Pada mulanya, iaitu pandangan pertama kepada lelaki itu, telah membuatkan hati saya terdetik, baik dan rajinnya si lelaki itu.
Memang, dia tidak boleh duduk diam. Ada saja kerja yang dibuatnya. Kebetulan saya bertemu rakan saya di kedai makan ibunya.
Lelaki itu bercerita kepada kami mengenai pengalaman pahit dan manisnya ketika dia mengasingkan diri daripada bertemu manusia.
Terangnya kepada kami, dia mengasingkan diri disebabkan kecewa dengan isterinya. Apa sebabnya, tidaklah saya tanya, tak nak menyibuk hal orang.
Tapi, saya amat berminat apabila ayah kepada teman saya memberitahu yang dia hampir bernikah dengan puteri bunian.
"Wah, macamana awak boleh berjumpa dengan puteri bunian tu?" tanya saya kepada lelaki itu.
Dengan wajah penuh gembira, dia menjawab. "Sebenarnya ketika dalam hutan tu, saya dok kat luar hisap rokok. Tiba-tiba je ada seorang tua ni bertanya kepada saya, nak tak saya berkahwin dengan anaknya?"
"Cantik tak? Apa namanya? Macaman rupanya?" soal saya lagi tidak sabar untuk tahu kisah selanjutnya.
"Seumur hidup saya, dialah pompuan yang paling cantik, putih...memang lawalah. Saya tak heran la jumpa pompuan manusia ni, sebab saya dah jumpa perempuan yang paling cantik sekali... saya dah tak heran walau lawa macamanapun perempuan yang saya jumpa sekarang..." terangnya dengan bersungguh-sungguh.
"Apa namanya?" tanya saya tidak sabar...mana tidaknya... jawapannya tak memenuhi soalan hehehe.
"Puteri Mariam. Masa tu dia duduk di sebelah sana...di hadapan saya ayah dia dengan tok kadi dan orang lain tengah duduk tunggu jawapan saya. Nak kahwin ke tidak."
"Masa tu saya terfikir, kalau saya terima pelawaan ayah dia, tentu saya dah tak dapat jumpa dengan anak-anak saya. Jadi, saya tolak." terangnya lagi.
"Oh ye ke... tapi, macamana dengan baju? Rumah dia macamana? " soal saya lagi, sebab dia tak jawab apa yang saya mahu tahu.
"Eh..rumahnya luas...cantik...pakaian ayah dia macam orang alimlah..." terusnya lagi.
Saya memang masih tak puas hati lagi dengan penerangannya itu. Saya mendesak lagi agar pertanyaan saya dijawab.
"Boleh saya tahu, rumahnya tu macam istana ke? Istana lama ke, moden ke, macam rumah banglo ke, macam rumah biasa ke?" terjah saya lagi.
"Saya tak tahu... sebab saya nampak macam cermin...macam manusia biasa...masa tu saya memang dah ada dalam rumah dia...luas"
Masa ni saya dah tawar hati nak tau lebih lanjut. Dalam hati, terlintas juga, dia ni betul ke. Kalau dia dah termasuk ke alam bunian, kenapa dia tak dapat jawab apa yang aku tanya dengan terperinci? Getus hati kecil saya.
Tapi, biasalah...saya layan juga kisahnya.
"Macamana pula dengan perabotnya? Jenis kayu ke? Antik ke?" soal saya lagi... dalam nada tak puas tapi sempat lagi memberi senyuman kepada lelaki itu supaya dia tak perasan saya macam tak percaya ceritanya.
"Perabot tak tau, saya tak nampak, sebab rumah dia luas betul..." ujarnya dengan bersungguh-sungguh.
"Betul... saya tak tipu..."
"Oh ye ke.." perlahan saja saya menangguk. Dah bosan.
Akhirnya beberapa hari lepas, saya bertemu teman saya dan kami sempat lagi bersembang mengenai kisah lelaki itu.
Kami berdua membuat kesimpulan. Dia ni mungkin berada di alam fantasi. Kalau benar dia di alam bunian, takkanlah sikitpun tak dapat memberi jawapan kepada soalan mudah kami.
Lagipun, dia tidak tergolong dalam golongan oran pilihan... banyak kisah yang diberitahu mengenai diri, pekerjaan dan beberapa hal peribadinya, membuat kami bertambah musykil.
Dan banyak juga hal lain dia tak arif... tapi...cara cakapnya lain.
Yang buat kami nak tergelak, dia kenal semua menteri, tapi, bila saya tanya siapa orang terdekat PM dia tak dapat jawab.
Dia kata dia pernah terlibat dengan perfileman dokumentari untuk National Geographic. Bila tanya tajuk, tak ingat, bila tanya beberapa perkara dia tak dapat jawab...hehe.
Yang paling buat saya tak percaya. Dia kata dia pernah menemani beberapa artis Bollywood dalam satu kereta.
Masa tu Shah Rukh Khan, Rani Mukerjee, Kajol dan beberapa artis lagi disebutnya. Malah, dia kata dia pernah temankan Rani Mukerjee membeli-belah di KLCC.
"Alah... Rani Mukerjee tu kecik je orangnya..." tambahnya untuk menyakinkan kami.
"Apa dia 'shopping'? Kat 'outlet' mana tu?" tanya saya lagi.
"Kat KLCC lah...macam-macam dia 'shopping."
Sah...dia temberang. Kalau ye..mesti ada gambar...lagipun dia tu siapa orang nak ambil untuk jadi pengawal peribadi kepada artis yang tersohor? 80 peratus dia tak dapat jawab pertanyaan saya yang agak terperinci.
Saya tak sangka ada lagi manusia yang sanggup berbohong semata-mata nak menampakkan dirinya hebat.
Maaf ye. Pengalaman kami dalam bidang kewartawanan dan penyiaran membuatkan kami lebih berhati-hati dan membuat kesimpulan yang nyata.
Petang tadi, pekerja teman saya yang baru berusia 20an... menceritakan kemusykilannya kepada cerita si lelaki...itu.
Dan saya cuma dapat memberi senyuman saja... Kesian... semua orang dah musykil dengan kisahnya yang "too good to be true".
Maaf sekali lagi. Ini bukan dunia kami untuk percaya cerita yang tidak ada asas kukuh.
Dan maaf sekali lagi. Dunia khayalan, biarlah anda yang menghuninya... lagipun keperibadian anda jauh berbeza ...daripada penampilan dan juga penceritaan...
No comments:
Post a Comment