Sunday, July 1, 2012

Berpatah arang

Maka, janji Allah itu benar.


Saya tak tahu nak jelaskan kejadian yang berlaku kepada rakan ini.  


Itulah, kalau kita bergantung kepada kuasa, ego tak tentu pasal terhadap orang tertentu, menganiaya?  


Doa orang teraniaya tak dihijab.


Kini, saya terharu dengan apa yang berlaku kepada rakan ini.  Dia disiasat.  


Dulu, semasa menjadi pilihan bos, dia jarang sekali hendak menjaga perasaan orang sekelilingnya.  Cakap main sedap mulut saja.


Ramai yang menjadi korban bahana mulut celuparnya.  Menyakitkan hati... tambah pula ada pengikutnya.  Peliknya, pengikut-pengikut itu walaupun pernah terkena bahana mulut rakan ini, pada batang hidung mereka.  Mereka tetap setia bagai lembu dicucuk hidung layaknya.


Itulah, bangkai gajah sukar nak ditutup, tetap bau.  Kini, dia dalam perhatian disebabkan melakukan kerja-kerja luar.  


Tentu dia dah tak seronok nak bekerja.  Tambahan pula bos yang menjadi sahabat baiknya, kini bagaikan musuh... gunting dalam lipatan. 


Dulu mereka bagaikan aur dengan tebing, tak dapat dipisahkan.  Ke mana sahaja mesti berdua tetap bersama.  Tugasan luar negara tetap bersama.  Bercuti pun bersama.  


Entah di mana silapnya.  Mesti ada sesuatu yang menyebabkan terjadinya perselisihan keretapi laju... eh...melalut la pulak... 


Alhamdulillah, jasa mereka besar kepada saya. Saya berterima kasih dengan mereka yang mengajar saya erti pedih hati, terkilan, malu segala-galanya.  


Mereka juga mengajar rasa tidak puas hati saya kepada sikap kroni mereka.


Kini, pengalaman berharga itu menjadi milik saya.  Saya bawa keindahan perbuatan mereka itu keluar dari daerah pekerjaan di tempat lama.  Saya jadikan ia pedoman agar tidak tergelincir seperti mereka.


Mereka kini, berpatah arang.  Sukar untuk dipercayai.  Bagi kedua-dua mereka.  Hidup bagaikan roda.  Antara kamu berdua, salah seorangnya kini berada di atas... dan pandai-pandailah mengharungi atas bawah berpusingnya roda...


Biarpun terukir senyum di bibir.  Mata kita tetap menyatakan rasa hati sebenarnya.


Ya Allah, Engkau Maha Agung.  Aku pernah dianiaya mereka.  


Aku doakan mereka sedar... setiap perbuatan pasti ada balasannya.

No comments:

Post a Comment