Friday, November 23, 2012

AMALAN BAIK JUMAAT - SURAH AL KAHFI





Malam Jumaat, eloklah kita berqiamulail.  Juga sangatlah baik kita  membaca Surah al Kahfi malam Jumaat dan kalau tak sempat baca habis, kita baca je separuh.  Sambung pula esok.

Bagaimanapun sebaiknya dibaca dan dihayati maknanya, itulah petikan yang saya ambil dari Ustaz Roslan Mohamed.

Bacalah pada malam dan hari Jumaat yang berkat dan mulia ini.

Ia adalah nadi kehidupan, pintu kerahmatan dan jantung amalan.

Memang surah ni agak panjang, mula-mula memang susah bagi kita yang tak biasa, tapi, jangan terlalu ikut hati, teruskan juga... dan bacalah sedikit demi sedikit sebelum habis hari Jumaat.


1. “Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya diantara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)


2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)


3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal”. 
(HR Muslim 809)

Jom tambah pahala

No comments:

Post a Comment