Tuesday, November 20, 2012

BERSANTAI DI KAMPUNG SUNGAI SEMUNGKIS



Ahad baru-baru ni, saya dan kawan lama bersama keluarganya berkelah di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat.

BIARPUN AIR TAK JERNIH SANGAT, ITU BUKAN HALANGAN
 Musim hujan dah berminggu-minggukan... jadi, airnya agak keruh.  Tapi, ia tidak menghalang kami yang dahagakan kedamaian.


ALAM NAN INDAH
 Kata tuan punya tanah, air keruh disebabkan tanah runtuh di atas bukit, jadi, tak berapa jernih.  Eh, tak kisahlah asal kami semua dapat cecah air ni.
'FAVOURITE SPOT'
 Air mata air atau 'spring water' yang mengalir jernih, juga menjadi air minuman resort yang ada bersebelahan tanah kawan saya.Lagipun kat situ airnya dalam sikit... setakat paras paha... tapi, kalau itik dalam la juga, paras dada itik. 

BIARPUN TAK DALAM, KAMI TAK KISAH
 Kami yang kaki berendam, huh, tak mau naik ke darat.  Saya pulak tukang amek gambo, suka benar, tapi, kaki main air la juga.
MULA-MULA MALU...LEPAS TU ...
 Ni Yana anak sedara saya.  Mula-mula dia tak nak  mandi, sebab dia ingatkan ramai orang.  Lepas tu, dia tengok makciknya dah 'stand by' awal, dia pun terkena tempias juga.  Dia kata dia suka tempat ni sebab tak ada orang lain.  Kami-kami je.  Mana taknya, dah tempat persendirian, suka hati kita la kan.


CANTIK
Dalam kesejukan sempat lagi saya 'snap' gambo.  Itu yang hasilnya goyang sikit, tapi nak gak amek.  Batu-batu banyak, jadi membuatkan saya malas nak ke depan lagi.   Lupa.


NYAMAN
 Deruan air ni memang cantik bunyinya.  Subhanallah, ni baru sikit je ciptaan Allah.
MALU TAPI MAHU
 Tak sangka mulanya malu lepas tu pantang....lepa..hehehe
KAKI MANCING DAPAT LA 3 EKOR
 Yang berbaju merah tu, memancing dari mula kami sampai hinggalah kami balik, dapat la 3 ekor ikan...alamak lupa nama...mana ikan nak lekat, bebudak baju hitam tu bising sampai 'bunian' pun lari.


HILANGKAN SEJUK
Bunian.  Mengikut kata tuan tanah, tanah kawasannya adalah perkampungan bunian.  Alhamdulillah, bunian tak kacau kami.  Sebabnya, semua orang ok je.

BUNYI GELAK TAWA JE DALAM HUTAN NIH
 Budak 2 orang yang berbaju hitam tu ketawa kalau waktu malam, 'sure' orang tak nak pergi, mengalahkan lang...su...
DAH DAPAT KAWAN
 Yang baju biru Nahfis, yang berbaju hitam tu Rian...mula-mula tak bersembangpun, kami paksa dia orang berkawan.  Lama-lama...ha.. dah dapat kawan... biasalah malu kan.
PEACE IN THE JUNGLE
 Sempat lagi tu, peace in the jungle.  I likeeeee.


WHAT'S THAT?

SO COOL

WOW

BEFORE THE DESTINATION
Ni ha, jalan ke sana, bila masuk ke Kampung Sungai Semungkis je, nampaklah hutan yang cantik menawan.  Jalan terus sampai jalan mati.  Itulah tempat dia, tapi, tak amek gambo la pulak.

WAKTU PETANG, LAGI CANTIK KALAU WAKTU PAGI PENUH DENGAN KABUS

HMMM
Tempat yang cantik dan indah inilah menjadi idaman saya nak berumah di hutan.  Tapi, kenala ada bukit bukau, anak sungai...barulah jadi idaman.  Tapi, tak mampu, setakat berkunjung ke halaman tanah orang bolehlah.

Memang betullah, kenapa orang barat sanggup masuk hutan dan tinggal di sana... saya faham.

Indahnya, elokla sesiapa yang inginkan ketenangan bersama keluarga ke tempat alam semulajadi.  Tak perlulah ke tempat yang ada tv dan sebagainya... lebih baik nikmati alam yang indah... seadanya...

No comments:

Post a Comment