niat di hati nak beli sup ayam, tapi, tinjau punya tinjau, saya
'terbeli' buah delima, satay dan ayam goreng bob...kalau tak silap la..ayam goreng ni agak terkenal, tapi, bila makan...la..isi tak seberapa walaupun nampak besar, cuma penuh tepung la...hehehe.
semasa dok berjalan sambil melihat jualan makanan yang ada, saya terpandang, peminta sedekah lelaki warga asing...dari negara jiran.
oh.. ada lagi dia ni, terdetik di hati saya. tak apalah, nanti masa nak balik baru hulur. semasa berlalu di tepinya, ada seorang wanita menghulur seringgit kepada dia. "terima kasiiiihhh..." ucapnya kepada wanita itu.
makanan pertama saya beli satay ramadhan... (dulu sedap, tapi dah beberapa kali makan...rasa kurengggg amat...)
berbalik kepada peminta sedekah itu,
ketika saya menghampiri dia, saya ternampak duit kertas yang disusun kemas dan digenggam erat di tangan kirinya...
...mak aii, agak tebal. tebalnya dalam 4 jari kita tu... apabila dia perasan saya memandang pada wang di tangannya tu, cepat-cepat dia sorokkan tangan tersenbut di sebalik bajunya.
saya bukan skeptikal kepada peminta sedekah warga asing, tapi, ketika menghulur, ucapan terima kasihnya ada slang yang tak asing lagi di telinga kita.
peminta sedekah ni cacat di kakinya. ketika itu, dia sorang je yang tinggal (peminta sedekah yang lain dah balik kot)... dia ni cerdik sikit, orang lalu je, dia hulur tangan meminta. berlainan dengan pakcik-pakcik dan makcik yang buta ..mereka duduk di pinggir gerai-gerai sambil memegang tisu. tidak meminta-minta seperti yang seorang ni.
persoalan di sini, peminta sedekah warga asing ni, selalu juga berada di pasar malam tu, saya kira pendapatannya mungkin boleh mencecah lebih RM300 semalam, memandangkan saya ternampak ketebalan wang di tangannya itu.
beberapa tahun dulu, saya juga terserempak operasi jabatan kebajikan masyarakat menahan peminta-peminta sedekah yang memang ramai di pasar malam taman tun.
mereka hilang sekejap...tapi, kali ni nampak gaya ada muka baru, warga asing lagi...
foto ehsan dari penulis - kisah peminta sedekah di seberang perai... |
jangan nanti, mula-mula seorang, lepas tu dua orang...lama-lama berorang-orang...hehehe
harap ada yang bertindak memantau daripada kebanjiran warga asing yang mencacatkan lagi pemandangan di mata pelancong...
No comments:
Post a Comment