Semalam, 29 Jun 2012, saya ke Hulu Yam. Tapi, kali ni bukan untuk bermandi-manda, saya ambil air mata air yang terkenal di kalangan orang yang pernah ambil air tu.
Lupa pulak nak bawa kamera. Kebetulan, semalam saya seorang je perempuan. Sebelum pergi tu, saya selawat banyak-banyak dan berzikir dengan beberapa zikir supaya Allah mudahkan keinginan saya tu.
Alhamdulillah, orang tak ramai dan saya tak perlu menunggu lama. Saya seorang sahaja melayu waktu tu. Yang lain cina dan india.
Saya lemparkan senyuman tanda... 'hai'. Takkanlah saya nak buat sombong. Semua mereka peramah belaka.
Ada 4 je lelaki cina waktu saya sampai dan mereka menadah tong air mereka sambil bersembang-sembang. Sayapun apa lagi, sambil tu saya tanyalah berapa lama mereka dah minum air tu.
Sambil bersembang, ada pula 2 lelaki cina singgah nak ambil air. Mereka pun menjawab le soalan saya mengenai khasiat air mata air tu.
Salah seorang daripada mereka memaklumkan saya yang seorang sahabatnya pernah membawa sampel air untuk ujian. Kandungan e-coli ada juga... saya terkesima la sekejap... alamak. ada e-coli.
Sambungnya lagi, jangan bimbang, itu cuma sikit saja.. 0.001% only sikit sangat. Tapi, kandungan oksigen 20% lebih.
Di sini, saya dipermudahkan untuk ambil air. Maklumlah dah bermacam-macam cerita saya dengar. Ada yang dirompak. Takut juga. saya serah diri Allah jaga saya.
Alhamdulillah penyerahan diri saya kepada Allah semalam memang dijaga oleh Allah sampai nak balikpun semuanya membantu saya, bila penutup botol jatuh ada yang ambilkan.
Syukur ya Allah.
Sekarang bolehlah saya minum air mineral yang ada bahan-bahan galian dan juga akar-akar pokok dari bukit kecil tu.
No comments:
Post a Comment