Wednesday, December 28, 2011

asal kemalangan mesti mat rempit, asal mat rempit mesti kemalangan maut

mat rempit ni tak habis-habis buat hal.

siang tadi, teman sepejabat saya mengkhabarkan saudaranya meninggal akibat diremput mat rempit.

betul, ajal, rezeki, jodoh dan maut hanya Allah yang tahu.

kebetulan saudara teman saya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di satu daerah di Johor.  Entah macamana sikit lagi nak sampai ke rumah, kira-kira dua kilometer lagi, van dinaiki mereka terlanggar lubang besar.   akibatnya, tayar pecah.

saudaranya langsung menelefon saudaranya bagi meminta bantuan.  baik betul ketua kampung di lokasi kejadian, siap panggil polis.  polispun datang dan mengawal lalu lintas.  pada masa menunggu bantuan, saudara teman saya tu membuka bonet belakang vannya.

jadi diapun melepak di belakang van, kiri kanan anak-anaknya duduk di samping ayah mereka.

tiba-tiba sebuah motor mat rempit melanggar dan mengenai dada terus ke kepala hingga menjadikan mangsa cedera parah.

mujur, anak-anaknya tidak dilanggar.  malangnya, mangsa cedera teruk hingga membawa maut.  dari perut membawa ke dada hingga ke muka, agak parah dan ada beberapa bahagian yang patah.

itulah penangan mat rempit berusia 20an tak ada lesen pulak tu.

bagi saya, mat-mat rempit yang ditahan dan juga mengakibatkan kemalangan, perlu dibawa ke pusat pemulihan.  mungkin mereka perlu menjalani terapi di pesantren (bahasa indonesia) di madrasah atau tempat pengajian agama biar mereka belajar fardhu ain dan fardhu kifayah.  itu lebih baik daripada berterusan membuang wang ke atas mereka.

kalau takpun biar mereka ke PLKN, usah lagi memberi muka kepada mereka.  banyak kemusnahan yang dilakukan mat rempit.

tak sudah-sudah membuat hal bukan-bukan.  masa depan hancur begitu sahaja.

sesuatu perlu dilakukan.  jangan hanya mengharapkan kerajaan buat itu ini.  jangan pula menyalahkan masyarakat sekeliling.  di sini, bagi saya, ibu bapa memainkan peranan penting.  takkan ibu bapa tidak tahu ke mana anak-anak pergi? takkan ibu bapa dah tahu anak tiada lesen, dibiarkan lagi anak-anak naik motor?

alasan sibuk, bukanlah alasan terbaik ibu bapa terlepas pandang hal anak-anak.

anak-anak adalah amanah Allah.  jadi, amanahkah ibu bapa tersebut?

fikirkan sejenak.

No comments:

Post a Comment