Saturday, June 30, 2012

ke sungai sendat berekreasi



Minggu lepas, seronok betul bila saya dan teman sepejabat berekreasi di Sungai Sendat, Hulu Yam.  


Sukanya saya ke situ kerana tak ramai orang sangat dan yang menariknya, air nak mandi-manda tu berbaloi dalam la juga.


Sampai saja di Sungai Sendat, terus buka bekalan makanan yang dibawa.  Fuzzainnee pula yang siapkan makanan untuk barbeku.  


ha, ni denai nak ke kawasan 'port best' kami

Yang lain pula sambung barbeku.  Saya pula tinjau kawasan.  Alamak, tempat yang dipilih tu dalamnya setakat dada itik... Air cuma separas betis... ish... bukan pilihan saya.


Ni baru sikit je, ciptaan Allah yang saya kagum


Memang menarik tempat yang kami dapat tu, ada wakaf kosong. Okla untuk duduk bersantai.  Tapi, saya tetap suka nak mandi-manda.

Siapa tak tergoda tengok air cam ni?



Saya tahu 'port' menarik yang pastinya tidak akan mengundang orang untuk ke situ.  Airnya pula, memang sesuai... boleh terjun... dan saya tidak pilih di kawasan air terjun... di situ jadi tumpuan ramai... susah la nak mandi sikit, ramai... lagipun segan la...
Kalaulah saya dapat bina rumah di sebalah jeram ni

 Nasi lemak yang dibawa Zai memang sedap, dalam dok rancang bawa ala kadar sampai jadi berkadar-kadar.  Mana tidaknya, saya bawa mee hoon, zai bawa nasi lemak, sambal tumis bilis, sayur campur goreng,  paru goreng, dan udang, sotong serta ayam untuk barbeku.  Tak ke banyak tu.


Gambo terbalik la pulak, inilah makanan kami ...sedap semuanya


Kami semua dalam 10 orang dan campur 4 orang kawan Diela.  Sepatutnya ramai lagi.  Biasala... ada yang tak mahu menyempatkan diri bersama kami untuk bersantai.


Ramai chef yang nak masak... saya apa lagi... pelan-pelan undur cari port mandi 


Gambar jeram kali ni tak banyak la pulak, sebab saya lebih tumpukan perhatian berendam dan berenang (walaupun setakat 3 meter je dapat berenang...hehehe)  tapi kawasan tu luas juga.  

ni wayang jer

Maklumlah, dekat pukul 1 petang baru dapat mandi, walaupun saya keluar dari rumah awal tetapi biasalah bila dah janji beramai-ramai, kena tunggu lagi ... jadi sampai di situ dalam pukul 12 lebih.  Risau la juga takut takde tempat...

nampak simple tapi sedapnya kalah hotel



Air jeram waktu tu taklah sejuk sangat, kira oklah.  


Tapai ni kegemaran saya.  terima kasih Sally

Saya kalau ke tempat mandi manda, sanggup berada dalam air berjam-jam lamanya.  Manakan tidak, bukan senang nak sampai selalu...

Syurga dunia

Tak kiralah laut ke, kolam ke, sungai ke.  Tapi, ada la syarat pula, kalau orang ramai sangat tak berminat, bukan apa, tak selesa.  


Eh hello, mana ada tempat awam orang tak ramai? Betul tak?  Saya ni ngada-ngada sikit.  Tapi, hakikatnya bila tak ramai orang sangat, 'privacy' la sikit.



Airnya memanggil-manggil saya untuk mandi


'Port' pilihan saya tak ramai yang tahu kot, sebab takde pula orang nak join.  Yang penuh di bahagian air terjun dan kawasan separas dada itik tu. 
Sedap, tapi sempat rasa dua ketul kecik...itupun ihsan Sally bawakan untuk saya yang mabuk mandi

Saya pula kalau ke kawasan macam ni, rajin sikit tinjau kawasan yang menarik.  Bukan apa, kena rajin cari.  Kalau tak, rasa terkilan.  Itu pun jika saya rajin la... tapi, bab ni memang rajin ler...


Duyung darat...wani


Kalau sampai ke kawasan ini jangan harap la saya  nak bersembang.  Saya akan tenggelam di dalam dunia saya sendiri.  Saya bukan melayan perasaan.  Saya menikmati alam ciptaan Allah yang menakjubkan.  

Tak tahu siapa ambil gambar ni... 


Kalau kita terlalu sibuk dengan kerja.  Jangan terlalu ikut hati tanpa mahu mensisihkan masa untuk merehatkan minda.  


Nak tak nak, kena juga cari masa.  Masalah saya, nak cari kawan yang berminat untuk beriadah.  Saya tak berapa suka membeli-belah atau ke pusat beli-belah... lagipun buat apa nak ke kawasan yang mungkin menyendatkan lagi otak kita...hehehe

itu dia...melayan kegembiraan
Kalau saya ada kawan, saya akan selalu datang ke sini.  Insyaallah... 

No comments:

Post a Comment