..
    http://hasheenabeevi.logspot.com
    http://formomandbabyshop.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. assalam.. mcmne nak buat yg ayat ketiga tu?

    ReplyDelete
  6. 1. baca ayat ke 3, tiup kat tapak tangan, lepas tu tangan tu bawa le ke belakang... kat pinggang...sapu 3 x... niatlah mudah-mudahan Allah hilangkan sakit tu...

    ReplyDelete
  7. Mohon nak share ye..

    ReplyDelete
  8. Yaallah tersentuh hati saya baca ayat ini.
    Alhamdulillah sy juga selalu mengamalman ayt ini dlm setiap solat yg sy lakukan.tapi tak tahu apa makna dan khasiat dr ayat ini.
    Mohon sy copi dan paste ye...mana tau berguna untuk di amalkan oleh kwn2
    saya.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih dengan ilmunya ini
    Saya sudah pun mula mengamalkanya..
    bisnes simkad

    ReplyDelete