Tuesday, September 4, 2012

hak orang rezeki sendiri?


Assalammualaikum,

Pelik juga raya ni mak tak sibuk dah nak pergi ke rumah Makcik Bun.   Selalu kalau raya, atau balik bercuti, mesti beria-ia dia nak pergi ke sana sampai kekadang marah kat aku balik.

Selidik punya selidik...hmm...kecik hati rupanya.

Pertama.  Mak kecil hati sebab masa pergi kenduri Makcik Bun, mak demam tak sihat, jadi, dia tak makan nasi kenduri.  Tapi, mak nampak anak-anak Makcik Bun sibuk bekalkan kepad Maksu Ani.  Mak tak cemburu tapi, mak hairan kerana layanan Maksu Ani kepada keluarga Makcik Bun semua saudara mara tahu...kira tak dipandang sangat... tah la.

Bila balik dari kenduri, Kak T tanya, eh, kenapa Makcik Bun tak bagi nasi kenduri untuk mak?  Padahal semasa di rumah kenduri, orang-orang lain diberi nasi kenduri untuk dibawa balik...kecuali mak.  Mak tak dapat rezeki kot hari tu.

Yang kedua pula.  Rupa-rupanya anak Makcik Bun, Syuki dia mai ambil nyor di rumah kami,  Katanya nyor itu untuk dibuat ketupat, inti pulut udang, inti pulut kukus dan kuih lain-lain lagi.

Rasanya salah mak juga.  Masa Syuki nak bagi duit RM15, mak tolak dengan baik.  Bukan mak sombong, tapi, mak ikhlas sedekahkan bahagian nyor yang diambil tu untuk pahala sedekah kepada pak.

Tapi, mak ada kiaskan pada Syuki.  Tak apalah Syuki, kali ni Mak Ngah tak ambil.  Mak Ngah nak sedekah untuk Pak Ngah.  Tapi, kalau Syuki kait nyor nanti, yang tu Mak Ngah nak la... sebab Syuki buat jual.  Itulah serba sedikit yang mak bagi tahu aku, apa yang dikatakannya pada Syuki.

Mak kata dia bukan kedekut.  Tapi, disebabkan nyor di rumah dah beratus-ratus biji Syuki ambil untuk buat berniaga mak naklah bahagian tu.  Lagipun, semua nyor di keliling rumah tu Pak yang tanam.

Kalau buat makan, mak kata dia halalkan dunia akhirat.  Sebab taknak berkira kalau orang guna nyor tu untuk makan.

Tapi, mak terkilan sangat, sebab sampai sekarang seduit pun Syuki tak hulur.  Dahla dia ambil nyor dah beratus biji sejak dari sebelum bulan puasa buat jual kuih.

Lagi mak terkilan, nyor di atas pokok pun Syuki ambil, termasuk yang tak betul-betul masak lagi.  Amboi. Mak kata agak-agakla...

Kadang-kadang tu sampai bawa balik cop (alat untuk kupas kulit kelapa) ke rumah dia.  Ish, sampai macam tu.

Mak kata dia tak nak la 'sound' nanti gaduh dan jadi ungkit sampai semua orang tau buat apa.  Betul juga.  Sebab dia orang ni kalau gaduh, bukannya nak muhasabah. tapi, mesti dok tengok orang lain salah punya...walaupun mak ada hak.  Rasanya kalau pembaca di tempat mak, sure mengamuk jugakan?

Mak juga terkilan sebab dia fikirkan silaturrahim dan ikhlas.  Tapi, keluarga Makcik Bun tak ikhlas.  Betullah macam saudara lain cakap, Makcik Bun baik dengan kamipun sebab ada makna.

Mak tak percaya sebab dia memang kesian kat Makcik Bun kerana dia susah dari dulu.  Tapi, baru-baru ni mak dapat tau Makcik Bun taklah sesusah yang diceritakannya.

Makcik Bun dapat duit belanja daripada Yati RM450, duit bantuan RM350, lepas tu beras, minyak, susu, gula,  kopi ada bantuan tiap-tiap bulan.  Kira tak la susah sangat..  Pakcik pun dapat RM350, kira tak susah la.

Yang abang M dok sedekah tu kira lain.  Mak hairan juga kenapa Makcik tak cerita pasal abang M sedekah kat dia, pakcik dan Syuki.  Bukan tu saja, Makcik Bun banyak rahsia tak kongsi dengan mak.   Mak bukan apa, dia anggap Makcik Bun ikhlas dengannya, sekarang baru dia tahu.  Orang baik ada makna.

Abang M pun pernah cakap kat Syuki, disebabkan Syuki selalu ambil nyor, eloklah pokok-pokok nyor tu dibaja supaya nyor besar.

Nak tau apa Syuki jawab?  Boleh.  Abang M keluar belanja beli baja dia tolong tabur.  Amboi.  Cerdik.

Hasilnya...dia sapu.

Kali ni nyor tu aku dah tak bubuh garam dah.  Selalu kalau balik aku mesti tabur garam keliling pangkal pokok nyor supaya santan rasa lemak.

Betul.  Sebab tu aku suka minum air nyor kat rumah aku.  Terutama yang isinya keras tak lembut sangat... yang sesuai buat tempek tu.  Pergh.. kalau dapat air yang tu, sedap....

Mak kata pernah Syuki hantar kuih tak habis waktu malam kat mak.  Mak kata cuma kuih ketayap je yang boleh tahan sedap.  Kuih muih lain tak berapa sangat.  Sedap lagi hak yang orang jual kat hujung jalan di simpang nak masuk ke Padang Cempedak.

Itulah mak.  Tak sangka pula Syuki tu macam tu.  Ambil nyor macam pokok sendiri.  Mak kata sekurang-kurangnya dia bayar separuh pun jadilah.  Kalau sekali mai ambil 20 biji nyor, Syuki bayar cuma untuk 10 biji, dia pun tak kisah.  Tapi, sampai la ni sesen pun mak tak rasa.

Mak terkilan sangat sebab depa guna nyor tu untuk buat berniaga.  Kalau makan, ambillah.  Mak tak kisah.

Bukan sikit Syuki ambil nyor tu, dah beratus-ratus biji.  Tapi, kait nyor, guna galah kami.  Kupas nyor guna chop kami.

Kesian mak.  Dulu ada saudara mai ambil nyor untuk jual, tapi, dia cuma bagi kat mak hasil jualan tu sekali je.  Tapi, kisahnya ambil nyor berkali-kali sampai beratus-ratus biji.  Sekarang ni dia dah tak mai ambil agaknya dia dah tau pasal mak dok cerita hal dia kat saudara mara lain.

Mak tak sengaja bercerita.  Jiran-jiran yang juga saudara mara kami dok tanya mak jual sebiji nyor tu berapa.  Mak cakaplah dia cuma dapat berapa je itupun sekali daripada berkali-kali orant tu datang ambil nyor.

Agaknya orang Melayu kita ni macam tu kot?  Ambil hasil tanaman orang, lepas tu bila dapat untung untuk diri sendiri saja.

Nak makan ambillah berapa banyakpun, tapi, kalau untuk berniaga, agak-agaklah.



No comments:

Post a Comment