semalam saya ke sebuah pasaraya terkenal di bandar utama menemani rakan sepejabat membeli aksesori komputer ribanya.
memandangkan masa masih ada, kami ke pasaraya di unit makanan.
dalam membelek kualiti makanan, harga dan keinginan, akhirnya saya memilih 8 jenis barang.
saya membeli tomato ceri madu, strawberi, ceri merah, kupang, penyembur untuk menghilangkan bau hapai, kacang peas segar, limau kecil (mandarin).
di kaunter bayaran, harga semua sekali RM54. saya tiba-tiba terfikir, ini baru sikit saya membeli barangan makanan.
bayangkan mereka yang tiada pendapatan tetap atau pendapatan cukup makan. barangan semakin mahal.
dalam hati saya terfikir, ini baru makanan untuk saya seorang. kalau yang berkeluarga tu macamana? mereka yang tinggal di kampung boleh tahan lagi, boleh la bercucuk tanam sikit, bolehla makan cili padi, sayuran pucuk apa-apalah untuk dibuat sayur atau ulam. tapi, taklah hari-hari menikmati makanan yang sama.
mereka yang tinggal di kota seperti kuala lumpur, boleh terduduk jadinya. mana nak bayar sewa rumah, elektrik, air, perbelanjaan anak-anak ke sekolah.
bagi suami isteri yang pandai mengurus kewangan, bolehlah membekalkan anak-anak dengan makanan ke sekolah. alasan sibuk agak skeptikal.
saya ada beberapa teman sepejabat, suami isteri bekerja, yang seorang lagi pula dia belajar lagi. jadi, setiap hari dia boleh bangun pagi untuk masak. yang seorang lagipun sama, dia masak tengahari anak-anaknya sebelum ke tempat kerja, padahal kerjanya bukan mengikut waktu pejabat (media massa).
saya tabik kepada wanita yang bergelar ibu yang sanggup berkorban masa untuk keluarga. tak pernah saya mendengar mereka mengadu kepenatan.
yang tak rajin memasak malah, ada yang hanya sebagai suri rumah pulak, sudahlah asyik makan luar, mengadu penat.
saya faham, mungkin alasan anak-anak masih kecil, dan tak semua surirumah jenis begitukan.
yang penting di sini, suami perlu memainkan peranan untuk mendidik isteri mereka mengurus kewangan dan rumahtangga. begitu juga dengan isteri perlu bijak.
di sini, suami iseri perlu tahu tanggungjawab mereka terhadap diri, pasangan masing-masing serta anak-anak mereka.
semakin banyak kemudahan, semakin sukar nak mengurus hidup.
No comments:
Post a Comment