Beberapa minggu lalu saya ada mendengar radio Ikim yang telah menjemput Sheikh Dr. Mahmud dari Madinah. Masyaallah ilmu yang diberinya amat berguna untuk kita.
Saya juga sempat mengambil petikan petua yang diberikannya. cubalah. Ia khas bagi wanita yang mengalami masalah haid tidak menentu,
Saya mendengar petua bagi wanita yang ada masalah haid untuk kembali normal. Tak kiralah apa saja masalah haid.
Menurut Sheikh Dr. Mahmud, mudah saja rawatannya, dedahkan dirimu kepada cahaya bulan purnama. Iaitu pada malam 13, 14 & 15 bulan Hijrah yang dikatakan oleh Sayidina Rasulullah sebagai hari-hari putih yang baginda Rasulullah perintahkan kita untuk berpuasa pada hari-hari tersebut.
Kata Sheikh tu lagi, badan kita ada hubungan dengan bulan. Begitu juga dengan pasang surut air laut ada hubungan dengan bulan juga. Jadi, darah yang mengalir dalam badan kita ni macam air laut juga.
Bagi wanita yang mengalami masalah haid, bila bulan purnama ni muncul, keluarlah dari rumah bersama suami atau sendirian biar cahaya bulan terkena badan. 15 minit ke setengah jam ke sejam ke…cukuplah.
Katanya petua ini amat terkenal dan mujarab dan sering diamalkan zaman dahulu.
Cubalah. Tak rugipun jika kita amalkan.
No comments:
Post a Comment