Tuesday, September 4, 2012

rasa selesa lepas urut


Alhamdulillah.  Setelah pergi mengurut kat Pakcik Shaari, rasa lega banyak.  Kaki dah tak rasa sengal atau kadang kala sakit bila pijak lantai.  Juga dah tak sakit bila duduk masa solat.  Bila nak bangunpun dah kurang.

Leher pula, masa bagi salam pertama, alhamdulillah dah tak rasa tegang, tapi salam kedua tu rasa sakit lagi tapi taklah teruk macam dulu.  Urat kat belah kiri tu yang Pakcik Shaari kata keras.

Rasanya urat belikat ada juga mai sakitnya sekali sekala.  Macam rasa lenguh.  Tapi, taklah selalu.  Semalam dah letak tungku panas kat belakang...kurang sikit sakit.

Alhamdulillah, akhirnya, sakit dah kurang banyak.  Kepada yang sakit urat tu, pergilah urut dengan orang yang benar-benar pakar.  Bukan kepada orang yang mengaku tapi tak berkurang sikitpun.

Saya dah banyak buang duit di pusat refleksologi semata-mata untuk kurangkan sakit.  Tapi, taklah tak berkurang sikitpun.  Saya pergi ke pusat urut refleksologi orang buta.  Saya tak tahulah, masa urut macam betul urat yang diurut, tapi, makin sakit adalah.

Cuma kekurangan bagi urut orang buta tu, atau separa buta, urutan di kaki dibuatnya sekejap-sekejap je, beberapa saat... tak rasa lega pun.  Macam asal buat je.

Yang urut refleksologi cina, ada juga rasa.  masa dia tekan tu, betul-betul sakit juga.  Kira dia buat sebelah kaki dulu, dah habis baru buat yang sebelah lagi.

Tapi, pergi yang Melayu, dia buat dua-dua kaki sekali, itupun kejap-kejap.  Itu yang tak bestnya.  Tapi, kalau urut badan ok kot.  Cuma rasa lega je... masa tu je...seminggu kemudian sengal tak hilang...

Terima kasih kepada Pakcik Shaari.  Kira sakit tergeliat pulih lebih daripada 50 persen.  Nanti nak balik       nak pergi lagi untuk ulang balas.  Mudah-mudahan macam biasa semula.

Mungkin juga Pakcik Shaari boleh beri petua apa yang patut.  Nampak gaya, dia tak lokek.

Insyaallah..  oklah nak pi bakar batu nak dibuat tungku...sakitlah kat belikat belah kanan.

No comments:

Post a Comment