Saturday, March 31, 2012

dia lupa

sejak saya keluar (berhenti kerja) dari pejabat lama, tidak ada sesiapa lagi yang beramah-tamah dengan saya dari situ.  walaupun yang pernah rapat dengan saya.


kecuali kak zana saja yang masih berhubungan dengan saya.  


biasalah bila kita tiada apa-apa kepentingan pada mereka, buat apa nak mesra lagikan?


saya masih ingat kawan-kawan dari sana, tetapi, ada tak kawan yang ingat saya?  mungkin tidak.  


saya juga pernah rapat dengan KL ni.  saya jugalah yang menjadi pemandunya apabila dia ingin berjumpa dengan ustaz.  kadang kala panas juga hati ni bila dia tak sabar-sabar nak pergi, nak ikut masa dia saja tanpa memikirkan sangat masa kita.  tapi, mungkin orang tak nampak. saya ikut saja.


saya tahu, dia mengalami masalah rumahtangga.  tapi, sekalipun saya tak pernah bertanyakannya kerana dia sendiri tidak ingin memberitahu saya.  saya hanya mendengar daripada teman-teman di pejabat.  saya ingin menjaga air mukanya.  maklumlah mungkin dia segan memandangkan kami belajar bersama-sama.


tapi, biasalah adat manusia.  mudah lupa.  bukan saya mahu dia menghargai pertolongan saya. tidak.  tidak sama sekali.  saya hanya inginkan dia menjadi insan berhati murni.  


saya terkilan apabila dia terlalu percayakan pada senior kami di pejabat yang gilakan glamor.  senior ni jenis yang tidak boleh orang lain melebihi dia.  saya tahu sangat kerana saya pernah bekerja di bawahnya.  dan orang lain yang pernah bekerja dengannya pun mengadu hal yang sama.  dia akan menjatuhkan sesiapa yang boleh melebihi dia.  


kl ni terlalu percayakan senior ni.  tapi, saya tak tahu pula kalau kl ni pernah mendengar senior ni asyik mengadu domba hal kl yang tidak menunjukkan prestasi dalam kerjanya.  


kami selalu melihat kl diperkeldaikan oleh senior ni.  kesian.


oh ya berbalik kepada kl dengan saya.  pernah satu ketika saya menelefon kl untuk bertanyakan sesuatu.  satu soalan sahaja.  dengan agak keras, dia kata dia sibuk.  saya berkata kepadanya, bukan saya nak bersembang lama.  sekejap sahaja.  satu soalan sahaja.  


saya tahu benar suara orang yang tidak menyenangi panggilan kita.  saya cuma ingin bertanyakan mengenai langganan majalah solusi saya yang dihantar ke pejabat.  langganan solusi tu dihantar ke pejabat lama.  tak sangka pula dalam ramai-ramai  yang bekerja di sana, seorangpun tidak 'ingat' pada saya.  mengenepikan majalah tu dan kumpulkan semula untuk saya ambil nanti. 


kami berdua berlanggan majalah yang sama kerana saya yang membawanya pergi ke pejabat telaga biru.  seingat saya waktu tu, langganan saya masih ada lagi.   tapi ia hilang.  dah beberapa bulan saya tidak menerimanya.  saya menghubungi bekas pelatih bertanyakan soal majalah tu.  tapi, katanya tidak ada.  


saya agak kecewa kerana kepada pelatih tersebut, berbuih-buih mulut saya berpesan kepadanya untuk menyimpan baik-baik segala surat menyurat saya  yang ada di situ.  apa nak buat.  saya bukan orang penting.


berbalik kepada kl.  apa yang hendak dimarahkan kepada saya?  sayalah penemannya bila dia nak makan, (itupun bila senior tu tak ada, kalau ada sebelah mata kitapun dia tak pandang).  


bukalah mata luas-luas.  orang yang awak anggap sebagai orang paling baik di situ, tidak ikhlas dengan awak.  segala kelemahan kl ramai yang dah tahu.  tapi, semuanya buat kabur mata.  


tak sangka pula saya, orang yang saya anggap sebagai teman, rupa-rupanya kawan sahaja.  betapa murahnya harga diri manusia yang mudah lupa erti persahabatan.  erti bersilaturrahim.


nak tergelakpun ada.  ada sesetengah tu menghubungi saya semata-mata mahukan nombor telefon seseorang.  


biasalah.  adat dunia.  tapi, saya tak gelisah situasi sebegini.  saya ada Allah.  saya rasa lebih tenang.

Friday, March 30, 2012

pentingkan diri

kadang kala kita lupa perbuatan kita boleh membawa kepada sesuatu yang terkeluar daripada nilai murni.


setiap daripada diri kita, pasti ada sikap pentingkan diri.  cuba lihat apabila kita mendapat 'sesuatu'.  misalnya apabila jiran kita membenarkan kita mengambil buah mangga epal yang masak dengan jumlah yang kita ingini.


sudah pasti kalau boleh kita nak mengambil sebanyak yang mungkin.  dalam kepala kita dah terbayang kepada siapa yang ingin kita berikan.  


saya yakin di antara jiran sebelah rumah kita yang lain, ia jatuh ke nombor yang entah ke berapa.  dalam kepala kita dah ada, suami atau isteri atau anak-anak atau ibu bapa.


bila kita dah mengait buah, kita akan mencari buah tercantik dan terbesar dan yang masak elok.


ataupun semasa kita berkumpul bersama jiran-jiran  lain di bawah pokok ara yang rendang di tepi sungai yang mengalir jernih.  di situ ada 5 orang bersama kita.  


datang pula seorang jiran lain membawa 20 biji buah manggis yang besar dan segar.


tiba-tiba kita terfikir, ah..ada 5 orang je...lebih banyak ni.  ni mesti keluarga aku suka.


tanpa kita sedari kita mengambil mungkin 5 biji dan disimpan untuk dibawa pulang. padahal kita terlupa, jiran kita membawa buah itu untuk dikongsi bersama-sama dengan jiran-jiran lain yang berada di situ.  


mungkin ada seorang dua jiran yang lebih memilih untuk menikmati manggis tersebut bersama-sama di situ.


kita pula 'terlupa' yang kita berada bersama-sama kumpulan lain tanpa keluarga.


adalah lebih murni, jika hendak membawa pulang, manggis tersebut hanya setelah jiran-jiran kita makan dan tidak lagi berkehendakkan manggis yang terlebih, barulah kita boleh membawa pulang baki manggis.


mungkin juga semasa kita menikmati manggis, ada pula jiran lain yang singgah sebentar di 'port' kita tadi.


memanglah keluarga kita penting, tapi, kita perlu tengok situasi yang bagaimanakan kita 'dibolehkan' mementingkan diri.



Thursday, March 29, 2012

baru niat dah dapat balasan sedekah

beberapa tahun lalu, bila teman saya pulang ke kampung, saya selalu berpesan padanya supaya memberitahu saya.  dia berasal dari taiping, di utara perak. 


katanya di kampungnya ramai juga orang susah yang memerlukan bantuan.  dia juga seorang yang suka bersedekah.  


mendengarkan beberapa kisah yang disampaikan kepada saya mengenai mereka yang susah ini, saya terpanggil untuk sama bersedekah mengikut kemampuan saya.   


jadi, satu hari dia memberitahu saya, dia nak pulang ke kampung lusanya.  alahai, masa itu sudahlah agak hujung bulan, dia pula beritahu lambat.  nak tak  nak saya terpaksa mengadakan juga jumlah wang untuk disedekahkan.


semakin nak bersedekah, amboi-amboi semakan terasa kedekutnya. tapi, saya nekad juga.  rasanya saya ke bank mengeluarkan wang asb.  seribu ringgit saya keluarkan.  tapi, saya nekad nak sedekahkan 500 ringgit.  bagaimanapun wang tersebut hanya boleh diserahkan pada jumaat esok hari memandangkan teman saya cuti pada hari khamis.


aduh, kuat sungguh bisikan syaitan.  asyik terngiang-ngiang, ruginya kalau saya sedekahkan 500 kerana boleh dibuat banyak perkara.  tapi, dalam hati terlintas juga.  ish malunya aku pada Allah kerana dah niat nak bersedekah RM500 tapi takkan aku nak kensel.  tak apalah, kalau aku terdesak...mesti ada jalan, boleh puasa, jadi belanja tak banyak.


subhanallah.  esok paginya, saya dapat cek dari Lembaga Hasil Dalam Negeri yang memulangkan rebet wang untuk beberapa tahun.  jumlahnya, buat saya terduduk.  


RM5000 ringgit tertera pada cek.  


padahal, saya belum memberikan wang RM500 untuk disedekahkan kepada teman saya.  


alhamdulillah, petangnya teman saya datang untuk mengambil wang sedekah tersebut.  dan saya teringat ia adalah 2 minggu pertama bulan Ramadhan.  


subhanallah, Allah Maha Kaya.  dia beri cash lagi hanya dengan berniat sahaja.  alhamdulillah saya berjaya mengalahkan syaitan yang menghasut saya.  mujur saya tetap meneruskan niat saya.


ini bukan cerita rekaan.  ia adalah pengalaman yang sebenar.  


saya ada lagi beberapa kisah sedekah, yang ingin saya kongsikan lagi, samada dari diri saya sendiri mahupun dari orang-orang keliling saya.


jom...niatkan ikhlas kerana Allah dan ingatlah, setiap rezeki kita itu adalah rezeki yang Allah amanahkan untuk orang lain. 


Allah menggantikan pemberian ikhlas kita melalui caranya yang unik.

Tuesday, March 27, 2012

ingin ketenangan? bacalah surah al waqiah


ada masa hati kita tidak tenang.  ada yang bersebab. ada yang tidak.


kalau ada masalah, tidurpun terganggu.  fokus hilang.


setiap perkara, ada penyelesaiannya.  jika masalah menimpa, apa kata kita mengadu pada Allah dengan penuh khusyuk.  Allah Maha Mendengar.  Allah lebih mengetahui segala-galanya.  Allah Maha Adil, Maha Bijaksana.


bacalah al-quran.  al fatihah, 3 Qul.  bacalah al waqiah.  anda akan dapat perubahan.  bagi saya, pengalaman membaca al waqiah membuatkan kita lebih fokus untuk menangani perkara yang mendatang.  malah kita dapat membuat keputusan tanpa ada sebarang emosi.


jangan lupa, bila tidur malam, sebelum melelapkan mata, bacalah subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.  selawatlah sebanyak-banyaknya...hingga mata terlelap.


insyaallah esok bila bangun rasa lain.  tenang.  kita akan lebih peramah kepada semua orang.  hati pula tidak akan marah.

Monday, March 26, 2012

nikmat sedekah


entah kenapa ketika saya mengajukan supaya dibuat kisah sedekah.  tiba-tiba teman sepejabat saya gelak kuat dengan muka sinis.


seterusnya saya menekankan, iya...kita buatlah kisah bagaimana dengan bersedekah, misalnya seringgit, orang tu dapat balasan berlipat ganda. melalui pengalaman orang tu lah.


hahah...(muka mencebek).  


eh...kau ni benda betul kau main-mainkan.  kau tau tak kisah-kisah orang bersedekah. gerutu hati saya.  


yelah..ye lah... (muka bosan).


kalaulah dia mendalami dan alami nikmatnya sedekah, pasti dia gembira.  padahal dalam al quran Allah dah berjanji jika kita bersedekah Allah tetap balas.


cuma dalam kes saya ni, entah apa agaknya, dalam fikiran dia.  apa yang lucu sangat saya pun tak pasti.  cuma saya kesal... cara dia memandang perkara ni dengan agak remeh...


dia macam pelik bersedekah tu akan mendapat balasan berganda-ganda.  mungkin dia tak sampai lagi kepada ilmu bersedekah.  mungkin dia cuma tahu pada permukaan atau makna tanpa mendalami maksudnya.


mudah-mudahan dalam bab agama fardhu ain dan fardhu kifayah ni dia akan lebih cenderung kepada ilmu yang kita pelajari bukannya fikirkan mencari wang sahaja, tapi, ilmu juga perlu dicari terutamanya ilmu agama.


saya cuma kesalkan apabila saya berkongsi ilmu agama, ada kalanya dia macam tak percaya atau menganggap saya omong kosong...jangan pandang remeh hal agama ni, walaupun kita banyak membaca, ilmu yang kita cari ni perlu ada gurunya.  kita perlu merujuk kepada lebih daripada seorang guru agama yang kita percayai dan juga diiktiraf pejabat agama.


kita mesti mencari, jangan menganggap apa yang kita tahu dah cukup.

Saturday, March 24, 2012

tunai zakat





resit zakat

Assalammualaikum,


alhamdulillah.  tengahari tadi sempat membayar qada' zakat tahun lepas di pusat pungutan zakat taman tun dr ismail.  bayaran zakat kali ni adalah untuk zakat bermula dari pertengahan tahun lepas.  sebelum ni zakat dibayar melalui potongan gaji. 


rasa gembira sangat sebab kewajiban berzakat dah tertunai. 


tah kenapa hari ni terlintas di kepala.  ramai yang sanggup membeli barang yang bukan keperluan dengan harga mahal.  ada yang sanggup beli jeans berharga RM800 hanya kerana jenama.  ada yang sanggup beli beg tangan beribu-ribu ringgit kerana jenama.  beli barangan hobi cecah ribuan ringgit, rasa berbaloi.  tapi, bila nak keluar untuk zakat rasa terlalu sayang sangat.  padahal, ia adalah diwajibkan untuk setiap insan.


tapi, zakat yang sah-sah membersihkan harta dan jiwa kita, susah sangat kita  nak keluarkan.  bukannya banyakpun.  2.5% daripada jumlah pendapatan atau harta.


apa salahnya diasingkan dulu wang untuk zakat...terutama selepas kita potong apa yang patut.  


hidup kita akan lebih berkat.  kurang masalah menimpa.  kita lebih tenang.  


mudah-mudahan kita dapat melunaskan tuntutan agama kita.  







fitnah


difitnah.  masa kena fitnah tu, geram, marah, sakit hati, silap haribulan rasa nak je tumbuk orang yang memfitnah tu. alhamdulillah masa tu teringat pada Allah...dalam hati terdetik.  mungkin ada hikmah di sebaliknya. 


satu hari masa tengah bertugas, tetiba kak t telefon, minta bila saya habis bertugas jumpa dia dengan segera, jangan terus pulang ke rumah, dia akan menunggu saya.


pelik juga.  selama ni tak pernah gitu.  dalam hati... mungkin kena tukar unit bertugas kot.


sampai je di pejabat, kak t bertanyakan apa yang pernah saya buat pada G yang juga ibu tunggal.  terkejut. saya tanya balik pada kak t, maksudnya apa?


katanya semasa dia bermesyuarat dengan team No, si G memberitahu yang ada orang mempermainkan masalah hidupnya.  dia bercerai dan dalam mukabuku bekas suaminya ada status yang x dia tu nak simpan duit kahwin dan bagai. pada masa sama si x merayu-rayu gf masa tu.


pendek cerita.  penerbit No merangkap Sher tu memfitnah saya dengan mengatakan sayalah yang selalu buat cerita pasal si G.  Masyaallah terkejut.  saya nafikan sekeras-kerasnya.  


bagaimanapun kak t kata saya tetap bersalah dan patut minta maaf pada G.  saya jawab, ok tak ada masalah.  lagipun bukan rugi.  saya memang tak bersalah. berani kerana benar, takut kerana salah.  


memandangkan itu perintah orang yang berkuasa masa tu...ok.  titah dijunjung.  dalam hati, saya berdoa, ya Allah, jika benar aku bersalah, kau ampunilah aku dan aku terima hukumanMU dengan redha.  jika aku tak bersalah, kau tunjukkanlah kebesaranMu kepada orang yang menganiayaku.  jika dia pemimpin yang benar, dan aku bersalah, aku redha, tetapi, jika dia seorang pemimpin yang tidak adil, kau tunjukkanlah kebesaranMu, aku tidak dapat maafkan dia.  perggh...geram. (masa tu lah tak dapat maaf...sekarang dah maaf dah...tapi takleh lupa la).


sayapun dalam sedih...saya telefon G minta dia jumpa di surau.  itupun selepas solat hajat minta ditunjukkan Allah kepada mereka yang saya telah dianiaya.


saya bertanya G dan terjawab akhrinya.  G memberitahu dia pelik apabila Aid, Tin, Lin, Ren termasuk Sher dan yang sewaktu dalam unit W memperolok-olokkan dia bila dia ke mejanya...sambil pada masa yang sama melihat mukabuku x nya.  mereka yang memfitnah. sorry guys, moga Allah membalikkan apa yang korang dah aniaya aku ye.  eh..nada marah.


oh...dah jelas.  Saya minta maaf juga walaupun dah jelas bukannya saya yang menyakitkan hati saya.  tapi, saya dapat tahu yang jadi kepala 'jin' masa tu adalah Sher yang memfitnah saya.  Beria-ia dia menuduh saya yang buat padahal...saya tidak adapun masa mereka menganiaya si G dan saya.  G pun mengaku dia sedar bukan saya orangnya.  ALHAMDULILLAH ALLAH MAHA BESAR.


Alhamdulillah, orang teraniaya Allah makbulkan doanya.  


Now, I got to know that t was pushed away by Sher...emm..you deserved that.  She was left out in the meetings by this propa Sher.  Anyway got to know Sher was appointed in higher level and poor t, she needs her dayangs to be around her as usual.  well...until now.  


tolonglah berlaku adil t.  jangan berat sebelah macam selalu.  dayangs selalu dapat 'appraisal' dasat...  tengoklah kualiti W... dengar sangat cakap dayangs memfitnah je kerjanya... saya kerja ikhlas...tegas sebab buat kerja tak berapa betul, ada ke temuramah orang mikrofon besar gajah dari muka orang yang ditemuramah.  fikirlah sikit.  anyway...how's your life?  life is like karma.  wait more for more...


for Tin...your words from your mouth is like a sharp knife and slicing the heart.  one day you'll get what you did to others.  for Aid...you were the culprit...what goes around will come around...wait ya... congratulations...your wf 'in', for Ren...I know everything about you, told by your housemate and please, don't be like an angel when your mask is like a....(not proper)   Sher....talk so much like 'burung murai' but things came out as 'tin kosong'.  tahniah lor.  Muhasabah ...please...look at your children...what happened?  


for mantho, thank you for being a good listener.  i was so down at that time and you comforted me...thanks. 


For t... jadilah pemimpin yang adil.  jangan berat sebelah.  jika berlaku perkara yang tak betul. panggil semua yang terlibat...berlaku adil, soal jawab...depan-depan, bukan main tuduh-tuduh ye.  bukan dengar satu pihak je. janganlah sakitkan hati staf you bila mereka bercakap benar dan hanya mempercayai staf kesayangan....fikirlah...Allah Maha Agung... sakit tak hati bila staf tu menjatuhkan kekuasaan di situ...?  oh ye...mungkin satu hari nanti anak pula akan mengadu ....terkena...MUHASABAHlah diri tu... juga.  


jom sama-sama muhasabah diri kita.



Monday, March 12, 2012

kaki 'pau'

kaki 'pau'.  itulah gelaran diberi teman saya kepada seorang teman lain yang sering minta dibelikan makanan untuknya ataupun suruh orang belanja makan.


mungkin ini perkara remeh bagi sesetengah kita.  ya lah, setakat belanja makan atau minta dibelikan makanan, apa salahnya tak?


kalau sekali sekala tak kisahlah.  ramai juga yang jadi mangsanya.  kami lihat hampir separuh daripada teman sepejabat menjadi mangsanya supaya membelanja dia makan.


tak pernah pula dia belanja orang lain makan. nak tergelak.  tapi, strategi dia ni pandai. bawalah apa saja, dia akan memuji makanan tu sedap dan minta dibelikan atau dibawakan lagi kepadanya.


mangsa pertama, y. masa tu keluar musim 'prosperity burger'.  hahaha sedar tak sedar y kena belanja dia makan.  masa dia orang dok sibuk dengan 'prosperity burger' dan y teringin nak makan, ajaklah si kaki pau.  apa lagi beria-ia la kaki pau ni nak, tapi bersyarat kena belanja dia makan.


kita kalau minta belikan kalau teman kita pergi makan tapi lupa nak tapau kat kita atau ajak kita, kita dah tak kisahkan?  tapi, dia ni lain sikit, bila dapat tahu saya dan ya pergi makan 'prosperity burger' terus dimarahnya kerana tak tapau untuk dia.  dia tak fikir masa tu kami ada kerja luar pejabat yang perlu dilakukan dan pukul 3 petang baru kami sempat makan tengah hari.  itu je makanan terpantas yang kami dapat santap.


nak tak nak, satu hari, y terpaksa belikan juga.


mangsa kedua bos.   saya lihat bos ni rajin sangat belikan makanan untuk dia.  rupa-rupanya y gitau kena pau. hahaha


ada sekali tu kami ada mesyuarat.  hampir tengahari bos bermesyuarat dengan bahagian kami.  entah macamana disebabkan terlanggar waktu makan.  pandai juga si y ni pau bos minta belanja kami 'prosperity burger' lagi.  bos bagi RM100 untuk 8 set.  dah tentu tak cukup.  jadi senyap-senyap saya tambah lagi RM50, ye lah mana cukupkan?  lagipun 'delivery' charge ada lagi.  lebih sejam menunggu sampailah makanan kami.  harga seratus ringgit lebih.  kalau tak silap saya bakinya dalam dua puluh ringgit atau kurang sikit daripada tu.


disebabkan saya tambah dengan ikhlas hati, saya menunggulah baki wang.  sampai sekarang tak dapat sebab si kaki pau ni buat tak tahu. nak minta segan la pula.  kalau dia guna duit itu untuk kami mesyuarat lain kali tak kisahlah.  ni tidak.


seterusnya, y sekali lagi jadi mangsa.  ada sekali tu kami makan di jaya33.  saya tak kisah 'go dutch'.  tapi, yang lain nak kira sekali.  logik la juga sebab, teman saya order macam-macam, tapi kami merasa, jadi, kenalah bayar sekali.  kira pi kira mai dalam RM20 seorang bagi 5 orang.  hari ni saya diberitahu y, kaki pau cuma bayar RM13 je dengan alasan dia tak ada duit waktu tu, lain kali dia bayar.  tapi, sampai sekarang dia senyap.


sebelum tu y terkena juga.  dia minta y dahulukan RM50 ditransferkan ke satu akaun - dia beli barang tapi kena bayar segera. mulanya y keberatan memandangkan dia perlu ke luar daerah esoknya.  


si kaki pau dengan lantang berkata, ala kak y, transfer je la, bukannya saya tak bayar, esok saya transferla duit akak.  bukannya susahpun.  


aduh, dia nak pinjam tapi agak kasar.  memandangkan dia ni agak lepas cakap, si y pun transfer la.  


hehe nak dapat balikpun bukan senang, terpaksa y beberapa kali sms si kaki pau minta dipindahkan wang ke akaunnya.  itu pun secara paksa dengan alasan perlu duit.


kami bukan berkira.  tapi, kerap sangat.  tak perlu saya catatkan di sini beberapa peristiwa saya dengannya.


tapi, kami tak kisah nak belanja siapapun.  sukarela.  dia ni lain sikit.  caranya mengungkit dan kadangkala memaksa la pula.  


gajinya boleh tahan.  tapi, agaknya dia terlupa kalau kita sedekah atau belanja orang makan, selain dapat pahala, Allah akan tambah lagi rezeki.  tapi, jarang sekali kami dapat rasa 'belanja' makannya kepada kami.


tapi, lain kali kena berhati-hati dengan orang macam ni.  sebab kadang kala masa dia 'paksa' tu masa tak kena, duit cukup-cukup je.


jangan mudah berjanji nak belanja makan.  kena orang camni susah sikit.  


dan bila orang nak belanja kita, jangan pula kita memilih lauk atau menu mahal.  agak-agakla.  biar orang nak belanja tu pilih menu.  saya fikir seeloknya begitu.  lainlah dia kata ambil apa sahaja.


apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya.

sungai sendat yang tenang

perjalanan ke sungai sendat dari ulu yam, selangor
asalnya nak pergi tadah air bukit atau air mata air di tepi jalan di ulu yam tetapi disebabkan ramai menunggu dengan bertong-tong bekas untuk mengisi air, saya dan teman sekerja mengambil keputusan bersarapan dulu.


teringat pula di hujung ulu yam ke genting highlands ada perkampungan, jadi, saya mencadangkan untuk bersarapan di mana-mana warung di kampung tu.


betul-betul di simpang tiga hujung jalan berjambatan, kami ternampak warung, apa lagi zasss terus parkir kereta.

denai ke lokasi jeram


semasa menikmati nasi lemak, kami terpandangkan papan tanda jalan yang menunjuk arah ke sungai sendat.  sempat lagi bertanya kepada tuan kedai, arah ke sana.  dalam 50/50, kami tak dapat buat keputusan samada hendak ke sana lepas mangambil air atau tidak... saya pula macam tak ada mood.  

nampak je kolam ni terus jatuh cinta




entah macamana, sedar-sedar kami dahpun sampai ke sungai sendat.  mulanya nampak beberapa kereta parkir di tepi sungai, tapi, saya pula rasa nak 'explore' ke kanan lorong yang nampak macam ada jalan tidak bertar.  teringat pula tuan kedai tadi berkata, sampai je kat hujung jalan, dalam setengah kilometer jalan tanah tu, terus lagi, sampai la ke sungai sendat tu.

jadi, apa lagi, bila sampai je baru ternampak macam jambatan ke seberang sungai, di sebelah kiri ada warung kecil jual burger, hot dog, di tepi hujung jambatan sebelah sini pula ada beberapa lelaki tengah bersembang.


sayapun terus bertanya kepada kakak peniaga warung tu, kereta boleh masuk tak?  dia jawab boleh.  sayapun terus je ke jambatan kecil tu dan bertanya berapa bayaran dikenakan?  wah 'confident' je.  pakcik jaga jawab seringgit satu kepala.

pemandangan indah menggamit saya untuk ke dalam lagi.  di sebelah kanan nampak tanah lapang tapi tiada kenderaan parkir.  di sebelah kiri dah nampak air terjun.  banyaknya kereta di situ.

kawan saya terus menyuruh saya parkir di situ.  saya pula jenis tak minta nak ke tempat orang yang terlalu ramai.  jadi, saya mencadangkan tempat lapang.  


apa lagi, bila terpandang je, jeram yang airnya mengalir laju dengan kawasan berkolam yang membolehkan kami berendam lebih paras pinggang, terus saya teruja nak mandi di situ.  teman saya pula nak ke kawasan air terjun.  saya ikut saja.  tetapi, ia tidak menarik hati memandangkan dah ramai orang ke situ dan tak 'privacy' jadi saya dah tak minat.

air deras megalir di celah batuan
tak tergoda ke tengok gambar di atas?  lagipun, cabang di sebelah kanan ni tak ada orang mandi manda...

air jernih di kawasan agak dalam menarik-narik je  saya ke sini

gembiranya hati saya tak terkata.  manakan tidak, dapat mandi sepuas-puasnya tanpa risaukan orang lain yang memandang kita.

damainya kalau dapat buat satu rumah di sini

sempat lagi berangan-angan, alangkah indahnya kalau hari-hari dapt mengadap suasana tengan di jeram ni.  tapi, bolehkah?  insyaallah.

rasa macam nak ke sana je tiap-tiap minggu, tapi, kalau seorang bahaya, kena pergi lebih daripada dua orang.

insyaallah bila ada masa lapang nanti, akan ku ke sana juga.

pergilah tenang-tenangkan hati.

ada berani?  




kat kawasan ni air deras, apa lagi, akar kayu ni pun jang 'mangsa'  utk tempat berpaut











bunyi air ni pun dah tenang




kalaulah dapat dijadikan lukisan



lihatlah semua gambar di atas.  kalau tak ada sesiapa yang 'tergoda' tak tahulah.  setiap kali saya melihat gambar ni semua, aduh, rasa nak ke sana terus.


air ni sebenarnya terapi untuk kita juga.  sekurang-kurangnya kita dapat beriadah sambil mengeratkan silaturrahim.

Sunday, March 11, 2012

menyanyi boleh, mengaji?


melihatkan banyaknya program hiburan di kaca televisyen, kita dapat agak ke mana arah tuju remaja kita.  biarpun realitinya, tidak ramai yang berjaya hingga menjadi terkenal sebagai penyanyi, masih ramai yang tidak putus asa.  semuanya ingin bergelar artis.


mak saya pernah berkata, "amboi kalau bernyanyi semua boleh, kalau suruh baca quran, boleh dak?".  ini bukannya apa. kita sebagai orang islam, masih menjadikan tuntutan agama kita pada 'level' nombor dua.


tak faham, ada yang masuk pertandingan realiti nyanyian dengan alasan ibu sakit, impian ibu bapa dan pelbagai lagi alasan.  hinggakan kalau penyertaan ditolak, sanggup meraung kecewa.


malah dalam pertandingan kategori ini pula, hadiah yang ditawarkan amat lumayan berbanding pertandingan berbentuk agama.  


adakah penyertaan muda mudi disebabkan tawaran hadiah ataupun impian menjadi terkenal dengan hidup mewah?


kadang kala agak menyedihkan, ramai peserta terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.  


bila dah terkenal atau agak-agak nama dikenali, terlupalah pula mengenai halal haram.  ramai artis beragama Islam melakukan perkara yang sah-sah dilarang Islam.  antaranya ada yang memegang anjing bagaikan membelai kucing dengan alasan cetek, kering sama kering tak apa. aduh.


ada pula media cetak pernah melaporkan artis Islam suka makan daging yang memang sah sah haram.  wallahu 'alam.  minuman pula, saya pernah melihat artis terkenal yang menjadi pujaan, memegang gelas berisi air beralkohol selamba saja.  terkejut pun ada.  tapi, dia tak kisah dan wartawan bertugas serta penganjur tak ada yang tegur pun.  


namun, saya gembira dan menyambut baik, apabila ramai juga artis yang sekarang menjadikan tuntutan agama sebagai perkara utama dalam hidup.  artis perempuan ramai juga yang menutup aurat dan mengehadkan pembabitan mereka kepada watak yang tidak keterlaluan.


saya agak, mungkin ada  yang tidak setuju dengan pendapat saya di sini.  kalau tak ikut seperti artis barat, bukan artis namanya.  ya..terserah.


bagaimanapun, saya tabik kepada artis Iran, banyak filem mereka yang saya pernah tonton berkualiti tinggi.  kisah yang diketengahkan pula berkisar kehidupan sosial di negara mereka.  


biarpun tiada adegan panas (mungkin ada tapi saya tak pernah pula tonton) filem mereka telah diiktiraf di beberapa pertandingan berprestij di Hollywood.  tak perlu pakai seksi, tak perlu adegan ganas, tak perlu apa-apa yang seangkatan dengan filem barat yang kadang kala agak keterlaluan, tapi, mereka menang juga.


dan kepada remaja serta belia malaysia, saya harap jangan lupa diri, lupa agama dan hanyut di arus kealpaan.



Saturday, March 10, 2012

sedekah yang dibalas Allah


percayalah, sedekah dengan ikhlas pasti dibalas Allah.  kan Allah yang memberi rezeki.


jika anda sering ke bank cimb, maybank di taman tun dr ismail yang bertentangan dengan simpang empat yang ada pam minyak esso dan mobil, pasti anda terserempak dengan mereka yang mengutip derma di depan pintu bank-bank yang saya nyatakan.


mereka ini adalah pemungut derma dari pusat tahfiz.


seringkali bila saya nak keluarkan duit, insyaallah saya akan sedekahkan.  jumlah pula bergantung kepada 'rasa nak bagi' pada masa tersebut.  itulah, saya ni manusia biasa, kadang kala masa masukkan wang dalam tabung ada diniatkan kerana Allah dan kadang kala masukkan macam tu je. nak cepat.


saya bukan nak riya'.  yang ingin saya kongsikan di sini adalah balasan Allah.  sungguh.  mudah-mudahan sesiapa yang membaca blog saya ini diharap tidak cop yang bukan bukan ya mengenai sedekah saya ya.


begini.  hari khamis malam jumaat lalu, saya ke bank nak keluarkan duit.  saya agak dalam akaun, cuma tinggal RM700 je.  sebab akaun ni memang jarang digunakan, ye lah duit pun cuma untuk kecemasan saja.


bila nombor pin dah ditekan, selalunya saya terus tekan jumlah, tah, kali ni terlintas nak tengok jumlah pulak.  bukan apa takut jumlah yang nak dikeluarkan tak cukup...nanti buat malu je kalau kena tolak.


bila jumlah terpapar, saya terkejut. manakan tidak, jumlah akaun tu dalam RM2,900 lebih.  ish, mustahil betul.  seingat saya, saya tidak menambah duitpun dalam akaun tu je.  


yang saya tahu, semasa kemaskini, duit cuma ada dalam RM200 je.  RM500 pula bayaran dari abang saya yang meminjam bulan lepas.  


tah antara percaya dengan tidak, saya cuma ambil RM200.  macam bingung la pulak.  dari mana datangnya duit tersebut.


sampai di rumah, saya menelefon abang saya, bertanyakan jumlah wang yang dimasukkan ke akaun.  jawabnya, RM500.


pelik.  mungkin ini semua adalah balasan Allah kepada sedekah saya sebelum itu.


jangan berkira masa bersedekah.  yang penting istiqamah biarpun sedikit, tapi, bila ada rezeki banyak tu, lebihkanlah sikit.  saya selalu teringat, sebahagian daripada rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain.


bersedekahlah, selain dapat pahala, balasan juga akan kita terima samada di dunia mahupun akhirat.  hanya Allah sahaja yang dapat tentukan.  bila bersedekah tu, mesti ikhlas.


bentuk sedekah pula banyak, mungkin sedekah tenaga, belanja orang makan dan macam-macam lagilah.  saya percaya anda semua biasa bersedekah.


dan balasan juga bukan dalam bentuk wang sahaja, malah mungkin kesejahteraan hidup, kesihatan, keselamatan diri adalah termasuk dalam rezeki kita yang Allah balas.


cubalah.  lagi kita rasa kekurangan, masa itulah elok kita bersedekah.  lagi kita rasa kedekut, lagi eloklah bersedekah.


tak pernah pun dalam sejarah dunia, orang jatuh miskin disebabkan bersedekah.









syukur


semalam di pejabat saya bawakan beberapa biji mangga yang dibeli di pasar malam sungai penchala.


sampai saja di pejabat, terus saya letakkan bungkusan mangga tersebut di atas meja yang kami jadikan meja makan.


hampir pukul lima petang saya lihat, sedikitpun buah tersebut tidak diusik.  terdetik dalam hati, takkan saya nak bawa balik semula mangga tersebut.




tanpa membuang masa, terus saya bawa mangga tersebut untuk dicuci di sinki.  saya bawa semula mangga yang siap dicuci di meja makan untuk dikupas kulitnya.


siap saja, sayapun terus memanggil teman sepejabat untuk merasa buah yang dibawa.


alhamdulillah, saya bersyukur kerana buah yang saya bawa manis rasanya.  biasalah bila ada rezeki tak ramai yang bersyukur. manakan tidak, mangga manis dikatakan tidak sedap.  mereka nakkan mangga yang masam manis.


hai, bukan senang saya nak tentukan manis ke tidak.  sebab setahu saya ramai yang suka rasa buah manis, ini tidak, mangga yang masak ranum, harum baunya dikatakan TIDAK SEDAP.  


bila makan ada yang kata, "eii...masak sangat, geli la nak makan, manis sangat."  sambil menggeleng kepala, ala ala geli bila makan gitu.


mujur saya tak rasa marah, cuma masa tu terlintas, macam ni pun ada. tak bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah.


alhamdulillah, habis juga.  tak apa, saya tetap akan membawa buah mangga manis ke pejabat, andai ada rezeki lagi kalau dapat dibeli di pasar.  biarpun mereka berkata, "lain kali bawalah mangga masam".


bukan saya yang tentukan rasa masam atau manis...Allah juga yang berkuasa.


lain kali bila saya bawa, akan saya panggil mereka yang sempat rasa sedikit saja buah tu dan sukakan rasanya.


pengalaman ini saya jadikan, iktibar untuk saya tidak mengada-ngada bila ada orang yang memberi rezeki kepada kita.


bagi anda yang membaca, kita ikutla Rasulullah sullullahu 'alaihiwassalam  yang tidak pernah mencerca makanan biarpun tak sedap.