Dah beberapa minggu, mengidam nak makan mieng kham ni. Dalam, dok belek resepi kat internet, aduh macam-macam cara la... ada yang ringkas je ada pula yang renyah juga.
Kena pula bila puasa ni, bila teringat jer, teringin macam-macam.
Jadi, dalam kepala cuba imbas kembali masa makan kat Barn Thai dulu. Ha... rasanya sos mieng kham ni pekat dan rasanya sos garam belacan yang saya biasa buat. tak apa, percubaan pertama...kita try yang macam dalam internet tuh...
Apa lagi zass, amek je la apa bahan yang ada kat peti ais.
Dah siap semua, alhamdulillah, menjadi la jugak. Senang je.
Ni dia resepi mieng kham buat sendiri. Sukatan ikut naluri la... ni untuk makan sorang atau dua ye
Sos
1. Halia sebesar seruas jari kelingking
2.Seulas bawang kecil/merah
3. Lengkuas - sebesar seruas jari kelingking
4. sedikit belacan dalam serus jari kelingking
5. 3 sudu besar gula merah / gula melaka
6. 2 cawan air
bahan-bahan
1. 15 helai daun kaduk - cuci / tos dan lap kering
2. 200 g kacang tanah - goreng tanpa minyak
3. 1 inci halia - muda atau tua boleh je - hiris dan potong dadu kecl
4. 5 biji cili padi - hiris macam nak makan laksa penang tu
5. seulas bawang merah - hiris dan potong dadu kecil
6. limau nipis / kasturi - buang empulur dan ambil bahagian kulit dan isi sikit - tadi tak ada limau nipis, jadi saya guna limau kasturi. bagi saya senang dan terasa sedap lagi guna limau nipis - potong dadu kecil juga
7. 100 g udang kering- pilih la isi yang merah dan padat, yang nampak baru...baru la sedap - udang kering pun sangai
8. suku cawan kelapa - dihiris halus - potong dan sangai - saya tak guna sebab setakat nak makan sorang membazir je kena beli - kalau nak kelapa parut pun boleh, goreng sampai warna cokelat tau.
alamak gambo tak lawa la pulak |
1. campur gula melaka dengan air, masak hingga didih, kira dah tak cair sangat, masukkan halia, bawang merah dan lengkuas dan belacan - masak lagi sampai pekat - oh ya kalau tak nak belacan boleh guna udang kering...tumbuk sampai halus, pengganti belacan
- ada yang masukkan sedikit sos ikan... yang ni suka hati la... nak bubuh boleh taknak pun tak apa... tapi, barang diingat, setakat 1/2 sudu teh cukup ... jangan lebih...
2. cara makan - daun kaduk tu sapu la sos tu atas daun dulu, lepas tu, letak la kacang, limau, bawang, halia, cili padi, kelapa parut dan udang
3. balut la macam sireh, kemudian bolehla makan.
selamat mencuba
Salam....
ReplyDeleteHalia, Bwg Merah dan Lengkuas kena blender or tumbuk dlu ke sebelum masuk dlm penyediaan sos?
Udang kering kena sangai dlu or x sebelum masuk dlm penyediaan sos jugak?