Friday, November 30, 2012

APA ADA DI MAHA 2012 - BAB 1


ERR... ALAM BUNIAN KA?

SAYUR KOBIS NI MENARIK MINAT SAYA - SUBUR
Dah berapa tahun MAHA mengadakan pameran ye?  

Maaf, saya terlupa.

Memang dah lama teringin nak ke sana, namun, mengenangkan betapa sesaknya jalan nanti,  nak memakir kereta pula satu hal,  susah dan jauhnya kena berjalan, jadi, terpaksalah saya melupakan hasrat saya yang ingin menambah pengetahun sedikit tu.

Akhirnya kemarin saya tewas.  

Kamera saya tak boleh zoom in sangat.  Jadi, gambar yang adapun, cuma shot biasa saja.  Maklumlah kamera untuk ambil gambar kita gi jalan-jalan je.

Kena beli kamera DSLR ni.  Tapi, tengoklah dulu camana. Kamera yang ada ni 'not bad'  cuma kalau objek kecik tu tak dapatlan nak besarkan .... nak amek 'close up' jadi kabur. 

Jadi, saya sedaya upaya ambil shot yang termampu.  Barang diingat, saya taklah ambil gambar banyak sangat, yang mana terlintas di hati nak ambil je, saya 'snap'.

SILA LA MASUK JE
Macamana saya boleh ingat MAHA 12 ni ada kat Putrajaya?  Tapi, sebelum pergi ke sana, saya 'google' dulu, nak tau lokasi tepat.  Oh rupa-rupanya di Serdang, MAEPS.  Kalau sesiapa yang tau UPM kat mana, senanglah.  Macam saya semalam, huh sesat barat. 

DI DALAM TU PELBAGAI MAKLUMAT TERMASUK PRODUK YANG DIHASILKAN.  SAYA TAK MASUK, LALU JE

Ini sebenarnya lokasi kedua.  Lokasi pertama adalah di pameran IKS berhampiran parkir.   Oklah, main terjah dapat la parkir terakhir,  alhamdulillah, pusing punya pusing dapat juga satu petak parkir. 
Berbalik  gambar IKS tempatan,  tak ambil gambo, sebabnya, pameran biasa saja dan saya tak nak tekecoh pula si penjaga gerai kalau saya dok amek gambo.  Biasa je 'booth' IKS.  Jadi, sayapun ke pameran 13 negeri.

Nak tau tak komen saya?  Saya fikir mereka boleh buat lebih menarik daripada apa yang ada di MAHA 12.  Pameran di sini bagai, buat je dah le.  Sepatutnya mereka buat lagi menarik.  Tapi, bolehlah. 

Menarik juga kobis diatur di sepanjang jalan kaki lima negeri 13.  Bagaikan taman. 

GERAM TENGOK

Cantikkan?  Sepatutnya di sini, kena letak spesis kobis je.  Tak kira la kobis ungu ke, kobis yang daun panjang.  Baru pergh.

NI KAWASAN TENGAH DAH

Saya pulak, main jalan je.  Oh ya, di lokasi ini juga antara tempat hentian tram. 
Bagi saya, kawasan ini, tak perlu letak bunga, letak je semua jenis sayur-sayuran yang boleh ditanam di Malaysia. ( Hehe, cakap senang, tapi belanjanya cik kak. )

NI KAWASAN HUJUNG -  DJ PULAK DOK SIBUK KATA SAYA NAK MASUKKAN GAMBAR DALAM FACEBOOK - HEHEHE SALAH TU DIK

Tak silap saya, ni tembikai madu?  Sayangnya, daun dah wassalam.  

KALAU ADA TANAH DI KAWASAN RUMAH MACAM NI, HUH DAH DAPAT IDEA

Ini sebahagian daripada kebun kecil 


ASAM PAYA

Asam paya atau roselle - buahnya dibuat minuman.  Saya dulu ada jiran india.  Daunnya depa buat sayur yang dihancur halus.



BENDANG / SAWAH / PADANG

Ini lokasi paling menarik minat saya.  Sebidang kawasan kecil yang ditanam padi.  Awesome bagi 'effort' mereka.  Cantik.  Ha, kalau buat sekebun kecil macam ni untuk sekumpulan tanaman lainkan menarik?

CANTIK PONDOK MOA - CHALET YANG BOLEH KITA DIRIKAN BAGI SESIAPA YANG ADA TANAH LUAS

Ini pondok MOA.  Lupa pula saya nak panjangkan.  Dah siap temuramah petugas dalam pondok tu.  Kalau masuk kat dalam, bolehlah buat chalet di tepi jeram.  Perghh... sungguh saya tak nak balik. 

NASIK LEMAK BUAH BIDARA, SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN...

Ini pula, selasih atau basil (orang putihnya).  Buat pa ka pau sedapnya.  Tanaman di sini, semuanya spesis selasih, okla, yang jenis daun besar dan kecik. 


Cantikkan?

PADI NASI KA PADI PULUT NIH?

Awesome - untuk MOA yang cetuskan idea supaya orang yang tak pernah tengok sawah merasa berada di zaman sawah padi, hik hik hik 

DALAM PONDOK MOA -

Dalam pondok MOA ni pelbagai maklumat boleh diperolehi mengenai pertanian, pelancongan dan sebagainya.  Tanya je.

LEPAS SAWAH PADI, SEKEBUN TEMBIKAI MADU

Kalaula 'honey melon' tu tak layu, pasti cantik. 

KALAU DAUN SEGAR LAGI MENARIK DA BOOM



KAWAN SAYA ADA TANAM UNTUK DIJUAL - KAT KAWASAN SERDANG JUGA

Buah ni memang manis.  Kira dalam spesisnya, buah ini paling saya suka, dah la manis, rangup.  Tapi hey mey (mahal)
GAMBAR TERAKHIR UNTUK BAB INI, NAK AMBIL BANYAK LAGI, TAPI SEGANLA
Mas chotek.  Khasiatnya untuk pasangan suami isteri kot.  

Ok, bagi saya menarik juga pameran MAHA 12, tapi, kalau yang nak membeli-belah di sini.  Elok bawa troli kecil untuk isi barang. Jauh nak ke parkir.  Tram dan bas yang disediakan, sentiasa penuh.  

Saya tak dapat bayangkan kalau hujung minggu ni.  Memang saya takkan pergi.  Mesti sesak.  Pastikan jangan pakai kasut bertumit tinggi ya.  Pakai je sandal tapak rata atau kasut sukan.  

Pameran paling menarik untuk saya adalah bahagian bunga dan tumbuhan serta  buah-buahan.   Nanti bab lain pulak yer. 

Saya tak pergi pula ke kawasan haiwan dan nenas.  Huh, nak kena jalan, boleh tahan, tapi, kalau ikut hati saya redah je.  Mungkin tahun depan kot.  Nak kena pi pagi dalam kul 10 pagi baru la rasa santai sikit.  

Saya siap awal, dalam kul 9 pagi, kemudian tunggu kawan aduhai 1 setengah jam.  Tak marah, tapi, redha je.  Bila nak ke sana, alahai sesat... Ada hikmah tu, sebab tak susah cari parking dan bila berjalan-jalan di sana... saya suka. 

Pengangkutan yang disediakan tu bagus.  Tapi, kegagalannya adalah, kena ada konduktor yang bertugas dan memaklumkan kepada penumpang kita dah sampai ke mana dan apa lagi destinasi di depan yang nak kita hala.  

Ini tidak, tercangak-cangak saya dibuatnya.  Apa lagi, bila tengok kawasan pameran negeri 13, sayapun zass turun... hehe orang lain tak turun... semua yang dalam bas tu dok terkial-kial tertanya-tanya sesama sendiri.  Nasib baik saya ambil brosur.  Tau la serba sedikit.

Ok, berhenti dulu setakat ni, nanti bersambung lagi ye..

Wednesday, November 28, 2012

KHASIAT KALIMAH - LA ILLAAHA ILLALLAAH & SUBHANALLAAHI WA BIHAMDIHI

majalah al islam keluaran terbaru 


Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.  Sungguh.

"Brunch" tadi, ingat nak makan roti, tapi teringat ada lagi nasi semalam.  Hmm, nak buat apa ya... aha, teringat ada sardin setin kecil.  Apa lagi, zass nasi goreng sardin.  

Wahh... sedap la... lupa nak 'snap' gambar, jadi tak dapatlah saya nak letak resipi di sini.  Kalau ambil gambar, mesti terliur tengok - cantikkk... cey wah... perasan tahap gaban... hahahah... jangan ambik hati nooo, saja... nak bagi hati saya gumbira...

ok, jom renungkan...

La illaaha Illallaah, subhanallaahi wa bihamdihi 

Kalimah di atas ini juga menjadi perisai daripada gangguan syaitan.

Usai saya membaca majalah Islam seperti gambar di atas, hati terpanggil-panggil untuk dikongsikan di sini.

LA ILLAAHA ILLALLAAAH, WAHDAHU LAAA SYARIIKA LAH, LAHULMULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALA KULLISYAIIN QADIIR 

supaya tak salah sebut, inilah bacaan betul


tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah , satu sahaja tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan  dan segala  kepujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu

jika diwiridkan 100 kali dalam sehari, dia mendapat pahala ibarat melepaskan 10 hamba, ditulis untuknya 100 kebaikan, dipadamkan untuknya 100 kejahatan dan dia akan mendapat perlindungan daripada syaitan pada hari itu sehingga petang.  Tiada orang yang lebih baik daripadanya kecuali orang yang buat lebih dari itu.
HR - BUKHARI DAN MUSLIM

Rasulullah bersabda lagi, "sesiapa menyebut Subhanallaahi wa bihamdihi, (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak 100 kali dalam sehari, akan dihapuskan dosanya walaupun jika sebanyak buih di lautan"
HR BUKHARI DAN MUSLIM 
ilustrasi 


mudahkan nak tambah pahala?  cuma nak buat dengan tak nak buat saja.

apa salahnya masa kita rasa bosan ke, masa kita tengah memandu ke, masa kita nak tidur ke, boleh je buat.

Jadi, apa kata kita tambah pahala dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita yang semakin bertambah samada kita sedar atau tidak...



Tuesday, November 27, 2012

mak, mak di mana?



credit to AKUSIJEBAT
Semalam dalam pukul 12.10 minit malam, aku berbaring di atas katil nak tidur, tapi, tiba-tiba teringat, eh kain baju yang dicuci tadi tak disidai lagi.

Aku terus bangun lalu ke ruang dapur.  Dalam dok sidai baju di "hanger" aku terdengar suara wanita memanggil maknya di tingkat atas.

"Mak, mak di mana?, dua tiga kali dia bertanya.

Eh pasai apa pulak dia dok cari mak dia?  Suara pompuan dalam 20an.  Takkan tak tau pulak kot?  Kalau budak kecik taula, gabra kan?

"Kamu di mana?  Mak di sini..."  suara wanita berumur tiba-tiba je menjawab.

"Saya kat atas ni... mak di mana mak?"  sampuk wanita muda itu.

"Mana kamu?  Mak di sini", jawab wanita berumur tu lagi.

Aku pasti, itu bukan suara orang tempatan.  Jiran seberang negara kita.  Samada dia dah tinggal di sini lama atau pun dah ada tiket Penduduk Tetap.

Aku terhenti seketika.  Dekat sangat suara wanita muda itu, termasuk suara wanita berumur itu di bawah tingkat aku tinggal.

Dalam hati aku terdetik.  Ish, jawabla makcik oi, makcik kat tingkat berapa, yang si anak pula bagitau la kau kat tingkat mana...

"Mak di mana ni?  Jawab la mak", tiba-tiba suara sebak wanita muda itu bergema.

"Kamu di mana nak?  Mak di sini..." 

"Aku di tingkat 13.  Mak di mana?"

"Oh, tingkat atas, mak di sini"  

La ...  ni sampai esokpun tak jumpa.  Yang si maknyapun bagitau la tingkat berapa.  Gerutu hati aku.

"Hei, kau jangan tipu aku..."  tiba-tiba suara lelaki menjerit kasar pada wanita berumur di tingkat bawah.  Bunyi pintu gril ditarik kasar.  

Eh apahal pulak?  Kenapa semacam je... aduhai si mak perempuan tadi, kau cakapla kat tingkat mana... detik hatiku...  Aku pun mengangkut baju ke depan dan sidai.

Tiba-tiba di depan apartment rumahku pula, aku terdengar orang menjerit dan 3 orang lelaki di tingkat bawah (tak pasti tingkat berapa) meluru ke atas dengan batang penyapu.  Manakala berselang tingkat 3 di atas 2 lelaki membawa batang kayu berjalan ke tangga bawah.

Eh, ada pergaduhan ke?  Aku cuba meninjau-ninjau lagi.  Aku nampak 2 lelaki di atas tu tadi masuk ke unit tepi rumah dan macam memukul sesuatu.  Seorang demi seorang lelaki di bawah tadi sampai di tingkat atas macam ... hentam menghentam.  

Lepas tu dah tak nampak apa dah.

Aku ke dapur semula untuk mengambil baju tak habis.

"Mak, jawab la mak di mana?"  suara perempuan muda menangis dan menjerit.

Tiba-tiba aku terdengar di tingkat bawah, wanita meraung dan menjerit-jerit.

"Mak di mana?  Aku dah sampai ni"  wanita muda itu terus menangis.

Aku terkesima seketika.  Memikirkan apa yang berlaku sebenarnya.

Aku pelik, tak ada ke jiran di rumah wanita tua itu peduli?  Kenapa mereka tak ambil kisah?

Aku ke depan semula dan menyidai kain.  Tiba-tiba aku mendengar suara orang menjerit memanggil mak dan meraung-raung.  

Eh perempuan tadi dah jumpa ke tapi kenapa meraung?  

Pada masa yang sama aku mendengar lelaki bersuara kasar dan bunyi seperti batang kayu memukul-mukul objek tertentu. Pada masa sama, ada suara wanita menjerit sakit.   Lokasi di tingkat bawah.  Hampir setengah jam  kejadian itu berterusan.  

Pelik, wanita itu menjerit bersungguh-sungguh.  Seperti suara bergaduh.  Tapi, apa yang berlaku seterusnya... aku tak pasti, sampailah ke hari ini.

Beginilah kalau tinggal di apartment.  Kalau ada jiran yang peduli,  mungkin perkara baik akan berlaku.  Kalau jiran buat tak tahu.  Kejadian tertentu kita pun tak pasti.

Yang pastinya, aku kesal.  Kenapa la si ibu tu lembab sangat nak bagitau dia tengah tunggu kat tingkat berapa.  Sebabnya Lebih 5 minit si anak bertanya ibunya kat mana.  Si ibu tu asyik dok cakap,  mak di sini, mak di sini... hish.

Masa peristiwa tu berlaku, aku macam nak jerit, makcik cakapla kat tingkat berapa makcik dok tunggu... 

Aku berharap mereka bertemu dalam keadaan baik.  Si anak makcik tu memang dalam keadaan cemas.

Mudah-mudahan tak berlaku apa-apa.

Monday, November 26, 2012

cantiknya sungai semungkis


sungguh saya tak sangka, dalam banyak-banyak tempat saya pergi bersantai, di kawasan ini saya dah 'jatuh cinta' dengan alam semulajadi.

asyik teringat sangat.  saya dan intan bersama tunangnya dah merancang nak bermalam di sini satu hari nanti.  seronok betul, rasa tenang sangat.

siang boleh mandi-manda sambil ber BBQ, malam bolehlah bersembang.

semalam dekat pukul 7 baru keluar dari sini walaupun dah siap lepas asar.  

banyak betul pengalaman menarik tunang Intan dengan alam semulajadi dan orang yang biasa masuk hutan.

oklah, nikmatilah... foto-foto di bawah.
sebelum ke lokasi sungai, masuk dulu di perhentian

kawasan inilah dikatakan adanya istana bunian oleh tuan tanah
pisang hutan ada gunanya - kami guna untuk bakar ikan 

inilah pondok yang memudahkan kami beribadah dan menukar pakaian
dah mula nyala api untuk bakar ikan - intan dan fawwaz

dua beradik ni dah mula nak buat empangan


oh... cantiknya...di mata sayala

seronoknya
hai tak siap-siap lagi pasang api



saya pulak sibuk 'snap' gambar keindahan alam

deruan air - indahnya

hujung sungai

tak siap lagi

wah dah dapat 'spot' menarik

lama sungguh nak tunggu api menyala

bekalan makanan kami 

mandi


mula-mula dapat ikan tengas sebesar 2 jari, terlepas pulak, lepas tu dapat seekor lagi macam belut, tapi spesis ikan, lupa nak 'snap' gambo

hai, lamanya api ni nak jadi bara


kalau kamera slr mesti cantik - tapi guna kamera biasa je

cendawan liar

cantik 

lain kali nak ambil gambar banyak lagi dengan sudut lebih cantik dan dekat

saya dah mula teroka di hujung sungai semungkis ni
ikan keli yang dibakar, sebenarnya lupa nak 'snap' gambar 2 ekor ikan aji-aji, 2 ekor ikan keli lain dan 5 ekor ikan pailin yang dibakar dalam daun pisang... perghhh

saja nak bakar tanpa daun pisang - rasanya lagi cepat

manis dan sedap

lain kali tak nak lagi jaga ikan bakar sebab tak dapat mandi sangat

dah dapat 'tarikan' ke hujung sungai

anak sedara Faris minta 'snap' gambar dia 

snap je la

cantik kawasan ni

lagi jalan ke atas lagi cantik
longgokan batu 

awat gambar terbalik?

sungguh - saya jatuh cinta pemandangan ciptaan Allah

ambil  lagi 

terlintas di hati masa ni, alangkah indahnya kalau saya dapat bina rumah di sebelah sungai ni
anak sedara sayapun ngaku, indah betul tempat ni sampaikan minta makciknya 'snap' lagi gambar

golap la pulok

cantik 

besar banir pokok ni

lain kali nak jelajah jauh sikit, tapi dengan orang yang mahir la - bukan apa, hutan yang jarang dijelajah orang, jangan nak memandai



saya dah ajak mereka balik, sebab hati saya dah beria-ia nak pergi jauh lagi ke dalam,  rasa seriau la juga... ya la hutan ni bukan kita je yang nampak pada zahirnya, mesti ada 'makhluk Allah' yang lain -


Add caption

belajar apung diri


saya asyik teringat je tempat ni






air deras juga kawasan ni



dahaga sudah