Monday, April 7, 2014

SARAPAN : TELUR DADAR SELERI


Assalammualaikum,

Dah sarapan?  Hari ni nak makan lain, tapi, diet punya pasal, saya buatlah dadar batang seleri.  Tak pernah dibuat saya sebelum nih.   Wah…sedap juga. Mungkin saya lapar kot




Bahan-bahan :

1. 2 biji telur ayam
2. 3-4 inci batang seleri - dihiris
3. secubit garam
4. minyak zaitun untuk menggoreng telur
5. mayonis paling rendah karbo - kewpie

Cara masak :

1. pecahkan telur, masukkan seleri dan garam, pukul sekejap je
2. panaskan minyak dalam kuali dan masukkan telur tadi bila dah keras takde lagi meleleh kat bawah, baru alihkan ye
3. bila dah masak, angkat letak mayonis, hidang dan makan..

yummy - jangan lupa minum air kosong banyak…banyak..banyak… bagus pe, sebab bila kita buang air, toksin pun ikut sama….




Sunday, April 6, 2014

MENU DIET ATKINS


Hari ni hari ke 5.  Dah relaks dah.  Tak terasa nak makan macam-macam.  Tapi, agak terkantoi sikit sebab beli bahan tak perhati betul-betul.  Beli herba campuran (mix herbs) rupanya ada perasa… ish, macam tu pun depa jual juga..

Dah termasak baru tau.  

Tak pe, semalam berjaya habiskan air 4.5 liter.

Nanti kalau masak resepi atkins.  Saya share lagi.

Berat asal 76kg.   Dah turun 4 kilo.  Wow… merapu betul diet atkins. 

Jom jaga kesihatan… tapi, kalau nak mula, kena baca betul-betul.  Rajin-rajinlah tanya Encik Gugel.  Fahami apa yang tak boleh dan apa yang boleh ambik.

Senang je peraturan dia, tak boleh ambik carbo, untuk 2 minggu pertama dibenarkan 20gram karbohidarat je.  Pantang manis.

Ambik sumber protein, sayuran hijau, air kosong.  Yay

Saturday, April 5, 2014

DIET ATKINS : RESEPI SALMON LADA HITAM & HERBA CAMPURAN


Hari ini hari ke4 saya berdiet.  Atkins diet.  Tak boleh ambik carbo banyak, cuma 20g je sehari selama 2 minggu.  Protein boleh ambik, terutamanya telur. Nak rebus ke goreng ke… boleh… sayur pula yang warna hijau je boleh ambik.

Sarapan tadi dengan 2 biji telur rebus, kecik je.. lepas tu lapar… tapi boleh tahan la…

harap-harap… saya mampu mengikut mereka yang berjaya turun berat dengan jayanya...






BAHAN - BAHAN

1. 2 blok ikan salmon
2. 1 sudu besar, lada hitam ditumbuk kasar dalam 
3. sedikit garam
4. 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar ( bagi pecah 2-3 je)
5. sayur yaw mak tam (beli kat tesco, macam salad tapi saiz kecil, boleh dimakan mentah juga)
6. 2 sudu besarminyak zaitun
7. mayonis kewpie
8. herba campuran

cara 
1. sapukan salmon dengan garam, herba campuran (mix herb) juga serbuk lada hitam - perap dalam 10 minit
2. panaskan 1 sudu besar minyak zaitun
3, masukkan 2 ulas bawang putih - dah kuning sikit
4. masukkan sayur, lada hitam, sedikit garam.. masak dalam 30 saat je
5. angkat
6. panaskan terus 1 sudu besar minyak zaitun
7. ikan tadi dimasak macam grill, bila isi & kulit nampak macam garing, alihlah - bila dah bertukar warna kelabu, alihkan sebelah lagi, hati-hati sebab mudah pecah.

8. dah siap, masukkanlah dalam pinggan, sedap dimakan panas aka suam...

Wednesday, March 26, 2014

DOA MERAWAT SAKIT PINGGANG


Dah beberapa lama saya mengalami sakit pinggang.  Tak tahu sebabnya.  Bagaikan ada beban di pinggang rasanya.  

Alhamdulillah, terjumpa doa merawat sakit pinggang ini di fb.  Mungkin elok saya mencubanya.  Lagipun ayat al quran. Kalam Allah.  Saya yakin.

Mudah-mudahan sakit akan hilang.

Sunday, March 23, 2014

PANDUAN SOLAT UNTUK PESAKIT



Biar apapun keadaan, di mana, bila, siapapun kita, solat telah pun diwajibkan ke atas kita untuk mengerjakannya.

Biarpun anggota tubuh kita tidak dapat bergerak, ia bukan alasan untuk kita tidak bersolat.  Perkara pertama yang akan disoal di akhirat kelak, adalah solat kita.

Jom kita pelajari solat yang perlu dikerjakan dalam keadaan tertentu.

Eloklah kita beli buku dan bertanyakan ustaz atau mereka yang arif bagaimana untuk mengerjakan solat ketika sakit.

Jom kita tambah ilmu… adakanlah masa untuk kita belajar lebih mendalam lagi bagi menambah iman kita.

Kalau kita sibuk dengan tugas, keluarga,… maka kita tidak akan ada masa untuk mendalami ilmu agama… 

DOA SEGALA PENAWAR


Bagi saya, kalau kita disengat lebah ke tebuan, mesti kita nak cari penawar yang boleh kurangkan rasa sakit tu kan?  

Tak kiralah kena air panas ke, bisa apa ke, kita cubalah amal doa di atas ni, insyaallah Allah akan makbulkan.

Saturday, March 22, 2014

DOA UNTUK HAJAT



Semua kita pasti inginkan hajat ditunaikan.  Apa lagi? Mintalah kepada Pencipta kita.  

Berdoalah kepada Allah, insyaallah Allah tidak pernah menghampakan permintaan kita.  

Cuma kita perlu buat dengan tertib, bersungguh-sungguh, penuh mengharap, sabar dan istiqamah.

Lagipun kita boleh berdoa kepada Allah bila-bila masa dan apa saja yang kita inginkan.  Tetapi, yang bermanfaat kepada kita.

Insyaallah.

Friday, March 21, 2014

DETOKS : CUKA EPAL, KAYU MANIS, MADU & LEMON


tubuh kita dah dicemari dengan makanan yang tak berkhasiat…yang memungkinkan datangnya penyakit lain.

apa kata kita buang toksin atau detoks dengan petua di atas.

segelas sehari, kalau elok semasa perut kosong. kalau tak sempat sebelum sarapan, masa tidur pun ok.

1 gelas air
2 sudu makan cuka epal
2 sudu besar perahan jus lemon
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu makan madu

kacau semua, oh ya barang diingat, bila ada kena mengena dengan madu, pastikan jangan guna sebarang besi.  kacau dengan plasti supaya khasiatnya tidak hilang

selamat mencuba, sayapun nak cuba...

Wednesday, March 19, 2014

PETUA BAGI MENUMBUHKAN RAMBUT DANG MENGILATKAN RAMBUT - BAWANG BESAR

Saya ada terbaca kelebihan bawang besar.  Tak salah kalau kita mencuba.

Di atas diberikan petua cara untuk membantu pertumbuhan rambut

1. bawang besar dipotong kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam botol shampu yang kita guna.
2.   biarkan selama 15 hari baru diguna shampu itu.
3.  ia bukan sahaja membantu menumbuhkan rambut malah mengilatkan rambut…

hmmm… saya nak cubalah...

Tuesday, March 18, 2014

FIBROID - BERDOA KEPADA ALLAH


Sekarang ini, ramai wanita menghidapi fibroid.  Ia antara mimpi ngeri bagi mereka yang mengalaminya. Namun, selain perubatan moden, apa salahnya kita kembali ke fitrah.

Kita mohon kepada Allah supaya sembuh.  Insyaallah kita yang berdoa ini tidak akan dihampakan Allah.  

Mudah-mudahan kita sembuh dengan doa di atas.

Monday, March 17, 2014

masakan kampungku : sayur sotong @ tumis sotong - ringkas dan yummy


Semasa di kampung, saya dah tak pandang masakan moden.  Asyik teringat menu semasa kecil dulu.  Mak saya masak ringkas tetapi sedap.

bahan:
1. sotong 6 ekor
2. 1 labu bawang besar
3. 1 ulas bawang merah - hiris
4. 1 ulas bawang putih - hiris
5. 2 biji kentang
6. tang hoon - rupa macam mee hoon tapi jernih - direndam dan dipotong 2 bahagian
7. minyak
8. garam
9. udang kering segenggam - ditumbuk kasar @ serbuk bilis - saya tak letak
10. 1 biji cili merah
11. air satu setengah cawan atau suka hati nak kuah banyak mana

cara masak
1. sotong dipotong 3 bahagian atau 2 bahagian
2. panaskan minyak dalam periuk
3. tumis bawang merah dan putih sampai naik bau
4. masukkan air dan kentang, cili, bawang besar, tang hoon, udang kering, garam - biar sampai ubi empuk
5. bila dah didih dan empuk, masukkan sotong… jangan masak lama, perhatikan bila sotong dah masak, angkat atau tutup api cepat.  
kalau sotong dimasak lama tak sedap sebab liat...




Sunday, March 16, 2014

DOA HILANG SAKIT KEPALA

Saya percaya semua orang pernah merasa sakit kepala.  Antaranya kalau saya, bila makanan tertentu ada msg, berada di tempat sejuk lama dan kemudian keluar ke tempat panas, dan beberapa lagi sebab lain.

Alhamdulillah, saya terjumpa doa di atas ini daripada fb.  Mudah-mudahan sakit kepala dikurangkan Allah dengan ayat al - waqiah - 19.

Terima kasih kepada yang berkongsi. 

KELEBIHAN AL FALAQ & AN NAS


selain dapat pahala ayat-ayat Allah bermanfaat juga untuk kita.. alhamdulillah

Saturday, March 15, 2014

SAKIT TEKAK? KURANGKAN DENGAN LEMON, HALIA & MADU...




Jerebu melanda negara dah beberapa minggu… ada yang mula mengalami tidak sihat badan…

Kepanasan yang melanda dengan udara yang tidak bersih dan panas…mungkin ada yang mengalami batuk…

Apa kata cuba resepi di atas, mana tahu ia menjadi… jom amalkan

Friday, March 14, 2014

TERTEKAN? AMALKAN DOA INI INSYAALLAH


Assalammualaikum,

semua orang pernah rasa tertekan atau stress.  Tertekan dengan karenah di tempat kerja, di rumah, di tempat awam dan juga persekitaran.

kadang kala kita terlalu penat nak melayan keadaan itu menyebabkan ia bertambah tertekan.

jadi, bagi mengurangkan tekanan dan stress kita berdoa ye.

SEDIH DAN DUKACITA? AMALKAN DOA INI




Assalammualaikum,

Tak semua orang tenang pada hari ini.  Ingatlah setiap masalah ada penyelesaiannya.  Kita kembali kepada Allah, mintalah kepada Allah semahu-mahunya.

Bila-bila masa, di mana sahaja, Allah Maha Mendengar.  Kalau setakat kita mengadu pada kawanpun, ada hadnya.

Jadi, cubalah amalkan doa di atas…insyaallah.

Terima kasih kepada mereka yang berikan doa ini.  Saya dapat daripada fb.

Hari ini dah masuk Jumaat.  Jom kita selawat banyak-banyak.

Saturday, March 8, 2014

RESEPI KAKAK IPARKU : SAMBAL TUMIS UDANG CILI MERAH - MUDAH DAN SEDAP MENYELERAKAN

Selalunya saya akan buat sambal tumis udang dengan cili kering… tapi, kali ini saya gunakan cili merah.  Resepi asal saya ambil daripada kakak ipar saya.

BAHAN-BAHAN
1. 10-15 BIJI CILI MERAH - DIKISAR - MASUKKAN 1/2 CAWAN 
    AIR
2.  3 ULAS BAWANG BESAR - DIKISAR
3.  1 ULAS BAWANG BESAR DIHIRIS BULAT
4.  1 SUDU MAKAN GULA
5.   3 SUDU BESAR AIR ASAM JAWA
6.   GARAM SECUKUP RASA 
7.   3 SUDU BESAR MINYAK MASAK
8.   2 ULAS BAWANG KECIL DIHIRIS 
9.  10 EKOR UDANG SEDERHANA BESAR @ BESAR, NAK LEBIH 
      SILAKAN (UDANG DIPOTONG SEDIKIT BAHAGIAN HUJUNG 
      KEPALA DAN EKOR, KALAU BOLEH BELAH BELAKANG DAN 
      BUANG BAHAGIAN HITAM SEPERTI TALI)


CARA MEMBUATNYA

1. PANASKAN MINYAK
2. TUMIS BAWANG KECIL DIHIRIS HINGGA NAIK BAU
3. MASUKKAN PES CILI MERAH DAN BAWANG BESAR YANG 
    DIKISAR TADI - MASAK 
4. MASUKKAN AIR ASAM JAWA, GARAM, GULA, BIAR DIDIH
5. DIDIH JE MASUKKAN UDANG DAN BAWANG DIHIRIS BULAT TADI…MASAKLAH HINGGA SEMUA BAHAGIAN UDANG DAH MASAK DAN JANGAN TERLALU LAMA NANTI UDANG LIAT
6. SIAP MASAK… HIDANGKAN


Friday, March 7, 2014

DOA SUPAYA BARANG HILANG & DICURI DAPAT SEMULA


Assalammualaikum,

Pernah tak barang anda dicuri?  Saya pernah mengalaminya… dan saya tertarik apabila ternampak doa-doa ni dalam ni fb.

Saya nak cuba juga doa ni, supaya wang yang diambil secara menipu oleh kawan saya ni dapat kembali.

Seeloknya kita buat solat hajat dulu… saya pernah buat solat hajat… sebab barang kemas saya hilang… saya ingat tersalah letak… tapi yang peliknya bekas ada barang kemas tak ada… 

dan lagipun pembantu rumah abang saya yang telah berjasa dengan abang saya dan memang baik… asyik-asyik naik ke tingkat atas…ketika saya balik…kampung... dan selepas itu… saya baru perasan… bekas takde, tapi saya masih bersangka baik.

Saya buat solat hajat tak henti-henti… dan saya dapat tahu dia sakit perut sangat-sangat… bila abang saya bawa ke doktor, doktor kata dia takde apa-apa…sakit… 

Sekarang ni baru la saya ingat balik…dia je yang selalu naik ke atas… bilik saya… dan beg saya memang tak berzip… bagaimanapun saya masih bersangka baik… 

Jom kita amalkan...


Thursday, March 6, 2014

DOA ELAK MALAS


ada kalanya kita rasa malas.  doa di atas saya ambik dari facebook.  

Jom kita amalkan mudah-mudahan kita rajin membuat amal ibadah

Tuesday, March 4, 2014

RESEPI KAMPUNG UDANG MUDAH & SEDAP : UDANG MASAK ASAM

Menu ni memang ringkas.  Bahan pun tak banyak.  Sesuai untuk yang nak cepat masak dan juga sedap dimakan dengan nasi panas.




Bahan-bahan
1. 10 ekor udang sederhana besar - dibuang sedikit di hujung kepala
2. 1 labu bawang besar - dihiris bulat dan tebal
3. 1 cili merah - hiris serong
4. separuh genggam asam jawa dicampur dengan suku cawan air dan dapatkan jusnya yang pekat
5. gula secukup rasa / 1 sudu teh
6. sedikit kunyit
7. secubit garam
8. 3 sudu makan minyak masak
9. seinci halia dihiris seperti batang mancis (apa ke namanya lupa la)

cara menyediakan
1. udang digaul dengan garam dan kunyit
2. panaskan minyak dalam kuali, masukkan udang dan masak hingga separuh masak dan angkat serta asingkan
3. masukkan hirisan bawang besar, cili merah, halia - bila dah layu masukkan perahan air asam jawa tadi
4. masukkan gula dan bila didih dan akhir sekali masukkan udang tadi kacau sampai masak.. dan boleh dihidangkan..
5. sebelum angkat, rasa dulu sesuai tak dengan selera… macam saya tak suka masam sangat 

Monday, March 3, 2014

RESEPI KAMPUNG : KERANG REBUS SERAI - PALING SENANG & SEDAP


Kadang-kadang kita tak tau nak makan apa sangat… ada kalanya pula, menu ringkas lebih sedap dan berselera.





bahan-bahan
1. kerang sekilo (cuci dengan daun serai dengan diramas-ramas kerang tu ataupun ambil berus sabut yang bersih cucilah… ataupun kalau tinggal di kampung lagi senang… cuci sambil ramas dengan sabut untuk buang lumpur atau kotoran pada kerang)
2. serai 2 batang diketuk sikit
3. 2 biji cili merah
4. sebiji bawang besar ataupun 3 ulas bawang merah hiris
5. garam secukup rasa
6. air secawan




cara masak
1. kerang, serai, cili merah, bawang dan sedikit garam dimasukkan ke dalam periuk atau kuali besar
2. masaklah dan pada masa yang sama bolehlah masukkan sedikit air… ikutlah nak kuah tu banyak mana…
3. sambil tu kacaulah kerang supaya masak sekata.. sebab bila kita biarkan nanti kerang yang paling atas tak berapa masak pula..
4. nak tahu kerang tu dah masak .. bila kulit dah terbuka… 


Sunday, February 16, 2014

RESEPI KAMPUNG RINGKAS : TERUNG MASAK LEMAK UDANG KERING, SEDAP PULA TU







semenjak dua menjak balik kampung ni, teringin la pulak makan menu ringkas, tetapi menyelerakan… kena pula guna bahan yang tidak banyak.



Bahan-bahan :

5 biji terung (suka hati terung apapun, tetapi yang paling sedap terung bulat putih)
RM2 pati santan
sebungkus kecil tang hoon (di utara tang hoon berwarna jernih, kalau suun berwarna kelabu macam mee hoon)
garam secukup rasa
1 biji cili merah
1-2 labu bawang besar
2 cawan air / santan cair
segenggam udang kering
segenggam udang kecil


cara menyediakan:
1. terung dibelah 4
2. hiris serong cili merah
3. bawang dibelah 4
4. tang hoon rendam dulu, bila lembut potong 2
5. 2-3 sudu makan santan dicampur dengan 2 cawan santan
6. tumbuk udang kering
7. masukkan semua bahan di atas termasuk garam ye, masak hingga terung lembut (suka hati terung tu nak masak sampai macamana)
8. perlahankan api, masukkan santan pekat yang selebihnya atau satu cawan santan pekat
10.masukkan udang segar
(peringatan semasa masukkan santan pekat pastikan api perlahan dan kacau perlahan-lahan supaya santan tak pecah)
11. rasalah garam dah sesuai dengan selerah...dah siap hidang jer

Wednesday, February 12, 2014

RESEPI KAMPUNG BONDAKU : IKAN BAKAR RINGKAS DAN SEDAP


Ni nak bagitau ni, kalau teringin nak makan berselera tapi tak  la susah nak sediakan bahan masakan… mai cuba resepi ikan bakar ni… gerenti sedap.

Bahan:

10 ekor ikan kembung (yang saiz kecil yang berlemak tu)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
3-4 sudu makan pati santan
garam secukup rasa
(daun pisang)

bawang merah, bawang putih, halia, tumbuk halus (tapi taklah halus sangat ye)
campurkan garam, 
dah siap, lumurkan semua bahan tadi pada ikan, termasuk dalam bahagian ikan tu,
biarkan dalam setengah jam, kalau tak sabar boleh bakar terus…
akhir sekali, masukkan santan, gaul
hati-hati semasa membakar, kalau nak elok balutkan dengan daun pisang.. 
kalau guna pemanggang, tak payah guna daun pisangpun takpe… tapi, ikutlah

bakar dengan api sederhana, wallah…
cubalah memang sedap…
ringkas dan menyelerakan… mudah lagi..


Monday, February 3, 2014

PANTANG LARANG KANSER


image google

PANTANG LARANG BAGI PESAKIT KANSER.

Huraian:

PESAKIT KANSER TIDAK BOLEH MAKAN:

1) Jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat ditukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5 - merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Jangan ambil gula - Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian.

3) Jangan makan produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain. Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.


4) Jangan makan seafood - seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Jangan Minuman - Kopi, teh, minuman bercoklat (sel kanser akan lebih cepat merebak).

6) Jangan makan daging merah. WAJIB di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Jangan makan Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Jangan makan Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik. (Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, ikan salmon, ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain - Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam dipercayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).
image google


image googl4



9) Jangan makan makanan segera & sebarang produk dalam tin - seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Jangan makan makanan berjeruk, ikan masin, telur masin, budu, belacan dan seumpamanya.

11) Perlu dielakkan makanan yang dipanggang & dibakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus dielakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Jangan makan sayur-sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih, cendawan dan lain-lain (sebarang sayur yang berwarna putih).


AMALKAN MEMAKAN:

1. Daun Betik (Boleh direbus dan minum airnya)
2. Buah Betik
3. Brokoli
4. Nanas
5. Durian Belanda
6. Mangga
7. Habbatus Sauda
8. Asparagus (Boleh juga dibuat jus)
9. Air Zam-Zam
10. Taugeh
11. Lobak Merah
12. Sengkuang Cina
13. Bawang Putih dan Merah (Jangan makan jika telah bercambah)
14. Bayam
15. Salad
16. Kacang Bendi
17. Daun Parsley
18. Lemon Hijau dan Kuning

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya anda disahkan oleh Pakar Perubatan bahawa anda mengidap KANSER atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penawarnya. 

BERITA BAIK untuk pesakit KRONIK terutama pesakit kanser. Selalu apabila disahkan oleh Pakar Perubatan pada tahap ini, sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu berapa lama jangka hanyat pesakit itu boleh hidup.

SILA SEBARKAN KEPADA AHLI KELUARGA ATAU KAWAN-KAWAN TENTANG DAUN BELALAI GAJAH INI. INSYAALLAH ADA YANG SEMBUH SETELAH MENGAMALKANNYA.

Monday, January 27, 2014

ZAMAN MEWAH DENGAN MAKANAN, RAKYAT SYRIA MATI KEBULURAN… WAJARKAH?



SUMBER FOTO : IKRAM FB
TAK TERGAMAK SAYA MELIHAT KEADAAN INI

Bila lapar, kita masih terfikir-fikir nak makan apa, di mana, apa  yang sedap?  Tapi, pernah terfikirkah kita, di negara yang sedang bergolak, mereka sedikitpun tidak sempat nak berfikir… pasal makanan.

Di fb, ramai yang sibuk 'upload', ni je 'lunch' untuk hari ini.  Dengan ayam masak merahnya, dengan sayur masak lemaknya, dengan ikan bakarnya, dengan sambalnya, dengan macam-macam lagi.  Masak itu ini atas permintaan En. Somi. ugghhh.. makan cuma berdua, tapi dihidang macam nak makan 6-7 orang.


SUMBER FOTO : IKRAM FB
 Saya tersentuh melihat penderitaan yang melanda rakyat Syria.  Kebuluran.  Perkara yang tidak terlintas akan melanda negara ini.  Kenapa ia berlaku?  Di mana pembela hak kemanusiaan?






SUMBER FOTO : IKRAM FB


Saya pernah ke Kota Kuala Muda Kedah, semasa tsunami.  Kami pergi ke kawasan rumah yang terkena bahana tsunami.  Mengagihkan makanan dan keperluan asas lain.

Bila dikenang kembali, ada salah seorang sukarelawan tiba-tiba emo, sebab marahkan kita tak sediakan makanan yang 'logik' akal untuk diberi kepada mangsa.

Ya saya masih ingat, kami beli sardin dalam tin, beras, susu, teh, gula, kopi, milo, serta makanan kering lainnya.  Selain daripada tuala wanita, telekung, lampin pakai buang bayi.

"Tau tak mereka dah bosan nak makan ikan kering, sardin… bla bla bla...  Mereka nak juga makan ayam, daging bagai."

Saya terdiam.  Bukan rasa kasihan kepada mangsa tsunami.  Tapi, rasa betapa egonya manusia.  Dalam keadaan 'darurat' kecil inipun masih lagi merungut bila nikmat hadir.  

Mana kami nak cari daging, ayam mentah semua?  Kalau dapatpun, bila hantar ke rumah mereka tentu dah berbau bahan mentah semua tu.  

Lagipun ia hanya untuk bantuan sementara, sehingga keadaan pulih semula.



SUMBER FOTO : IKRAM FB


Saya agak kesal dengan rungutan beberapa orang yang tidak bersyukur.  Bukanlah saya nak kata hebat sangat pemberian kami.  Sekurang-kurangnya ada juga makanan untuk lapik perut sementara.

Saya tengok mereka dapat beras berkampit-kampit, minyak masak dan sebagainya sampai boleh buka kedai runcitlah kalau diingat semula.

Nikmat syukur atas bantuan yang diberi Allah dipandang rendah pula.  Adakah nikmat yang banyak yang Allah turunkan menjadikan hati manusia semakin keras?

Ye lah kejadian tsunami di negara kita tidak dijangka. Tiada persediaan untuk bencana besar memandangkan selama ini negara kita aman.  

Saya sedih sangat melihat gambar-gambar di Syria.  Kebuluran menjadi biasa kini.  Banyak negara membazir makanan… tetapi, di Syria pemerintah zalim berkuasa dan sewenang-wenangnya membunuh rakyatnya sendiri.  

Ramai yang mati akibat kebuluran, malah ada yang tak ingat bila kali terakhir dia dapat makan.

Kita pula sibuk .. ah tak sedaplah, makan itu ini.  Padahal kalau orang yang hidup di paras kemiskinan di negara kita, ia adalah nikmat.

Saya masih ingat, masa kecil-kecil dulu, ikan masin, telur goreng dimakan dengan kicap dan nasi panas, memang sedap.  Tak pernah pula merungut.  Walaupun lauk lain yang sedap ada, itu juga kadang kala kita rasa nak makan.

Tetapi, di dalam program membantu mereka yang memerlukan, ia seolah-olah terlalu daif bila ditunjukkan makan nasi, kicap dan telur goreng.


Apa yang terlintas di benak kita apabila seorang remaja terpaksa makan kotak untuk mengalas perutnya?  Apa rasa naluri kemanusiaan kita apabila di sini kita mewah dengan pelbagai makanan dan masih lagi mencemuh dengan rezeki yang ada itu.  Di Syria pula mereka terpaksa makan kaktus bagi mengalas perut.  Ia sepatutnya tidak berlaku.  

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu, Kau selamatkanlah rakyat Syria yang menderita.  Kau bantulah saudaraku di Palestin, Lubnan, Mesir, Libya, Iraq daripada dizalimi secara kejam oleh musuh agamaMu.