ganjaran... |
Kurang seminggu lagi, kita akan disapa Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang amat-amat ditunggu oleh semua umat Islam. Bulan yang hanay Allah sahaja yang memberi pahala kepada kita yang memenuhi perintahnya.
Ayuh, kita beramal dengan perbanyakkan sedekah, ibadah sunat dan juga mintalah untuk apa-apa hajat yang kita inginkan.
Semua kita mempunyai hajat. Berdoalah. Tapi, mesti dipenuhi dengan kesabaran. Bila meminta pula perlu dengan merendah diri dan tidak tergesa-gesa.
baca quran juga bertambah pahala selain kita akan lancar bacaan dan ramai yang cuba khatam quran. |
Saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz, ganjaran bulan Ramadhan bagi perkara baik yang dilakukan akan dikira, maksudnya ini masa paling sesuai untuk kita buat perkara baik, sebab pahalanya berganda-ganda. Hanya Allah yang tahu ganjarannya berapa.
Contohnya sedekah. Katalah sejak dari malam pertama Ramadhan kita simpan duit untuk niat sedekah kepada sesiapa (terutama orang memerlukan atau fakir miskin serta anak yatim, ia akan dikira juga, (maksud di sini, pahala berganda itu dikira juga walaupun kita beri pada bulan lain).
Contohnya, mungkin duit sedekah itu untuk orang Kemboja bagi ibadah korban kelak. Jadi, bila dah sampai waktu nanti, berilah duit yang kita niatkan dulu tu.
Bagi yang berhajat pula, apa kata kita solat tahajjud, taubat, hajat, dhuha dan pelbagai lagi solat sunat (qiamulail).
Percayalah, Allah pasti perkenankan doa kita. Itu janji Allah. Yakinlah. Lakukan dengan ikhlas. Minta perkara yang baik-baik, hindarkan daripada meminta untuk keburukan orang lain.
Tapi, jangan lupa kita masih ada beberapa hari lagi untuk ganti (qada') puasa yang tertinggal dulu.
Elok juga diqada' lebih sehari dua daripada yang kita tinggalkan.
Jom kita penuhkan solat terawikh. Nikmati solat terawikh... dengan penuh khusyuk insyaallah kita akan merasa kemanisannya.
Kalau rajin, pergilah ke masjid atau surau berlainan setiap malam. Pengalaman menarik pasti menanti.
Selamat menambah ganjaran puasa.
No comments:
Post a Comment