Beberapa hari ni, dia agak buntu kerana mengalami masalah kewangan. Mana nak bayar sewa itu ini, dan macam-macam lagilah.
Jadi, dia bertekad, untuk meminta dengan bersungguh-sungguh kepada Allah. Masa itu terlintas nak minta pertolongan orang, tapi, hati kecilnya tetap meronta-ronta supaya mengadu kepada Allah.
Dia mula tidak lagi melopongkan solatnya. Solat wajib seboleh-bolehnya dia dirikan pada awal waktu dan tidak lagi berlengah-lengah seperti sebelumnya.
Surah al Waqiah, solat tahajjud dan solat dhuha menjadi perantaranya untuk berhubung terus dengan Allah.
Katanya untuk melakukan semua itu bukan mudah kepada dirinya. Ada saja bisikan kemalasan menerpa.
Satu hari, dia bangun untuk bertahajjud. Katanya, masa itu dia seakan berperang untuk lewatkan solat malamnya itu ketika hampir subuh. Tapi, katanya, dia selalu terlajak. Bila saja solat malam itu, pada rakaat tertentu, azan subuh dah berkumandang. Dia agak kecewa.
Ketika dia mengadap dirinya pada Allah, terlintas di hatinya, dia kini sedang berhubung terus dengan Allah.
Ketika sujud, dia berdoa bersungguh-sungguh. Mengadu sungguh-sungguh, memohon keampunan Allah. Dia ingin menjadi insan yang baik. Dia pohon supaya Allah memberi hidayah dan membantunya. Juga dia memohon agar masalah utamanya terbelenggu.
"Ya Allah, aku dalam keadaan amat terdesak, tolonglah Kau dengar dan makbulkanlah doaku. Kerana tika ini aku tahu, Kau amat dekat denganku dan hanya Engkau yang mendengar permintaan, pengaduanku....(seterusnya...) dah tak ingat.
Memang Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih.
Paginya, dia mendapat panggilan daripada kenalannya. Setelah bertanya khabar, tiba-tiba yang membuatkan dia terkesima... temannya itu menawarkan pertolongan. Biarpun dia tidak menyatakan masalahnya. Itulah teman sejati, tidak berkira semasa susah atau senang.
Memang benar, Allah yang memberi rezeki daripada arah tak disangka-sangka, jika kita bertawakkal dan ikhlas dalam beribadah kepadanya dan meninggalkan dunia laqo.
Sebelum pulang, beria-ia dia berpesan kepada saya. Buatlah ibadah kepada Allah dengan ikhlas. Mengadulah kepada Allah. Jangan tinggal solat wajib, serta solat sunat yang dianjurkan. Juga bacalah Quran selalu.
Katanya, di sujud Tahajjud doanya dimakbul Allah. Padahal dia baru buat sedikit dan katanya malunya kepada Allah kerana selama ini dia alpa dengan dunia.
Alhamdulillah, hari ini saya mendapat ilmu Allah dan saya juga anggap ia sebagai pesanan daripada Allah.
Terima kasih A, kerana tidak lokek dan sudi berkongsi pengalaman paling berharga dengan saya.
Di sini juga, saya gembira berkongsi pengalamannya dengan anda.
No comments:
Post a Comment