ERR... ALAM BUNIAN KA? |
SAYUR KOBIS NI MENARIK MINAT SAYA - SUBUR |
Maaf, saya terlupa.
Memang dah lama teringin nak ke sana, namun, mengenangkan betapa sesaknya jalan nanti, nak memakir kereta pula satu hal, susah dan jauhnya kena berjalan, jadi, terpaksalah saya melupakan hasrat saya yang ingin menambah pengetahun sedikit tu.
Akhirnya kemarin saya tewas.
Kamera saya tak boleh zoom in sangat. Jadi, gambar yang adapun, cuma shot biasa saja. Maklumlah kamera untuk ambil gambar kita gi jalan-jalan je.
Kena beli kamera DSLR ni. Tapi, tengoklah dulu camana. Kamera yang ada ni 'not bad' cuma kalau objek kecik tu tak dapatlan nak besarkan .... nak amek 'close up' jadi kabur.
Jadi, saya sedaya upaya ambil shot yang termampu. Barang diingat, saya taklah ambil gambar banyak sangat, yang mana terlintas di hati nak ambil je, saya 'snap'.
SILA LA MASUK JE |
DI DALAM TU PELBAGAI MAKLUMAT TERMASUK PRODUK YANG DIHASILKAN. SAYA TAK MASUK, LALU JE |
Ini sebenarnya lokasi kedua. Lokasi pertama adalah di pameran IKS berhampiran parkir. Oklah, main terjah dapat la parkir terakhir, alhamdulillah, pusing punya pusing dapat juga satu petak parkir.
Berbalik gambar IKS tempatan, tak ambil gambo, sebabnya, pameran biasa saja dan saya tak nak tekecoh pula si penjaga gerai kalau saya dok amek gambo. Biasa je 'booth' IKS. Jadi, sayapun ke pameran 13 negeri.
Nak tau tak komen saya? Saya fikir mereka boleh buat lebih menarik daripada apa yang ada di MAHA 12. Pameran di sini bagai, buat je dah le. Sepatutnya mereka buat lagi menarik. Tapi, bolehlah.
Menarik juga kobis diatur di sepanjang jalan kaki lima negeri 13. Bagaikan taman.
GERAM TENGOK |
Cantikkan? Sepatutnya di sini, kena letak spesis kobis je. Tak kira la kobis ungu ke, kobis yang daun panjang. Baru pergh.
NI KAWASAN TENGAH DAH |
Saya pulak, main jalan je. Oh ya, di lokasi ini juga antara tempat hentian tram.
Bagi saya, kawasan ini, tak perlu letak bunga, letak je semua jenis sayur-sayuran yang boleh ditanam di Malaysia. ( Hehe, cakap senang, tapi belanjanya cik kak. )
NI KAWASAN HUJUNG - DJ PULAK DOK SIBUK KATA SAYA NAK MASUKKAN GAMBAR DALAM FACEBOOK - HEHEHE SALAH TU DIK |
Tak silap saya, ni tembikai madu? Sayangnya, daun dah wassalam.
KALAU ADA TANAH DI KAWASAN RUMAH MACAM NI, HUH DAH DAPAT IDEA |
Ini sebahagian daripada kebun kecil
ASAM PAYA |
Asam paya atau roselle - buahnya dibuat minuman. Saya dulu ada jiran india. Daunnya depa buat sayur yang dihancur halus.
BENDANG / SAWAH / PADANG |
Ini lokasi paling menarik minat saya. Sebidang kawasan kecil yang ditanam padi. Awesome bagi 'effort' mereka. Cantik. Ha, kalau buat sekebun kecil macam ni untuk sekumpulan tanaman lainkan menarik?
CANTIK PONDOK MOA - CHALET YANG BOLEH KITA DIRIKAN BAGI SESIAPA YANG ADA TANAH LUAS |
Ini pondok MOA. Lupa pula saya nak panjangkan. Dah siap temuramah petugas dalam pondok tu. Kalau masuk kat dalam, bolehlah buat chalet di tepi jeram. Perghh... sungguh saya tak nak balik.
NASIK LEMAK BUAH BIDARA, SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN... |
Ini pula, selasih atau basil (orang putihnya). Buat pa ka pau sedapnya. Tanaman di sini, semuanya spesis selasih, okla, yang jenis daun besar dan kecik.
Cantikkan?
PADI NASI KA PADI PULUT NIH? |
Awesome - untuk MOA yang cetuskan idea supaya orang yang tak pernah tengok sawah merasa berada di zaman sawah padi, hik hik hik
DALAM PONDOK MOA - |
Dalam pondok MOA ni pelbagai maklumat boleh diperolehi mengenai pertanian, pelancongan dan sebagainya. Tanya je.
LEPAS SAWAH PADI, SEKEBUN TEMBIKAI MADU |
Kalaula 'honey melon' tu tak layu, pasti cantik.
KALAU DAUN SEGAR LAGI MENARIK DA BOOM |
KAWAN SAYA ADA TANAM UNTUK DIJUAL - KAT KAWASAN SERDANG JUGA |
Buah ni memang manis. Kira dalam spesisnya, buah ini paling saya suka, dah la manis, rangup. Tapi hey mey (mahal)
GAMBAR TERAKHIR UNTUK BAB INI, NAK AMBIL BANYAK LAGI, TAPI SEGANLA |
Ok, bagi saya menarik juga pameran MAHA 12, tapi, kalau yang nak membeli-belah di sini. Elok bawa troli kecil untuk isi barang. Jauh nak ke parkir. Tram dan bas yang disediakan, sentiasa penuh.
Saya tak dapat bayangkan kalau hujung minggu ni. Memang saya takkan pergi. Mesti sesak. Pastikan jangan pakai kasut bertumit tinggi ya. Pakai je sandal tapak rata atau kasut sukan.
Pameran paling menarik untuk saya adalah bahagian bunga dan tumbuhan serta buah-buahan. Nanti bab lain pulak yer.
Saya tak pergi pula ke kawasan haiwan dan nenas. Huh, nak kena jalan, boleh tahan, tapi, kalau ikut hati saya redah je. Mungkin tahun depan kot. Nak kena pi pagi dalam kul 10 pagi baru la rasa santai sikit.
Saya siap awal, dalam kul 9 pagi, kemudian tunggu kawan aduhai 1 setengah jam. Tak marah, tapi, redha je. Bila nak ke sana, alahai sesat... Ada hikmah tu, sebab tak susah cari parking dan bila berjalan-jalan di sana... saya suka.
Pengangkutan yang disediakan tu bagus. Tapi, kegagalannya adalah, kena ada konduktor yang bertugas dan memaklumkan kepada penumpang kita dah sampai ke mana dan apa lagi destinasi di depan yang nak kita hala.
Ini tidak, tercangak-cangak saya dibuatnya. Apa lagi, bila tengok kawasan pameran negeri 13, sayapun zass turun... hehe orang lain tak turun... semua yang dalam bas tu dok terkial-kial tertanya-tanya sesama sendiri. Nasib baik saya ambil brosur. Tau la serba sedikit.
Ok, berhenti dulu setakat ni, nanti bersambung lagi ye..
No comments:
Post a Comment