Friday, December 14, 2012

SESAT DI 'NURSERY BUNGA' SUNGAI BULOH, SELANGOR


Ni, bukan sesat sebarang sesat.  Sesat yang sendiri buat, hehehe.

Minggu lepas, saya teringin nak pergi cari tumbuhan wangi.  Tak kiralah, pokok ke, bunga ke, apa ke, bak kata orang, asal ia berbau harumlahkan...



Banyak betul bunga di sana.  Cantik, tak usah cakaplahkan.  Tapi, di kepala saya tetap nak mencari bunga yang berbau harum.  Nak tanam di kampung.  Walaupun mak dah bising tak larat nak jaga, tapi, saya suka.  Ah, tak kisahlah.



Sayapun tak tau sangat nak berhenti kat mana, sebabnya banyak betul 'nursery' yang ada di sini.  Kalau rajin, bolehlah pi ke semua tempat tu.  Bagaimanapun, saya tak suka sangat tempat yang susah  parkir.  
Kalau tanah luas dan rajin, boleh jadi taman yang indah.  



Pokok hiasan di atas, saya dah beli beberapa tahun lepas.  Walaupun tinggal di apartmen yang tak ada balkoni, saya tetap jaga, alhamdulillah, senang dijaga pokok ni. 










Bunga mawar kampung.  Agaknyalah, kecil. 

Bunga ni ingat ke wangi, rupanya tidak.  Saya terbaca dalam blog siapatah... katanya wangi...hmmm.



Cantik betul pokok hiasan di atas.  Ni kalau tahun baru cina dan krismas, berlambak di pusat membeli-belah, tersusun rapi. 




Cantik spesis bunga di atas, tak tau nama la pulak. 




Cantik betul tumbuhan yang daunnya pelbagai corak dan warna. 




Dulu kat rumah tok (nenek) saya berlambak pokok ati-ati kat telaga.  Sekarang kena beli pulak hehehe. 




Saya pernah beli pokok limau ni dan tanam.  Alhamdulillah, kalau dijaga betul, buahnya besar dan banyak. 



 Ini pokok 'gardenia'  baunya harum.  Rasanya bau inilah yang selalu saya tercium di kawasan belakang rumah saya bila keluar.  Padahal tak tanam pun.  Saya anggap je, agaknya bunga pokok pinang kot yang berbau wangi. 

Insyaallah dah tau dah apa nak beli untuk bawa balik ke kampung. 


Pokok bunga di ataspun wangi juga, tapi, tak tau pula kalau nak jaganya susah ke tidak.  Belum ditanya lagi.  Segan la pula, tanya banyak-banyak, lepas tu tak beli, padahal nak mencari-cari dulu. 







Ini pokok ekor musang kot.  Tak ingat, la.  Tapi, penjual tu ada sebut ekor...'something', saya senyum jer. 




Ha, kemboja.  Saya pelik, kenapa ada orang kata kemboja berbau wangi?  Rupa-rupanya wangi.  Inipun akan dibeli.  Tapi, itulah dah tau mak akan bising, sapa nak jaga.  


Orkid tak usah cakaplah, macam-macam jenis ada.



Pokok di atas ni, kat parit belakang rumah di kampung berlambak. Tengok di sini cantik la pulok. 







 Sesiapa yang sukakan kaktus.  Tak payah nak pergi ke Cameron Highlands lagi nak cari.  Sinipun banyak la jugak. 









Periuk kera, menjadi tumbuhan kegemaran saya semasa masuk hutan dulu. 


Ha, akar dani, bunga dia harum.  Rasanya bau bunga ni pun selalu saya tercium juga kat kawasan yang kita tak jangka.   Sebenarnya, inilah pokok yang saya suka sangat.  Tumbuhan ni saya ternampak di sebelah rumah jiran abang saya.  Nak minta malu.  Tak sangka kat Sungai Bulohpun dapat la juga.  

Ada beli di MAHA, tapi bunga dia macam kecut sikit.  Tapi, memang cantik dan wangi.  Saya suka.  



Kepada penggemar bunga-bunga dan tumbuhan hiasan, memang bolehlah mencari-cari di Sungai Buloh tu.  Misi saya seterusnya nak beli bunga melur yang berlapis, akar dani, kemboja dan gardenia.  Nak letak dalam rumah di apartment dululah.  

Kadang-kadang tu bau wangi memang segar je rasanya.

Cantik, macam rama-rama. 


40 comments:

  1. Boleh tanya di mana nak beli pokok bunga biru yang di tunjuk 2 gambar sebelum pokok ekor musang tu?
    Thank you.

    ReplyDelete
  2. maaf lambat reply, sebabnya baru menjengah ni. kalau pergi ke nursery sungai buloh, pastikan you masuk dekat dengan kawasan kusta...jalan terus... masuk ke sebelah kiri...ada jambatan kecil. bila masuk kiri kanan ada nursery... tapi, jangan berhenti kat situ...jalan terus sikit.. (ha...kira nak masuk ke perkampungan orang asli di hujung tu.) pokok ni dijual di tengah-tengah sepanjang jalan. ada banyak tempat jual bunga ni... pilih je dan kalau bernasib baik, dapatlah tawar harga murah... elok recce beberapai gerai dulu. saya terkena, beli bunga melur lapis, seposen pun tak nak kurang...padahal ada tempat murah seringgit...ehem..kena rajin jalan sikit

    ReplyDelete
  3. Kak siti hajar...akak amik gambar ni kat nursery yg berbeza ke? Akak ingat x nama nursery tu? Sy minat betul dgn pokok2 cili tu...hrp blh bantu sy sbb sy xpenah pegi sungai buloh..kalau dpt nama nursery,sng pakai gps...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. nursery berbeza, tapi semua sebelah menyebelah je... rasanya yang pokok cili tu semua nursery ada...tanya je... kalau nursery tu takde pokok yang adik nak, pergi je kat sebelah lagi...banyak...sampai kita akan beli terlebih-lebih lagi...elok pergi yang dekat pusat rawatan kusta dulu, kalau yang tepi jalan besar mungkin mahal juga, malah nak minta tawar pun susah... lagi satu adik kena pandai tawar, kebanyak nursery tu tak bernama dik, nak senang cari...tanya je kat mana nursery yang menghala ke kawasan perkampungan orang asli, sepanjang-panjang jalan di situ berderet nursery.... seronok,

      Delete
  4. Salam Kak. Boleh gtau sye tak almt nursery ni?asap.Tq

    ReplyDelete
  5. alahai dik, maaf baru dapat mesej ni, ikut je hospital sungai buluh, masuk ke kawasan (penjagaan kusta - dulu ada pusat rawatan kusta..) di sebelah kiri... jangan beli di tepi jalan besar mahal... susah nak kurang harga... tapi, kalau adik masuk kawasan kusta tu... banyak pilihan... nasihat akak, adik tinjau dulu harga di gerai-gerai ni, kemudian tahulah mana yang sesuai

    ReplyDelete
  6. saya nak bunga melur berlapis, kat area 2 ada jual tak?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada... tapi, check beberapa gerai dulu, sebab saya terkena, pergi kedai paling hujung yang dekat menara tinggi nak masuk ke kawasan kampung orang asli...saya beli kat situ, mahal seringgit, rupa-rupanya tempat lain ada, tapi kena tanya, murah seringgit

      Delete
  7. kalau hospital sg.buloh 2, naik ktas lagi ke? dah try pergi, xjumpa pun. frust, driver pun dah bising, last balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai, next time nak ambil gambar la.. kesian la pulak, lalu hospital.kira, kena masuk ke kawasan hospital.sungai buluh di sebelah kanan, terus lagi...sampai nampak beberapa kawasan jual bunga, tapi, ada satu jambatan kecil masuk ke kiri...kat situ...

      Delete
  8. highway plus tu highway plus apa???driver x sure...hehehhee tkt sesat sebenarnya....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, highway utara selatan, susur keluar ke hospital sungai buluh tu...lagi senang

      Delete
    2. Sesiapa yg x jumpa lg.. Masuk plaza tol hospital Sg. Buluh.. ke kiri lalu dpn hospital.. Terus. . Dn kiri lg susur jln lembah.. sampai.

      Delete
  9. kak hajar,,,,apa nama bunga yg mcm bunga matahari tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat balas, bunga kekwa..kalau tak silap ataupun carnation?...

      Delete
  10. Kak hajar..ade pokok bunga melur cina tak kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Sis Athirah… ada…tapi, bila jumpa kedai pertama, cari lagi kat gerai lain… bandingkan harga… ye…dan kena rajin tanya baru dia orang cakap

      Delete
  11. Kalau bagi koordinat lagi bagus...senang cari

    ReplyDelete
  12. Boleh tak saya dpt kn akar senduduk putih, akar bunga raya putih & akar bunga ros putih kat cini?

    ReplyDelete
  13. sorry...lama tai jenguk..harap adik dapatla ye...masa pergi tu ada...kena rajin cari atau tanya stok kat tokey

    ReplyDelete
  14. Pistachio and Bunga Kantan Seeds

    Hi,

    I want to ask, do you have a supply for Pistachio seeds. I am looking for pistachio seeds and also Bunga Kantan seeds/rizom, I hope you have them or you have a contact or means of way to get a supply of those seeds. Thank you.

    Pls email me at mohdumarkhatab@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Assallam Puan , pertanyaan, saya berminat dengan bunga hoya, di kedai buluh tu di Nusery yang jual pokok bunga Hoya, TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat sangat reply... tak ingat ada ke tak, harap puan dapat beli

      Delete
  16. kalau sape dok area seremban nak hoya boleh datang nursery saya ...macam macam ada bunga siap pasu bagi yg nak semua segera pokok bunga mmmg dah besar siap pasu...
    Dtang ke Villa Nursery Bandar Sri Sendayan

    ReplyDelete
  17. datang ke Nursery saya di Villa idaman Bandar Sri Sendayan

    ReplyDelete
  18. anyone tahu apa nama pokok yg ditanam sepanjang highway pagoh ,

    admin tumpeng lalu ye..

    ReplyDelete
  19. salam.... mohon bertanya ada ke orang jual pokok saga kendi? orang kata buat ubat batuk...kalau ada kat mana boleh beli ya. tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, saga kendi? buahnya yang kecil dan warna merah tu ke? itu kat jalan2 di kawasan kampung banyak. kalau nak tanam pokok tu besar macaam pokok paku lima. cuba ke kawasan pekan2 kampung mana2.

      Delete
  20. salam, saya ada pokok rerama hijau, jika berminat boleh wassap 012 6601722

    ReplyDelete
  21. Salam kak, saya baru nak berjinak dalam hiasan pokok dlm rumah ni.. saya pun duduk apt jugak.. tapi saya heran bila akak kata nak beli pokok2 yg akak tulis dlm blog ni.. sebab saya pk akak nak letak kat mane ek? Hahaha.. sebab teringin sangat nak tau macamane na letak/kedudukan yang kita patut letak pokok2 hiasan ni.. takut nanti rumah saya nampak cam hutan lak.. hahaha.. kalau tak kisah boleh la bagi gamba dlm rumah akak tuk saya buat rujukan.. thanka kak..

    ReplyDelete
  22. Salam.. akak.. di sana ad jual bunga raya biru tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, tak ingat pulak, sbb byk sgt dan akak x fokus, sg buloh byk nursery, kalau x ada kat situ, cuba pula kat taman bunga raya di kawasan taman tasik perdana...x silap bersebelahan taman burung @ tmn orkid... Skrg x sure masih ada ke

      Delete
    2. Wassalam, tak ingat pulak, sbb byk sgt dan akak x fokus, sg buloh byk nursery, kalau x ada kat situ, cuba pula kat taman bunga raya di kawasan taman tasik perdana...x silap bersebelahan taman burung @ tmn orkid... Skrg x sure masih ada ke

      Delete
  23. pokok bunga kemboja,cempaka dan harum sundal malam ade ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. mencari bunga melur lapis.. sampai ke blog siti hajar.. saya siti hajar juga �� terima kasih atas perkongsian di sini.. suka tgk
      bunga2 tu semua.. rasa nak ajak mak mertua pegi sg buloh harini juga ��

      Delete
    3. kemboja dan cempaka ada di sg buloh.. harum sundal malam belum jmpa lagi

      Delete
  24. Assalamualaikum..nak tanya, nurseri2 kat sungai buluh masih ada lg ke kak..sebab ade yang kate dah pindah kawasan lain..

    ReplyDelete
  25. bunga melur lapis.. sampai ke blog siti hajar.. saya siti hajar juga �� terima kasih atas perkongsian di sini.. suka tgk
    bunga2 tu semua.. rasa nak ajak mak mertua pegi sg buloh harini juga ��

    ReplyDelete