minggu lepas, saya mencari sebuah buku nota lama. saya memang terlupa di mana saya menyimpannya. biasalah bila kita nak dan mencari tu bukannya kita jumpa.
apa lagi, saya teringat petua seseorang jika terlupa di mana letaknya barang, berselawatlah. jadi, tanpa membuang masa lagi saya terus berselawat sambil mencari buku nota tersebut.
memang benar, dalam 15 minit sahaja. saya teringat beberapa tempat yang saya pernah letak buku tu. jadi, dalam tercari-cari, jumpalah buku tu. Alhamdulillah.
ini bukan pertama kali saya berselawat mencari barang hilang. sudah beberapa kali saya berselawat untuk mengingat kembali barangan yang saya tersalah letak.
apa lagi, cubalah.
fadhilat selawat ini bukan sahaja janji Rasulullah untuk memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. malah jika benar-benar diamalkan dengan ikhlas, insyaallah kita akan menemui kebaikannya.
saya ada satu lagi kisah mengenai selawat ini.
beberapa tahun lalu, teman sekerja saya menceritakan kawannya disah doktor menghidap kanser tahap empat. ketika dia melawat kawannya di hospital, kawannya itu hampir berputus asa mengenangkan dia berkemungkinan akan meninggal dunia dalam masa yang singkat. dia juga enggan membenarkan doktor membuang sebahagian buah dadanya yang pada waktu tersebut perlu dibuang segera.
kecewa dengan sikap putus asanya, teman saya menasihati kawannya itu dengan menyedarkan dia bahawa segala yang berlaku ke atas kita adalah tanda kasih Allah kepada kita dan juga sebahagian ujian kepada hamba-hambanya yang bertakwa.
jadi, pada masa itu, apa yang terlintas di kepala teman saya adalah selawat. terus dia menasihatkan kawannya itu sentiasa berselawat dan memohon kepada Allah agar disembuhkan penyakitnya itu. teman saya itu berharap kegelisahan kawannya itu akan berkurangan dan sekurang-kurangnya dia akan sibuk dengan berzikir daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan.
Subhanallah dalam masa beberapa bulan sahaja kawan teman saya itu disahkan doktor terlepas daripada serangan kanser. menangis dia kepada teman saya. tak putus-putus dia mengucapkan terima kasih kepada teman saya yang memberi nasihat supaya dia berselawat.
itulah kebesaran Allah. jika kita melakukan ibadah dengan tawaduk, penuh harap, ikhlas serta yakin. pasti Allah akan mengkabulkan doa kita.
tapi, kita perlulah istiqamah. janganlah apabila dah dapat apa yang kita nak. kita kembali lupa kepadaNya. itu yang sering berlaku.
mungkin ada ramai lagi di luar sana pernah mengalami keajaiban selawat ini.
yakin dan ikhlaslah dalam melakukan ibadah. sentiasa berdoa penuh harap. Allah amat merindui suara hamba-hambanya yang meminta kepadaNya.
kadang kala Allah tidak menyegerakan doa kita kerana Dia amat merindui dan suka mendengar kita merintih, memohon kepadaNya.
Fadhilat zikir memang banyak. marilah kita amalkan secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit. insyallah lama kelamaan kita akan biasa dan mudah.
tapi, hadirkan diri kita kepada Allah. Insyaallah kita akan benar-benar terasa betapa dekatnya kita dengan Allah.
di sini saya juga menasihati diri saya agar menjadi lebih baik daripada semalam.
No comments:
Post a Comment