Monday, September 17, 2012

bertudung sekadar fesyen?


Alhamdulillah, ramai wanita Islam dah bertudung menutup aurat.  

Tapi, ada juga yang tak berapa faham menutup aurat dan bertudung.  Saya tidak berniat untuk menyentuh hal peribadi sesiapapun.  Itulah hakikatnya.  Bila berada di mana-mana, memang bertudung, tapi cuma menutup rambut...

Ada pula yang terlalu nak berfesyen, alih-alih...jadi lain la pulak... fesyen macam benggali atau somalia menjadi pilihan... 

Yang menyakitkan hati, apabila ada wanita Islam sendiri menyatakan... ah..aku rimas nak pakai tudung tutup-tutup dada ni... panas... aku pakai ni pun dah cukup baik...

Amboi, siapalah kita nak berkata begitu?  Itu kan perintah Allah?  Panas dunia kita dah tak tahan... apakah kita tahan dengan panas api neraka yang hitam itu?

Saya pernah bertemu dengan beberapa insan yang pendek akal.  Terlalu rendahnya mereka memandang kepada wanita bertudung.  

Ada pula teman sekerja pernah berkata.  "eh, orang pompuan bertudung ni kalau nak masuk Amerika susah...nanti dikata pengganas.. ekstrim Islam sangat.."  geram saya dengan kenyataan yang takde fakta tu...

"Eh, siapa cakap?  Aku pernah pergi sana la... walaupun tak bertudung depa check habis-habisan... habis tu yang lelaki kena bukak tali pinggang, bukak kasut... semua bangsa la... kena bukak... pompuan orang putih pun kena bukak baju jaket..."  saya imbas kembali pengalaman saya semasa di LA.

Lagipun itulah prosedur di sana.






Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" 

Bagi saya, kalau tidak banyak ilmu, janganlah memandai nak bagi pendapat... 

Pengalaman seharian melihat ramai wanita yang pelbagai karenah sedikit sebanyak menginsafkan saya.  Juga ia menjadi peringatan bagi saya supaya saya tidak bersangka buruk kepada mereka.  Lebih baik kita berdoa, mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka untuk menjadi lebih baik.

Wahai wanita yang pernah saya kenali, janganlah sekali-kali berkata, "pakai tudung ni nampak tua...(padahal itu hanya perasaan mereka sahaja)

Macamana nak pakai tudung?  Orang jual tudung mahal sangat...itu yang membantutkan kita nak pakai tudung...(padahal banyak tudung yang dijual dengan harga murah dan kualiti juga baik)  -  Saya terkilan, sebab rakan saya ni sanggup membeli kasut harga beratus-ratus ringgit sepasang...

Saya harap Allah ampunkan saya, sebab saya menjawab... "itukan perintah Allah..."  yang menyebabkan mereka tersinggung... 

Saya dulupun jahil juga.  Pakai tudung pun ketika usia menganjak lebih daripada suku abad...hingga kini, saya kesal, kenapa lambat sangat saya menutup aurat?  

Ya Allah Kau ampunilah aku dan wanita-wanita lain dan Kau berilah hidayah kepada kami selalu....

Tutuplah aurat dan bukan menutup rambut sahaja... Malah aurat kita sesama wanita juga ada batasannya.


No comments:

Post a Comment