Monday, June 18, 2012

rindunya pada bapaku


Apa lagi yang patut aku catatkan?  


Bapaku adalah bapa yang terbaik di dunia.  Biarpun dia telah kembali ke Rahmatullah, aku masih rasa dia ada bersamaku.  


Aku masih ingat lagi, semasa kecil aku sering dibawanya ke mana-mana.  Ya lah, aku anak yang paling bongsu, kira manja sikitlah.  Tapi, bukan dimanjakan.  


Buktinya, aku tidak bergantung sangat kepada keluarga.  Kebanyakan perkara aku putuskan sendiri. Biarpun susah, jarang sekali aku minta bantuan keluarga termasuk kalau di rumah jika aku nak baiki sesuatu yang rosak.


Bapaku ini seorang yang tidak pernah merungut kalau hal anak-anak.


Aku masih ingat, dialah yang sering ke pasar basah, atau 'market' (orang Pulau Pinang panggil market - hehehe pengaruh orang putih kot - penangan si Francis Light).


Selalunya bila dipesan beli itu ini, dia angguk, tapi bila dia balik je ada je yang kurang.  Yang tak sanggup kita nak buat, dia akan pergi lagi, kadang-kala sampai tiga kali.


Mungkin anda yang membaca akan kata. Oh itu normal je.  Ehh, tunggu dulu, dia berjalan kaki ok?  Dari rumah ke pasar basah tu dalam 2 kilometer lebih.  Ha..sanggup?


Lagi satu bab makan.  Dia teramat rajin masak.  Dia jenis suka 'explore'.  Dia memang pandai masak.  Sedap.  Aku warisi bakat masak daripada dia agaknya.  Dah banyak resepi aku cipta.  Bila balik kampung, aku masak... ha...semua suka.


Tapi, aku ni, satu masakan je aku tak pandai.  Rendang.  Tak pernah cuba pun hehehe.  Tapi, aku suka rendang nogori yang ada hirisan daun kunyit, siap warna kunyit lagi.  Itu yang paling enak.  


Bapaku ni, dia suka masak sup.  Sup tulangnya adalah yang terbaik, kalah Ani Sup Utara. Silapnya aku, aku tak ambil resepi dia.


Bagaimanapun, aku agak kesal kerana aku tak jaga dia masa dia terlantar sakit.  Aku bukan taknak jaga, tapi disebabkan aku bekerja.  


Walau kanser yang menyerangnya semakin parah.  Dia tidak pernah merungut.  Ahh...kenangan itu masih menerpa...


Aku sayang bapaku..


(to be continued, tak boleh la nak tulis lagi.. rind la pulak, air mata tergenang ni)


Moga roh bapa dirahmati Allah dan ditempatkan di syurga bersama orang-orang yang beriman.



No comments:

Post a Comment