Sunday, September 16, 2012

resepi masak lemak labu dan udang

Assalammualaikum,

Layan tv semua saluran siaran percuma tidak menarik hati. 

Mengintai ruang di peti sejuk, tetiba teringin la pulak nak makan labu kuning masak lemak dengan udang.  Labu masih ada, bawang ada, cili tak ada, udang lagi la takde dan yang penting, santan pun dah habis.

Inilah masakan paling senang dan sedap dimakan bersama nasi panas... dan ikan goreng kunyit.  

Kalau kita nak rasa sedap masakan tu, jangan lebih daripada 2 mata utama lauk pauk.




Masak lemak labu ni senang sesangat.  Campak je, jadi.

Jom cubalah. 

1.  Udang sederhana besar dalam 10 ekor
2. Labu kuning - ikutlah nak banyak mana - kalau nak makan dalam 4 orang, separuh labu je dah cukup ( potong dalam 1 inci saiz labu tu)
3. 2 cawan santan cair
4. 1 cawan santan pekat (kalau boleh guna santan segar )
5.  1 labu bawang besar ( kalau besar belah 4, kalau sederhana belah 2 je)
6.  4-5 biji cili padi, kalau taknak hiris sebiji cili merah (hiris serong?
7. 1 sk garam (saya campak je tak ikut sukatan)
8.  Kalau nak lagi sedap masukkan segenggam udang kering tumbuk.

Cara masak.

1.  Masukkan labu kuning, bawang, cili dan santan cair - masak hingga mendidih
2.  Bila sahaja dah mendidih, kecilkan api, masukkan udang dan santan pekat
3.  Supaya santan tak pecah minyak, kacau sekali sekala  hingga mendidih perlahan-lahan.
4. Tutup api.  Hidangkan

Saya ratah masakan ni macam tu saja.  Saja tak nak makan nasi.  Cuba kurangkan makan nasi.

No comments:

Post a Comment