pinjam foto dari internet |
Saya baru balik dari rumah terbuka Restoran Puteri di Sungai Penchala. Kira berbuka puasa di sana. Itupun diajak oleh Kak Ani.
Baru je siang tadi dok fikir, dah lama tak pergi rumah terbuka...tiba-tiba Allah... dah bagi rezeki. Alhamdulillah.
Jumpa juga kawan-kawan dari media lain. Termasuk jumpa dengan Lin, anak Kak Chah - Habsah Hassan.
Lin dulu pernah kerja bersama saya dalam program Nona. Kemudian dia berhenti dan melanjutkan pelajaran di Australia. Seterusnya kini, dia adalah pensyarah di UiTM. Sempatlah berbual.
Banyak juga kisah yang kami bualkan.
Berbalik di rumah terbuka tadi, makanan dah tak banyak mata, maklumlah bermula sejak pukul 5 petang, habis 11 malam, tapi ya.. alhamdulillah boleh tahan ada rezeki juga untuk saya dan teman saya.
Ada satu kisah yang melucukan. Kak Ani menceritakan ada seorang ustaz tu dia balik dari utara ke Kuala Lumpur. Disebabkan jalan jem, jadi ada juga dia ubah haluan ikut jalan biasa.
Yang nak tergelaknya, dia berceramah mengenai rumah terbuka. Dalam dok cerita pasal rumah terbuka sempena raya ni, dia kata dia singgah di rumah terbuka sepanjang laluan dia balik. Semuanya dalam 12 buah rumah. Dan tidak ada seorangpun tuan rumah yang dia kenal.
Kata ustaz tu, tak salah nak pergi rumah terbuka orang yang tidak dikenali dengan tujuan untuk menambah kenalan dan silaturrahim. (Semua orang tergelak, ya lah, pergi ke rumah terbuka orang tidak dikenali - mulanya mereka sangkakan dia hanya bergurau, rupa-rupanya betul)
Memang betul. Kata ustaz, kalau bertambah kenalan kita, maka bertambah rezeki kita.
Hakikatnya, salah sebuah rumah adalah rumah Ketua Pegawaki Eksekutif sebuah syarikat dan nah... dapatlah salah seorang anaknya bekerja di syarikat itu.
Satu lagi rumah siapa tah, tapi, ustaz tu dapat kontrak untuk beri ceramah sehingga setahun.
Memang benarlah kata Allah. Bersilaturrahim, kita dapat tambah rezeki.
Moralnya, biarpun hati kita marah pada seseorang, kita maafkanlah mereka, elok kita bersilaturrahim... kerja lain semua biar Allah yang buat.
Lagi satu katalah kita nak ke suatu tempat, tapi kita tahu tempat itu memang sesak (jem). Jangan kisah semua itu. Kerja kita pandu kereta. Nak sampai ke destinasi adalah kerja Allah. Serahkan semuanya kepada Allah. Yakin semuanya kepada Allah.
Pengajaran dan peringatan untuk saya juga. Masa solat Dhuha, saya tiba-tiba teringat, Allah beri rezeki bagi sesiapa yang mengerjakan solat ni, hari ni aku puasa...jadi rezeki yang bagaimana aku akan dapat...(masa tu dalam hati dok teringat - ni mesti rezeki aku pi beli kat pasar malam).
Nah, Allah bayar tunai. Allah beri rezeki saya berbuka puasa di Restoran Puteri. Pada hal siang tadi baru teringat satu rumahpun saya tak ada jemputan rumah terbuka. Rupanya jemputan Allah yang saya dapat tadi melalui Kak Ani.
Syukur Alhamdulillah...
Sebarkan salam.
No comments:
Post a Comment