majalah al islam keluaran terbaru |
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sungguh.
"Brunch" tadi, ingat nak makan roti, tapi teringat ada lagi nasi semalam. Hmm, nak buat apa ya... aha, teringat ada sardin setin kecil. Apa lagi, zass nasi goreng sardin.
Wahh... sedap la... lupa nak 'snap' gambar, jadi tak dapatlah saya nak letak resipi di sini. Kalau ambil gambar, mesti terliur tengok - cantikkk... cey wah... perasan tahap gaban... hahahah... jangan ambik hati nooo, saja... nak bagi hati saya gumbira...
ok, jom renungkan...
La illaaha Illallaah, subhanallaahi wa bihamdihi
Kalimah di atas ini juga menjadi perisai daripada gangguan syaitan.
Usai saya membaca majalah Islam seperti gambar di atas, hati terpanggil-panggil untuk dikongsikan di sini.
LA ILLAAHA ILLALLAAAH, WAHDAHU LAAA SYARIIKA LAH, LAHULMULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALA KULLISYAIIN QADIIR
supaya tak salah sebut, inilah bacaan betul |
tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah , satu sahaja tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan segala kepujian, dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
jika diwiridkan 100 kali dalam sehari, dia mendapat pahala ibarat melepaskan 10 hamba, ditulis untuknya 100 kebaikan, dipadamkan untuknya 100 kejahatan dan dia akan mendapat perlindungan daripada syaitan pada hari itu sehingga petang. Tiada orang yang lebih baik daripadanya kecuali orang yang buat lebih dari itu.
HR - BUKHARI DAN MUSLIM
Rasulullah bersabda lagi, "sesiapa menyebut Subhanallaahi wa bihamdihi, (Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak 100 kali dalam sehari, akan dihapuskan dosanya walaupun jika sebanyak buih di lautan"
HR BUKHARI DAN MUSLIM
ilustrasi |
mudahkan nak tambah pahala? cuma nak buat dengan tak nak buat saja.
apa salahnya masa kita rasa bosan ke, masa kita tengah memandu ke, masa kita nak tidur ke, boleh je buat.
Jadi, apa kata kita tambah pahala dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita yang semakin bertambah samada kita sedar atau tidak...
No comments:
Post a Comment