Monday, June 18, 2012

nilai murni dah hilang...

Assalammualaikum,


Hari ini saya agak awal ke ofis kerana menghantar anak saudara ke Kolej Mawar di UiTM Shah Alam.


6.56 pagi dah keluar dari rumah.  Oklah sampai ke kolej tu sebelum 7.30 pagi.  Mujur tak macet  aka jem. Tapi, bila balik, ya ampun...agak jem...


mujur kenderaan bergerak juga


Sampai di ofis, saya terus nak masuk pintu belakang.  Alamak berkunci, tapi, saya tahu orang yang buka pintu ofis, dah pun sampai.  Kebetulan, dia duduk agak dekat dengan pintu belakang tu.


bas yang memotong kereta saya.. amboi mentang mentand dia besar


Saya ketuk dengan kuat, bunyi sampai kat luar.  Tiada jawaban.  Saya ketuk lagi.  agak kuat.  Tapi tiada tindakbalas.  Saya cuba lagi buat kali ke3 dengan kuat lagi hinggakan pencuci pejabat yang ada bilik di belakang, datang jenguk.  


Fahamlah saya, ketukan saya memang tak diendahkan.   Saya tahu dia ni jenis yang macam tu lah.  Nak komen agak mungkin keterlaluan.  


Jadi, saya teringat Allah.  Oh.. Allah nak saya berjalan sikit lagi masuk ke pintu depan. He he he.  No sweat!


Tapi, kalau diikutkan, nilai murni memang dah hilang.  Sikap tidak peduli memang terserlah.  Takkanlah tak dengar langsung.  Susah sangat ke nak tolak engsel tu?  


Entahlah.  Saya lihat sekarang ni ramai yang bersikap mementingkan diri.  Bagi saya orang yang macam tu, ada masalah.  Kalau mengikut Dr. Muhaya, orang yang sebegini bersikap tidak peduli banyak masalahnya.  Kesian.


Apapun, rebutlah peluang untuk mendapat pahala.  Allah nak beri percuma, tapi, kita buat tak tahu.  Mungkin pahala ini penting.  


Katalah, kalau tadi pintu dibuka, ha, nanti bila tiba masa dia pula, Allah akan permudahkan.  


Saya percaya, setiap perbuatan Allah akan balas.  Cuma cepat atau lambat sahaja.


Kita nak kutip pahala mudah aje.  Buat perkara baik akan dapat 10 pahala, jika tak silaplah.  


Apapun, saya akan cuba sedaya upaya menzahirkan sifat murni yang ada pada diri.  Saya percaya ramai yang ada sifat murni.


Jadi, usahlah pentingkan diri sendiri.  



No comments:

Post a Comment