Monday, January 27, 2014

ZAMAN MEWAH DENGAN MAKANAN, RAKYAT SYRIA MATI KEBULURAN… WAJARKAH?



SUMBER FOTO : IKRAM FB
TAK TERGAMAK SAYA MELIHAT KEADAAN INI

Bila lapar, kita masih terfikir-fikir nak makan apa, di mana, apa  yang sedap?  Tapi, pernah terfikirkah kita, di negara yang sedang bergolak, mereka sedikitpun tidak sempat nak berfikir… pasal makanan.

Di fb, ramai yang sibuk 'upload', ni je 'lunch' untuk hari ini.  Dengan ayam masak merahnya, dengan sayur masak lemaknya, dengan ikan bakarnya, dengan sambalnya, dengan macam-macam lagi.  Masak itu ini atas permintaan En. Somi. ugghhh.. makan cuma berdua, tapi dihidang macam nak makan 6-7 orang.


SUMBER FOTO : IKRAM FB
 Saya tersentuh melihat penderitaan yang melanda rakyat Syria.  Kebuluran.  Perkara yang tidak terlintas akan melanda negara ini.  Kenapa ia berlaku?  Di mana pembela hak kemanusiaan?






SUMBER FOTO : IKRAM FB


Saya pernah ke Kota Kuala Muda Kedah, semasa tsunami.  Kami pergi ke kawasan rumah yang terkena bahana tsunami.  Mengagihkan makanan dan keperluan asas lain.

Bila dikenang kembali, ada salah seorang sukarelawan tiba-tiba emo, sebab marahkan kita tak sediakan makanan yang 'logik' akal untuk diberi kepada mangsa.

Ya saya masih ingat, kami beli sardin dalam tin, beras, susu, teh, gula, kopi, milo, serta makanan kering lainnya.  Selain daripada tuala wanita, telekung, lampin pakai buang bayi.

"Tau tak mereka dah bosan nak makan ikan kering, sardin… bla bla bla...  Mereka nak juga makan ayam, daging bagai."

Saya terdiam.  Bukan rasa kasihan kepada mangsa tsunami.  Tapi, rasa betapa egonya manusia.  Dalam keadaan 'darurat' kecil inipun masih lagi merungut bila nikmat hadir.  

Mana kami nak cari daging, ayam mentah semua?  Kalau dapatpun, bila hantar ke rumah mereka tentu dah berbau bahan mentah semua tu.  

Lagipun ia hanya untuk bantuan sementara, sehingga keadaan pulih semula.



SUMBER FOTO : IKRAM FB


Saya agak kesal dengan rungutan beberapa orang yang tidak bersyukur.  Bukanlah saya nak kata hebat sangat pemberian kami.  Sekurang-kurangnya ada juga makanan untuk lapik perut sementara.

Saya tengok mereka dapat beras berkampit-kampit, minyak masak dan sebagainya sampai boleh buka kedai runcitlah kalau diingat semula.

Nikmat syukur atas bantuan yang diberi Allah dipandang rendah pula.  Adakah nikmat yang banyak yang Allah turunkan menjadikan hati manusia semakin keras?

Ye lah kejadian tsunami di negara kita tidak dijangka. Tiada persediaan untuk bencana besar memandangkan selama ini negara kita aman.  

Saya sedih sangat melihat gambar-gambar di Syria.  Kebuluran menjadi biasa kini.  Banyak negara membazir makanan… tetapi, di Syria pemerintah zalim berkuasa dan sewenang-wenangnya membunuh rakyatnya sendiri.  

Ramai yang mati akibat kebuluran, malah ada yang tak ingat bila kali terakhir dia dapat makan.

Kita pula sibuk .. ah tak sedaplah, makan itu ini.  Padahal kalau orang yang hidup di paras kemiskinan di negara kita, ia adalah nikmat.

Saya masih ingat, masa kecil-kecil dulu, ikan masin, telur goreng dimakan dengan kicap dan nasi panas, memang sedap.  Tak pernah pula merungut.  Walaupun lauk lain yang sedap ada, itu juga kadang kala kita rasa nak makan.

Tetapi, di dalam program membantu mereka yang memerlukan, ia seolah-olah terlalu daif bila ditunjukkan makan nasi, kicap dan telur goreng.


Apa yang terlintas di benak kita apabila seorang remaja terpaksa makan kotak untuk mengalas perutnya?  Apa rasa naluri kemanusiaan kita apabila di sini kita mewah dengan pelbagai makanan dan masih lagi mencemuh dengan rezeki yang ada itu.  Di Syria pula mereka terpaksa makan kaktus bagi mengalas perut.  Ia sepatutnya tidak berlaku.  

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau selamatkanlah rakyat Syria yang menderita.  Kau bantulah saudaraku di Palestin, Lubnan, Mesir, Libya, Iraq daripada dizalimi secara kejam oleh musuh agamaMu.




Wednesday, January 22, 2014

KISAH BIBIK BUAT HAL DARI MEDAN

pic from google

Entahlah, nak marah kejadian ditipu bibik Medan ni, perkara tu pun dah berlalu.

Kisahnya macam ni.  2 bulan lepas saya dapat tawaran daripada kawan kakak ipar saya yang mengatakan ada bibik lebih… jadi kononnya dia nak tolonglah.

Oh…peluang baik ni, memandangkan saya rasa sedikit lega apabila berfikir, untuk kebaikan mak saya di kampung.  

Mak saya agak uzur, tapi, masih lagi boleh mengurus diri.  Yang saya bimbangkan keselamatan diri dia bila berseorangan… Takut sakit peningnya… nak harap jiran… merekapun ada urusan masing-masing.

Berbalik kepada bibik ni, jadi, kakak Fadzilahpun uruskan… tetapi perlu dibayar RM3500 untuk urusan orang tengah dari Medan.  

pic from google

Setelah ditanya itu ini, katanya semua termasuk dalam kos, jadi, saya dah tak perlu keluarkan apa-apa kos lagi.  

Huh, kalau pasal duit, tak nyempat-nyempat orang kat Medan tu, katanya maid dah ada tak boleh tunggu.

Jadi, bila dah masukkan duit, terus dapat mesej, esok maid sampai.

2-3 hari senyap.  Rupanya maid tak sampai…kononnya sebab saya masukkan duit lambat, jadi, maid tu dah bagi kat orang lain…. hmmm ok…

Lepas tu dapat mesej, hujung minggu 'confirmed' maid sampai dari Port Kelang dan akan dihantar terus ke kampung.  Sayapun apa lagi telefonlah abang saya minta tunggu kat rumah… 

pic from google

Senyap.  Jadi, saya taklah telefon tanya abang saya.  Ingat ke dah selesai..

Dua minggu kemudian, dapat mesej dari Kak Fadzilah maid dah sampai.  Eh… terkejut saya.  La… ni maid mana pula.  

Rupa-rupanya, yang dah sampai dua kali dulu tu tertangguh, sikitpun tak ada inisiatif nak beritahu saya… tapi kalau pasal duit laju la pulak.

Maid ni dihantar melalui 'airport' jadi, saya kena bayar tambangnya pula.

Geram.  Saya pun cakapla kepada kak Fadzilah tu.  Ni apa hal pula?  Kenapa ada masalah tak bagitahu.  Tup tup maid dihantar ke 'airport' dan saya perlu menampung kos penerbangan dia pula.

Eh, saya pula kena 'sound' dengan Kak Fadzilah, niat dia nak tolong… tapi dah jadi macam ni.. Saya malas nak komen.

Yang nak tergelak tu, tak nyempat-nyempat minta saya masukkan duit tambahan penerbangan… katanya agen sana dok minta… entahlah.

Jadi, setelah dihantar ke rumah mak saya, saya tak bertanya secara lanjut apa yang berlaku.. sebab bagi saya, bila saya balik ke kampung saya nak ada pandangan peribadi tersendiri mengenai maid tu.

Tak sampai seminggu berlalu.  Bibik tu buat hal.  Katanya ada pengganti… abang saya tanya apa hal?

Sayapun sms kak Fadzilah tanyakan apa cerita?  Kenapa tak berterus terang bila ada masalah?  Sekali lagi saya kena 'sound' . Malas saya nak tulis di sini… 

Rupa-rupanya bibik tu bercita-cita nak kerja di Kuala Lumpur.  Nak bekerja di kilang ataupun sebagai pencuci… ha.. pulak dah.

Bayangkan rumah mak saya tak ada apa nak dikemas sangat, setakat menyapu lantai atau masak sikit untuk mereka berdua.  

Memandangkan dia takde kerja.. jadi, mak suruhlah dia bersihkan kawasan di belakang rumah… La.. dia tak nak… dia mengadu kepada orang tengah yang dia kena tebas hutan… hahahah…kelakar

Padahal di belakang rumah kami mana ada hutan, sawah bendang ada la… dan kak Fadzilah dah tengok sendiri… dia pun dah tak tahu nak cakap apa dah..

Rupa-rupanya bibik tu ada agenda tersendiri… 

Betullah orang tengah tu mungkin tak tahu agenda bibik tu, dan juga kak Fadzilah yang nak tolong…

Tapi, asyik terkena je… dah la kena bayar gaji mahal, makan kita kena tanggung, bilik kena sediakan, elektrik dia guna kita kena bayar, kalau pergi bercuti kena bawa la juga.. dan banyak lagi.

Moral of the story?  

Be careful with them, especially those from Medan.  They have their own agenda to achieve their dreams.  But, we are the one who'll suffer… bit by bit.

The one who really wants to work is from Jawa.  They come here for the sake of helping their family back home.

Err… why am I expressing my thinking in English?

Sabo je la...

Wednesday, January 15, 2014

penawar diabets dari negeri china




Ok artikel ni saya terjumpa dalam facebook dan saya buat salinan untuk tatapan kita semua.

Apa salahnya kalau mencuba…

Lagipun bahan mentahnya mudah sahaja… 

12 batang kacang panjang
1 biji buah tomato merah

dikisar dan minum.  buat 2 kali sehari… cuba periksa esoknya… didakwa paras gula normal.

Monday, January 13, 2014

zikir memohon Allah bantu dunia dan akhirat

dari fb


Ini saya dapat daripada facebook… jom elok sangat untuk diamalkan, yakin dan isitqamah, kita akan dapat hasilnya… Insyaallah…

Peringatan untuk diri saya, bukan sahaja semasa perkara besar baru kita nak mohon bantuan Allah, perkara yang kita anggap remeh dan kecil tu pun kita perlu minta petunjuk Allah..

Insyaallah… hidup akan lebih tenang.