alhamdulillah.
hari ini hari ke 3 saya bercuti. seperti biasa, saya lebih suka memerap di rumah. cuaca hari ni pulak, sangat indah, angin sepoi-sepoi bahasa bagai berada di pantai menerjah ke tingkap.
sejak petang tadi saya mendengar ceramah ustaz Kazim, entah berapa siri ceramahnya saya ikuti melalui you tube. saya merindui tazkirah di pejabat lama yang diadakan setiap waktu makan tengahari dari hari isnin hingga rabu.
sejak berpindah ke tempat kerja baru, terpisah sementara dengan tazkirah. tapi, saya usaha mencarinya melalui tv juga majalah.
hari ini dalam berita memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terlantar akibat dilanggar mat rempit di terengganu. mat rempit tu pula dapat melarikan diri daripada tanggungjawabnya untuk mengakui kesalahannya. ya lah, dah bersalah langgar orang sudah tentu dia tak akan mengaku punya.
tak terfikirkan mat rempit tu, jika salah seorang ahli keluarganya dilanggar seperti itu dan terlantar selama-lamanya.
kesian adik tu, hanya mampu makan melalui tiub, itupun susu.
di china pula, seorang remaja perempuan dilanggar lori treler. yang bersalah sudah tentu pemandu lori treler itu kerana dia didapati melanggar lampu merah. murahnya nyawa manusia sekarang.
remaja tu kini stabil di hospital.
bila mendengar dan menonton berita seperti ini, agak menggerikan untuk saya mengikutinya sampai habis. manakan tidak, kalau membawa maut habis cerita penderitaan mangsa. kalau cedera teruk dan terlantar, bagaimana?
empati manusia kini semakin hilang. di mana silapnya? lagi maju manusia, lagi hilang sifat kemanusiaan. manusia mudah lupa ehsan di dalam diri mereka.
jika kita berpegang kepada al quran dan hadis, pasti kita akan menjalani kehidupan lebih indah.
kadang kala jika kita berhati-hati di jalan rayapun, ia tidak menjanjikan keselamatan, memandangkan pihak lain pula yang memandu secara agak merbahaya.
selalunya jika saya berada di lebuh raya ataupun jalan raya, perasaan cuak datang apabila ada pemandu yang tidak menghiraukan keselamatan semua pihak. ramai pemandu di malaysia jenis tidak sabar.
bagaimanapun sifat rakus manusia yang pentingkan diri sendirilah menjadi punca utama kemalangan.
biarpun pelbagai kempen dijalankan, kemalangan tetap bertambah. salah siapa sebenarnya?
No comments:
Post a Comment