Wednesday, December 28, 2011

Terlalu bergantung kepada suami/orang atau lemah semangat?

Beberapa hari lepas, saya terbaca di status face book mencatatkan seorang isteri/ibu terpaksa tidur di hotel malam tersebut disebabkan FIUS TERBAKAR.  kononnya dia terpaksa berkorban wang untuk tidur di hotel kerana takut.  suami wanita tersebut ke luar daerah.  katanya ketika kejadian anak-anak menjerit.

saya terdiam sejenak.  pelbagai reaksi bercampur baur.  menggeleng saya membaca status tersebut.  ish...rumah bergelap sanggup ke hotel. kalau orang susah macamana?

entah mengapa saya terbayang, jika orang susah tinggal di kampung yang hanya cukup makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jika rumah mereka fius terbakar adakah mereka juga akan keluar mencari tempat untuk bermalam?  saya yakin, setakat fius terbakar orang-orang susah ini akan tetap tinggal di rumah mereka.  pastinya mereka akan sibuk mencari pelita atau lilin untuk menerangi rumah tersebut menunggu sehingga esok untuk melihat apa yang boleh dibuat.

wanita moden sekarang adakah hidup mereka terlalu senang hinggakan masalah kecilpun malas nak selesaikan.

ada juga wanita yang bergantung sepenuhnya kepada suami.  hal membeli barangan dapurpun diharap pada suami, padahal dia surirumah sepenuh masa.  pernah ketika masa mesyuarat, telefon teman sekerja berbunyi,  isteri telefon menyuruh membeli beras sekampit sebab beras dah habis.  apa salahnya bila beras tinggal untuk seminggu atau agak-agak untuk waktu tertentu, bersiap sedia keluar dengan suami membeli keperluan dapur.  si isteri sudah tentu boleh keluar kerana ada kereta disediakan suami untuk menghantar anak-anak ke sekolah...

namun, tak semua wanita terlalu bergantung harap kepada suami atau keluarga mereka.  ada yang terbiasa berdikari sejak muda selalu memikirkan tindakan untuk menyenangkan semua pihak.  tapi, entahlah agak sukar.

banyak juga kes yang kadang kala kerenah wanita boleh dianggap mengada-ngada.

ada juga teman saya yang segala-galanya diuruskan si isteri.  dah la isteri bekerja, terpaksa menghantar anak ke sekolah, bila anak sakit, si isterilah yang terpaksa uruskan.  kesian.

tapi, bagi saya, mungkin isteri jenis manga ingin bermanja atau berdampingan selalu dengan suami.  tak salah, tapi tengok keadaanlah.

walau apapun si isteri perlu bijak menangani keadaan tertentu dalam mengurus keluarga.  orang dulu-dulu dengan sekarang dah berubah.

itulah asam garam hidup, kadang kala remeh.

No comments:

Post a Comment