Assalammualaikum,
Selamat pagi. Hari ini saya datang awal juga ke pejabat. Anak saudara perempuan bertandang ke rumah semalam. Saya menjemputnya dari Terminal Bas Dan Teksi di Shah Alam, Seksyen 17. Dia balik dari Pulau Pinang.
Pejabat macam biasa, agak lengang. Saya tak faham betul dengan budak-budak sekarang. Kerja sambil lewa. Asal buat. Bila kita tegas dikatakan kita ni garang. Bila ditegur tarik muka masa.
Gunalah cara apapun, mereka tetap pandai auta.
Amanah dan tanggungjawab diberikan tidak dipikul dengan baik.
Dengan manusia bolehla tipu, dengan Allah tanggung sendiri.
Pejabat idaman |
Sekarang ni ada 3 orang yang bermasalah. Ponteng, mengular, hilang dan segala bagailah perkataan bagi yang curi masa bekerja.
Datang dahla lewat, lewat yang teramat sangat. Paling awalpun tengahari. Selalu saja masuk petang. Pukul 4 petang. Amat melampau. Sering juga tak masuk.
Ada je alasan yang tak sudah. Gaji nak pula penuh. Bila datang tu, mak ai, macam dia sorang je yang sibuk.
Sekarang ni, kami pula yang terpaksa membuat kerja-kerja mereka.
Kemas dan teratur memenangkan kita semasa bekerja |
Kesilapan besar yang membuatkan mereka begini, disebabkan ada orang yang tak pandai mengurus. Melayan pekerja macam kawan, eh, macam adik. Jadi, apa lagi, naik tocang le.
3 orang ni memang bermasalah. Kerja taklah hebat mana, selalu 'over the deadline'. Bahasa hancus, suntingan visual hancus apa lagi 'time management'.
Geram betul, bila telefon suruh datang kerja, siap bagi alasan, tak boleh datang awal, kalau tengahari bolehlah. Ada yang siap cakap ok, on the way. Amboi, setakat dari Kajang ke Petaling Jaya takkanlah dari pukul 11 pagi telefon, sampai pejabat pukul 4 petang? Agaknya budak ni jalan kaki kot.
Semalam apa lagi, terus saya cakap, hah.. diva dah sampai. Eh pandai pula tarik muka masam. Semalam datang pukul 4.30 kot. Bukan pagi ye.. itu waktu petang. Nak kata syarikat ni milik keluarganya, tak juga.
Itulah bila saya tegas, ada yang kata, biarlah... sekarang? Nak pula kita ambil tindakan? Bijakkah dia?
Dulu saya ni agak 'out spoken', tapi bila pihak pengurusan menyebelahai mereka. Saya didiamkan. Baguslah, sekarang baru pihak pengurusan sedar kot. Ramai pula yang datang ikut suka hati, tak datangpun ikut suka hati dan paling sakit hati ada yang bekerja dari rumah... mak ai... senangnya....
Dengan kita mereka berkira sangat... tapi, dengan orang lain? Apapun, saya anggap Allah berkehendakkan saya ditegur supaya saya tidak menjadi alpa dengan perkara-perkara laqo...
Alhamdulillah, rezeki Allah beri pada saya bila saya perlukan amat sangat.
Terima kasih Allah kerana Engkau sentiasa bersamaku.
No comments:
Post a Comment