satu pagi, saya dan teman bercerita mengenai rezeki. mengenai tanggungan kami. mana nak bayar pinjaman rumah, kereta dan bil-bil lain.
tujuan saya di sini bukanlah nak katakan saya bijak mengurus wang. gaji banyak. tidak. cuma dalam beberapa situasi. balik-balik perkara ini menjadi perbualan kami. dengan ilmu agama yang sedikit dan saya dapat daripada beberapa ustaz dan ustazah...saya terpanggil untuk berkongsi dengannya.
ya, teman saya yang seorang ini agak memerlukan wang. saya tahu dia berjimat demi memastikan keluarganya tidak kekurangan.
setelah beberapa lama, terlintas di hati saya untuk memberi rahsia agar rezeki selalu murah. jadi, saya menyuruh dia kalau ada masa buatlah solat dhuha. dia bertanya kepada saya, solat dhuha tu apa? untuk apa?
terdiam saya. bukan apa, umurnya hampir 40 tahun, tapi, dia seolah-olah tidak pernah mendengar apa itu solat dhuha.
sayapun memberikan panduan, buatlah solat dhuha paling awal setengah jam selepas waktu subuh dan paling akhir sebelum masuk waktu zohor.
dia bertanya cara mengerjakannya. dengan ilmu yang sedikit saya ada, saya memberitahunya, buatlah dua rakaat. rakaat pertama selepas al fatihah bacalah apa-apa ayat yang dia tahu ataupun paling mudah seperti solat sunat lain, baca al kafirun dan rakaat kedua selepas al fatihah bacalah al ikhlas.
boleh buat 2 rakaat atau seberapa nak, tapi Rasulullah sullullahu 'alaihiwassalam buat hingga 12, kalau larat.
lepas salam, bacalah doa dhuha. sedap, cantik ayatnya. ujar saya lagi...tapi, versi sayalah, kalau nak yang lebih baik, kena carilah, baca buku agama. ujar saya.
'ya Allah, waktu dhuha adalah waktu dhuhaMu
kecantikan ini adalah kecantikanMu
keindahan ini adalah keindahanMu
kekayaan ini adalah kekayaanMu
kekuasaan ini adalah kekuasaanMu
kekuatan ini adalah kekuatanMu
sebelum saya sempat menyambung, dia mentertawakan saya, seolah-olah terlalu lucu.
tidak senang dengan sikap dia, saya bertanya tak pernah dengar ke? dia menggeleng sambil cuba menahan ketawa.
kesian saya padanya. dia boleh gelak dengan doa yang begitu indah.
saya sambung lagi,
Ya Rabb, jika rezekiku di atas Kau turunkanlah untukku
Jika rezekiku di bawah, Kau naikkanlah kepadaku (pada masa yang sama dia menahan ketawa)
Jika rezekiku di laut, Kau keluarkanlah untukku
Jika rezekiku jauh, Kau dekatkanlah untukku
Jika rezekiku lambat Kau cepatkanlah untukku
Jika rezekiku sedikit Kau banyakkanlah untukku
Jika rezekiku haram, Kau sucikanlah untukku
Berkat waktu dhuha, keindahan, kecantikan, kekayaan, kekuasaan serta kekuatanMu, kurniakanlan padaku rezeki yang melimpah ruah.
nak tahu bagaimana reaksinya? tersengih-sengih sebab dia rasa lucu dengan doa itu. riak mukanya membuat saya geram. tapi saya tahan sabar, sebab saya tahu untuk memberi ilmu yang sedikit saya tahu kepada seseorang bukan mudah, banyak cabarannya.
di sini saya tidak marah, tetapi, saya kasihan kepadanya.
kata saya kepadanya, cubalah. insyaallah Allah akan mudahkan rezeki kita. tapi ingat, rezeki kita bukan duit, ia dalam bentuk macam-macam, kesihatan, rasa lapang dada, orang suka dan macam-macam lagi.
tapi itulah ikut hati memang nak tegur sikapnya. namun, saya perlu sabar. kerana kekurangan ilmu agama dimilikinya membuatkan dia bersikap begitu.
saya mengingatkan diri saya agar jangan berputus asa dan saya perlu ikhlas mengerjakan ibadah.
Ya Allah, berikanlah aku hidayahMu, lindungilah aku daripada syaitan yang direjam. peliharalah diriku agar tidak terpesong.
Ya Allah dengan kebesaran WajahMu dan KerajaanMu, berikanlah aku kemudahan, petunjuk, hidayah dan segala yang baik untukku.
No comments:
Post a Comment