Kasih Ibu Membawa Ke Syurga... |
Kesian kat Mak Ngah. Sekarang ni dia tak berapa sihat. Saya dikhabarkan mulutnya bagai menggigil. Tak tahu pula sakit apa. Itu berita yang saya terima daripada mak.
Yang kesiannya, dia kini tinggal seorang di rumah, walaupun anaknya tinggal bersebelahan dalam lingkungan 5 meter sahaja.
Entah mengapa, anaknya yang ini ada sahaja tak setuju angin dengan mak ngah. Adalah beberapa peristiwa yang tidak menyenangkan berlaku kepada anak perempuannya itu.
Berbalik pada Mak Ngah. Dia pernah meluahkan hasrat hati untuk tinggal bersama anak perempuan bongsunya. Ya lah, memandangkan dia kini tak berapa sihat, sekurang-kurangnya ada orang yang dapat menjaganya waktu sakit. Lagipun, dia dah tak larat nak masak. Jadi, dia fikir, apa saja anak bongsunya makan, dia makan.
Dia sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk menambah bilik bagi dirinya di rumah anak bongsu. Malangnya, hasratnya berkecai. Menantunya memberi alasan. Keluarganya tiap-tiap lebaran bertandang ke rumahnya, jadi, mana muat nak tambah si mak mertua ni.
Katanya, mak, ayah, adik beradiknya penuh bila perayaan menjelang, termasuklah anak-anak saudara, jadi, dah sendatlah.
Mendengarkan ini, mak saya terus memujuk menantu Mak Ngah. Tapi, " Dia kan ada anak lain, ha duduklah dengan depa. Dengan saya mana boleh rumah kecik."
"Mungkin dengan anak bongsu dia serasi la sikit. Biasalah anak perempuan ni lain sikit dengan anak lelaki"ujar mak saya.
Namun, cadangan mak saya tetap ditolak mentah-mentah. Akhirnya mak saya mencadangkan pada Ngah supaya bina je duduk bagi kemudahan dirinya yang tidak lagi kuat.
Mak Ngah mengadu, menantu di sebelah rumahnya tak nak membantu,meski ada upah nak dihulurkan.
Lalu, mak saya mencadangkan supaya dia upah orang lain buat tandas tu. Tak perlu susahkan anak-anak. Anak lelaki pula, si isteri mereka tak sanggup. Kononnya, tak larat nak layan kalau makan tak sedap dimasak. Dan macam-macam lagilah alasan.
Kesian. Memang betul pepatah, anak 10 orang si ibu sanggup menjaga, tapi, ibu seorang, seorang anakpun susah nak menjaga.
Mak Ngah makan hati. Nak buat macamana, tak sangka menantu kesayangannya tak sudi menerima Mak Ngah. Pada hal, Mak Ngah berhasrat bila dah dibina bilik di rumah anak bongsunya tu, sekurang-kurangnya dapatlah dia menumpang kasih sayang mereka, memandangkan dia memang benar-benar uzur untuk memasak apatah lagi nak menyimpan rumah (berkemas).
Hasratnya, dapatlah dia melakukan ibadah sebanyak mungkin memandangkan dirinya makin uzur dan makan seadanya...
Saya tahu, Mak Ngah ni memang tak cerewet makan. Apa tidaknya dia ni memang jimat orangnya. Kalau masa makan, dia hanya ambil kepala ikan goreng dan amat-amat jarang menjamah isi ikan.
Emm... mudah-mudahan anak-anak Mak Ngah sanggup menjaganya...
kesiannya makngah tu. mudah-mudahan bila emak atau ibu mertua saya memerlukan nanti, saya berkeupayaan menjaga mereka. walaupun ibu mertua, dialah yang melahirkan dan membesarkan suami saya. dia juga emak saya.
ReplyDeletemudah-mudahan makngah tabah menjalani kehidupan.
Insyaallah Ana Rashidah... saya ada menonton rancangan tv yang juga pakar motivasi (tak ingat, ustaz atau ustazah )meminta supaya para isteri mengucapkan terima kasih kepada ibu suami dengan berkata, "Mak, saya nak mengucapkan terima kasih kepada mak kerana mak melahirkan, mendidik suami saya sehingga dia kini menjaga saya pula..dan beberapa lagi pujian... lain " katanya... insyaallah ibu mertua pasti tersentuh dan akan lebih mengasihi menantunya...
Delete