Yang ni pokok di sebelah tepi rumah. |
Assalammualikum,
Amboi, lama betul saya tidak kemas kini blog saya. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja. Amanah perlu saya tunaikan.
Kali ini saya nak tunjukkan kepada pembaca, betapa bertuahnya saya kerana ada kampung. Manakan tidak, tanah yang sekangkang kera itu memberi hasil yang lumayan. Eh, bukan untuk jualan tetapi untuk kami penghuni di tanah itu sendiri.
tunggu masa untuk dikerjakan. |
Saya ini jenis sukakan suasana kampung yang amat sangat. Tak kiralah, ulam ke, ikan darat (sepat, haruan, puyu) memang kesukaan saya. Tak kisah walau ada orang tak lalu makan kerana hanyir, tetapi, seumur hidup saya makan berlaukkan ikan tu semua, tak pernah pula jumpa yang hanyir. Kalau tak nak hanyir cuci betul-betul
alamak, tua sikit, yang ni sesuai dibuat lempeng, tapi yang inilah airnya manis. |
Sewaktu di kampung, yang menjadi kegemaran saya adalah minum air kelapa muda. Sedap betul, bila dapat kelapa yang asidnya agak banyak, manis.
Kalau balik ke kampung, sayalah yang rajin menghabiskan kelapa di pokok. Tak pernah habis pun walau 2 minggu berturut-turut saya minum kelapa muda hehehe.
Mujur pokok kelapa yang ada di sekeliling rumah saya agak rendah, walaupun sekarang tak boleh capai dengan tangan begitu saja, tapi dengan galah buluh yang taklah panjang sangat.
Seronok juga bila dah dapat beberapa biji. Selalunya setandah saya kait. Tapi, sebelum tu bila ambil sebiji, saya akan 'test' dulu muda ke atau terlalu tua. Selalunya saya pas. Sedang elok jer dapat air kelapa muda.
Betul tu. Best duduk kat kampung. Macam-macam boleh bercucuk tanam. Pokok Kelapa memang wajib ada kat rumah.
ReplyDelete