Memang betul, hanya Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Hari ini, saya terpanggil untuk mencoret sedikit hal manusia yang suka mereka cerita.
Bulan lepas, saya mendapat panggilan daripada seorang rakan bertanyakan ke mana menghilangnya saya.
Tambahnya lagi, ada beberapa rakan yang memberitahunya yang saya tidak menjawab panggilan telefon mereka dan seolah-olah ingin menjauhi mereka.
Hm.. terkedu seketika. Maklumlah selama ini tak pernah pula saya menerima panggilan telefon mereka waima ...che wah... guna waima lagi tu..heheh... menerima sms mereka.
Yang peliknya mereka inilah yang banyak tak puas hati dengan penghijrahan saya ke stesen tv baru. Mereka memang tak suka melihat kejayaan orang lain. Ini bukan tuduhan, tapi ramai penyampai berita dari stesen tv lama memaklumkan kisah mereka.
Tak kisahlah. Saya ok je. Alhamdulillah, rezeki di tangan Allah. Saya tak hipokrit. Saya tidak mengiakan kerja orang jadi kerja saya. Bila bos puji hasil kerja, itu adalah kerja saya, bukan yang disunting visualnya oleh orang lain. Daripada A hingga Z, titik peluh saya. Saya bukan macam mereka, mahukan pujian sanggup menidakkan hasil kerja orang lain. Kesian....
Kenapa saya bangkitkan hal hidayah ini? Sebabnya antara mereka yang membuat cerita rekaan... telah beberapa kali ke Makkah menunaikan haji dan umrah. Hasilnya? Perangai masih tahap itu... tahap pekerti tidak menjadi bertambah baik.
Ada ke mereka memberitahu rakan saya yang saya tidak pernah membalas panggilan telefon mereka dan juga sms. Malah mereka mengaku kononnya mereka sering menghubungi saya. Aduh... nampak sangat penipunya.
Saya tidak pernah menerima sebarang mesej mereka tu. Kalau nak buat cerita rekaan, agak-agakla. Saya tahu sebenarnya mereka tu nak tahu perkembangan diri saya kerana rakan saya tu agak rapat dengan saya. Cuma beberapa ketika kami tidak berhubungan kerana dia dan saya sama-sama sibuk...
Saya pulak kalau orang selalu sibuk saya segan pulak nak hubungi sampailah mereka sendiri menghubungi saya semula.
Tapi, yang pasti, kalau sesiapa telefon sayapun, saya akan telefon semula kalau tak sibuk. Kalau panggilan itu penting, sesiapa yang telefon lebih 2 kali saya akan balas atau jawab. Setakat sekali je, bila saya tak sibuk, barulah saya hubungi mereka semula.
Ubahlah perangai tu. Janganlah membuat kisah yang tidak didengar. Bila kita dah menerima panggilan Allah ke tanah suci berkali-kali, bermaksud, hati kita semakin bersih.
Itu pandangan saya. Tak elok bermuka-muka. Tak elok menaikkan ego sendiri. Saya tahu.
No comments:
Post a Comment