beberapa minggu lepas, saya mendengar radio IKIM fm. Jemputan pada pagi Jumaat itu adalah Sheikh Dr. Mahmud dari Madinah.
saya amat tertarik dengan penyampaikan ilmu sheikh tersebut dan pada masa yang sama pulak penterjemahnya saya tak ingat nama amat baik terjemahannya kepada pendengar.
petua bagi menghindar diri daripada terkena sihir adalah bermula 14 Muharram hingga 21 Muharram, disarankan makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi sebelum sarapan. Jika tidak ada kurma ajwa kurma dari negara mana-manapun boleh, asalkan buah kurma ye, tak kiralah kurma Madinah ke, Jordan ke, Iraq ke Iran ke...pendek kata kurmalah...tapi kurma merah cina tu tak sesuai kot hehehe.
menurut sheikh ni lagi, jika kita amalkan setiap pagi 7 hari berturut-turut, insyaallah kita tidak akan terkena sihir selama-lamanya.
Cubalah. Jika tak sempat tahun ini, cubalah tahun hadapan bila tahun baru Hijrah hampir...ha... sediakankanlah kurma tu. Bagi yang ada kencing manis bolehlah cari kurma yang kurang manis... ada ke?
Mudah-mudahan kita dapat beramal yang baik. selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment