Seorang wanita yang bergelar ibu mertua meluahkan kegusarannya kerana menantunya masih enggan menutup aurat biarpun usia mencecah hampir 40 tahun. Malah si menantu juga enggan mengikut hasrat si suami yang inginkan dia memakai baju kurung dan bertudung... malah, si suaminya itu pernah melafazkan..."jangan salahkan saya kalau saya terpikat kepada perempuan lain yang menutup aurat.."
Pada masa yang sama juga, menantunya turut memandang sepi kepada wanita bertudung...dengan memberi alasan..."alah, perangai pompuan bertudung lagi teruk daripada tak bertudung..."
Saya pernah menjawab kepadanya, yang juga teman saya..."Kita tak berhak nak tuduh seseorang tu perangai buruk ke tidak, lagipun, itu semua kerja Allah. Siapa kita nak tuduh orang tu baik ke tidak, sekurang-kurangnya pompuan bertudung tu dah selamat daripada satu dosa..."
Hujah saya terus dipintasnya. " Eh, aku jumpa ramai betul perempuan bertudung ni perangai lebih jahat daripada yang tak bertudung, selalunya la.." dia masih nak pertahankan pandangannya.
"Tapi, menutup aurat perintah Allah...kalau macam tu, beranilah kita ni langgar perintah Allah...Nanti kalau mati, sanggup ke kita nak menjawab? Lagipun, bagi yang belum berkahwin, bapa dia yang tanggung dosa anak perempuan tak menutup aurat, bagi yang dah berkahwin si suamilah... kesiaannnn " Setakat itu yang mampu saya berhujah, memandangkan dia dah tarik muka 14.
Saya tak mahu terus bertelagah... hari ini, terjumpa la pula perbahasan ini...agak menarik...insyaallah satu hari nanti...bolehlah saya gunakan nasihat di bawah untuk teman-teman saya...
Dah 2 kali juga teman-teman saya memperlecehkan tudung... " Macamana nak pakai tudung? Tudung yang jual kat sini harga sampai beratus..."
Nasib baik saya sempat jawab, "ada tudung berharga RM10 ringgit, ada yang lagi murah ...kalau tak nak beli yang mahal beli je yang murah...macam i, i beli yang harga murah RM10 ni, kualitipun not bad...kita pilihlah...apa masalahnya?
Teman saya yang merungut ni pula, jenis suka beli kasut mahal-mahal...sampai mencecah tiga empat ratus ringgit... masa tu saya nak juga 'tempiaskan' ... tapi tak jadi sebab, kita tak boleh nak menghentam dia...
Oklah jom kita baca dan fahami. Terima kasih kepada Muslimah yang menjawab dengan bijak...
No comments:
Post a Comment