ubat fizikal |
Sejak dari hari Khamis, saya dah mula sakit kepala. Rasa berat sangat dari belakang leher hingga ke ubun-ubun.
Rasa nak baring je, tapi, tak boleh ikut hati sangat. Tak boleh juga. Sampai hari ni sakit kepala. Tak boleh nak keluar rumah. Membaca, apatah lagi, terus ke mata sakitnya. Eh, takkan migrain kot? Tapi, memang tak enak rasa di kepala.
Kena rehat.
Tah, rancangan tv tak ada yang menarik langsung. Ulangan banyak. Google tengok resepi yang menarik. Rasa hati memang nak buat dan buat dah pun. Cuma tak upload masukkan dalam blog jer. Rasa malas mula menyerang.
Hati rasa nak keluar ke rumah abang di Hulu Langat, tapi, tak terdaya la pulak.
Saya perlukan ubat, tapi, saya tak suka makan ubat...
Elok bersantai aje kat rumahlah.
Bila tengok penceramah agama di tv, terimbas beberapa komen dari kenalan terdekat. Tak sangka pula, sesetengah daripada mereka dah menetapkan harga jika ada yang ingin memanggil mereka untuk mencurah ilum, mereka telah menetapkan harga sekian. Mak ai, mahal la juga. Tetapi, tak kurang juga memberi ilmu seikhlas mereka dan menerima pemberian seadanya, oklah tu untuk duit minyak dan melepas dahaga. Akhirat, pasti dapat.
Ada seorang penceramah wanita al hafiz. Memanglah caranya menarik, tapi, yang tak menarik, tinggi pula bayaran yang terpaksa dikeluarkan jika ingin memanggil dia untuk berkongsi ilmu. Malangnya, sikitpun dia tak nak kurang. Kecewa betul penduduk di Shah Alam tu.
Penceramah ni boleh dikatakan berpendapatan tinggi la juga. Dia ada buka kelas tahfiz, sewa banglo dia dapat agak murahlah juga, tapi, tuan punya banglo terkilan, dia culas bayar sewa. Kesian.
Biarpun ceramah aka tazkirah yang diberikan kepada kita menjurus kepada berbuat baik dan menarik pahala untuk balasan akhirat, berlainan pula yang berlaku pada dirinya. Mungkin, itu ujian yang Allah beri kepadanya.
Itulah kelebihan yang diberikan Allah kepada hamba-hambanya yang akhirnya dapat meraih rezeki dengan mudah... tapi, perlu berasaskan ilmu agama yang tinggi di dada.
Ramai yang ingin mengubat hati...
Andai Rasulullah SAW berada ketika masyarakat Seksyen 26 Shah Alam dahagakan ilmunya dan dia pula tak nak berkongsi jika tidak dibayar jumlah tertentu...camana ye
No comments:
Post a Comment