pernah tak kadang kala kita merasa tidak selesa dengan teman-teman? tak kiralah teman sekerja ke, teman serumah atau sesiapa sahaja yang perangainya boleh dikategorikan 'tak boleh masuk' dengan kita.
pernah tak kita rasa kita banyak bersabar dengan kerenah orang? tapi kenapa ya? adakah kita menjaga hati dia ataupun kita taknak dicop sebagai kurang ajar?
saya ada teman-teman yang kadangkala agak menjengkelkan. kadang kala situasi tak kena dengan keadaan kita pada masa-masa tertentu.
mungkin topik yang dibincangkan tidak kena dengan diri kita. selalulnya, apakah yang sering membuat kita rasa bosan dengan seseorang? cuba bayangkan?
jika seseorang yang bujang, mungkin juga akan merasa bosan apabila temannya bercerita mengenai anak-anaknya. anaknya pandai itulah inilah...perkara yang sama berulang-ulang diceritakan.
mungkin juga kita berada dalam situasi mereka, kita menceritakan perihal keluarga atau teman-teman kita yang mereka juga kurang minat untuk mendengarnya.
bagaimanapun, bagi menjaga hati masing-masing, si pendengar tetap mendengar seolah-olah penuh minat.
pernah saya menemani kawan-kawan saya membeli-belah. huh, penat gila. saya pula tidak berminat sangat membeli ketika bersama kawan-kawan sebab saya tidak suka mereka menunggu dan saya tidak mahu mereka bosan.
ada masa saya tetap mengikut kerenah mereka. yelah ambil hati.
saya merasa tidak selesa bila mereka masuk ke satu kedai, membelek-belek pakaian atau apa saja, tawar menawar tetapi akhirnya tidak membeli. aduh, inilah adegan yang tak ingin saya lihat berlaku di depan mata saya. dah la lama berada di dalam kedai tu, akhirnya tak dapat beli pula.
ada pula bila dah membeli-belah lagilah haru. siap memperaga di depan orang ramai. hissh. tak kena langsung, gelagat tu benar-benar tak sesuai langsung.
entahlah mungkin saya tidak gemar kerenah yang menjengkelkan saya lebih senang bersendirian terutama apabila mereka hendak membeli-belah, saya lebih suka ke tempat lain atau ke kedai lain, lebih mudah.
saya yang lebih banyak menunggu. saya tak gemar membeli-belah dengan kawan-kawan kerana jika anda berada di tempat saya, tentu anda semua faham situasi tersebut.
biasalah kita berkawan dan kita perlu menjaga hati kawan-awan.
No comments:
Post a Comment