saya bertudung agak lewat, ketika usia 35 tahun.
ketika mengenakan tudung buat pertama kali di pejabat, pelbagai reaksi saya dapat. hampir sebulan teman-teman di pejabat memperkatakan perubahan saya. ada yang gembira dan tak kurang juga yang terkejut. ada yang kata saya dah buang tabiat. itu saudara seagama saya sendiri berkata demikian. padahal teman yang beragama lain menyambut baik perubahan saya.
alhamdulillah, walaupun saya tidak sesempurna oranga lain, tapi saya menjaga adab-adab menutup aurat. saya ni taklah sebaik wanita yang lama memakai tudung aka menutup aurat.
di pejabat saya dulu ramai yang menutup aurat tetapi pada masa yang sama mendedah aurat. bagaimana tu?
saya fikir jika benar-benar menghayati, di akal anda akan terpahat bayangan wajah-wajah yang bertudung.
tak perlu lagi saya menjelaskan bagaimana cara bertudung. pelbagai fesyen terkini dapat kita lihat.
yang benar-benar menutup aurat tak perlulah saya perincikan lagi. bertudung labuh menutup dada dan memakai pakaiaan longgar- baju kurung atau berjubah dan juga berstokin. yang nampak cuma wajah dan kedua tangan dari pergelangan tangan ke jari jemari.
tapi trend sekarang, nampak leher, nampak telinga bersubang, seluar ketat, baju jarang, lengan pendek. iya mereka bertudung tapi mendedah aurat.
di sini bukan saya nak mempertikaikan cara bertudung, tetapi saya tahu mereka tak faham cara menutup aurat.
kalau ditegur, mesti sensitif. kalau tak dimarah mungkin dimalukan terus oleh orang yang kita tegur.
bagi saya, cara nak menegur cara baik adalah, bila pertama kali yang memakai tudung ini kita nampak, kita ucap tahniah... sedikit demi sedikit kita beri informasi / dakwah mengenai cara menutup aurat, jangan tergesa-gesa mengatakan itu tak boleh ini tak boleh.
suntik perlahan-lahan cara bertudung yang betul. hadiahkan buku mengenai islam dan maklumat mengenai wanita solehah, insyaallah perkara ini mudah diterima.
saya tahu menutup aurat adalah wajib tetapi akibat persekitaran, pendidikan dan pendedahan k
antara gaya bertudung, ada yang tutup rambut sahaja, macam gaya wanita afrika ada juga yang macam orang benggali pakai serban.
cuba lihat di kaca tv anda, kadang kala kita pun hairan, ni fesyen apa pulak, macam fesyen serban je, rambut di depan belakang nampak, telinga apatah lagi, leher sudah tentu...
kadang kala pereka tudung pula, teruja dan menghasilkan fesyen yang agak keterlaluan dan menggambarkan sesuatu yang kurang enak untuk dibincangkan.
bagaimanapun, cabaran orang yang menutup aurat ini agak mencabar juga terutama sekali jika bekerja dalam industri tertentu.
pandangan skeptikal orang ramai, ada yang lebih memikirkan pandangan masyarakat daripada perintah Allah.
jom kita berjihad bagi membetulkan salah faham mengenai tudung dan aurat... mungkin anda berkata cakap senang, nak buat?
percayalah Allah akan mudahkan sesuatu perkara yang membawa kebaikan.
No comments:
Post a Comment