Alhamdulillah, hari ni masuk hari keempat kita berpuasa. Kena pula hari ni tak kerja.
Layan tengok tv. Tak sangka, rancangan tv tak ada yang menarik hati sangat dah. Semua tahap, biasa.
ringkas cepat tapi sedap |
Tengok jam, dah dekat pukul 7 malam. Aik? Cepat pulak rasanya. Memang takdak niat nak pi beli makanan kat bazar ramadhan pun sebab tah...tak menarik hati sangat.
Pi belek kat peti ais, ada la sebungkus kecik mee, tak ingat ada apa lagi kat dalam peti ais tu.
Ni nak bagi resepi untuk sorang makan na...
Alamak tengok lagi, telur dah tak dak, ingat nak buat bihun tapi, takdak cabai kisar pula. bihun esok kot.
Takpalah dok cari sana cari sini, tup tup, jumpa la udang kering sikit. Hmm... aha... tiba-tiba try nak buat mee hailam... udang kering je.. udang segar takdak, tak pa, kali ni semua nak try masak campak-campak.
Tak payah rasapun sebab bila makan dah sedap. Lagipun saya main campak bahan, tak sangka menjadi... jadi kat bawah ni saya bagi anggaran sukatan untuk masak.
Bestnya, tak sampai 10 minit dah siap, jadi, bagi sesiapa yang tak tau nak masak apa, cubalah. Kalau nak tambah bahan seafood lagi baguih no... tapi, disebabkan saya malas nak keluar, jadi saya ambik apa yang ada kat peti ais je...
Bahan-bahan
1 bungkus mee - anggaran seorang makan
1 1/2 sudu besar udang kering - tumbuk
1 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 camca teh lada hitam - tumbuk
1 1/2 camca besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 cawan air
2 sudu besar minyak
(Eloknya boleh masukkan sayur sawi ke) kan saya dah kata ni bahan apa yang ada saja...ringkas
(garam kalau nak bubuh pun boleh - tapi, bagi saya tak payahlah sebab dah masuk kicap dengan sos tiram, udang kering kan dah masin)
(kalau takdak lesung batu - blend saja, tapi jangan halus sangat, kira bagi blend kasar)
Cara buat :-
1. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumbuk (semua sekali)
2. Tumis, Bila dah naik bau dan bahan dah masak, masukkan air, kacau, lepas tu masukkan
sos tiram, kicap...
3. Bila dah mendidih, masukkan mee.
4. Mendidih je, angkat, masukkan dalam pinggan -
5. kalau nak, boleh pecahkan telur - make sure telur tu jangan pecah telur merahnya - pecahkan perlahan-lahan, letak betul-betul kat kuah sikit, bila separuh masak angkat...biar ia masak sendiri kat kuali...
No comments:
Post a Comment