Thursday, December 13, 2012

resepi ringkas : telur goreng masak jeruk lobak putih


Kadang kala kita tak tahu nak masak apakan?  Nak pula yang ringkas dan tak perlu banyak bahan.

Dulu masa kecil, bapa saya suka masak telur goreng jeruk lobak putih ini makan dengan bubur dan nasi panas.  Tapi, seingat saya, dulu lobak putih ni masin sangat, yang sekarang ni manis, masin, ha, sedang elok la tu.

Resepi di bawah ni senang sangat.  Telur goreng masak jeruk lobak putih.  Sudahlah senang nak masak, bahan pun tak banyak.  

Menu ni memang sesuai makan dengan nasi panas atau bubur nasi.  Cecuba.  
RINGKAS TAPI ENAk



 Bahan-bahan:
1. Segenggam jeruk lobak putih (boleh beli di Tesco kalau susah dapat) -hiris kecil
2. 2 ulas bawang merah - dihiris untuk tumis 
3. 1 cili kering - hiris kecil   (saya tak letak, saja je)
4. 2 sudu minyak masak
5. 2 biji telur ayam 
MAKAN DENGAN NASI PANAS @ BUBUR

Cara masak:

1. panaskan minyak, tumis bawang dan cili keringhingga layu, kemudian, masukkan jeruk lobak putih yang dihiris tadi, goreng hingga nampak kering sikit.
2. bila jeruk lobak tu dah kekuningan sikit, pecahkan telur - tunggu sekejap, jangan kacau lagi, biar telur tu masak sikit, baru kacau perlahan-lahan, sampai lah telur tu masak berketul-ketul.
3. siap, angkat dan hidang.

Senang je, kalau la yang jenis tak cerewet, ha inilah yang sedap dan mudah je.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment